Showing posts with label rojak. Show all posts
Showing posts with label rojak. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Rojak Mee Mamak Kebaboom...



Assalamualaikum wbt dan salam manis ...rojak mee ni rasanya Liza dah buat minggu lepas lagi tapi tak berkesempatan utk publish resepi kat sini..
Alhamdulillah, mmg sedap resepi dr ayahanda Mamak Haji ni, tak sia2 mencuba..terima kasih bnyk2 sbb sudi share yg sedap ni
Kuah ni asalnya kuah passembor, tapi disebabkan family Liza mmg suka mkn rojak mee, so kita tambah itu mee laa,hihii
Nnt next time blh buat passembor pulak, kuah pun ada lg tu..







RESEPI KUAH ROJAK / PASSEMBOR

Bhn2:

1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.
Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.
Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.
Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek

500gm udang kertas atau udang putih ~  kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.

125gm kacang tanah ~  Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai)  jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.

5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.

10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.

15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.

3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur
Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.

Bahan Lain

Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya  -Liza tambah pewarna merah



Cara Membuatnya


Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali
Masukkan udang yang di kisar halus
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar
Masukkan keledek yang dah di lumatkan
Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya
Masukkan juga air asam jawa
Perasakan dengan garam dan juga gula.
Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa
Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar utk memekatkan lagi kuah rojak.
Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat
Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya







Bahan2 lain:


Mee - celur kejap
Timun
Sengkuang - kali ni Liza xde
Telur rebus
Tauhu grg
Cucur sayur


Friday, August 2, 2013

Rojak Mee....



Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...insyaallah Khamis nnt kita semua akan menyambut Syawal, mst semua tgh sibuk packing barang utk balik kpg kan..semoga perjalanan kita semua akan selamat dan dipermudahkan olehNya...Aamiin

Berbalik pada rojak mee ni kan, Yana mmg suka sgt makan..kalau kat kedai dia tak nak sbb dia cakap umi buat lg sedap, jadi nak tak nak umi dia terpaksa jugak la buat, kesian...mmg dia pulun habis tiap kali Liza buat rojak mee tak kira lah guna resepi kat SINI ataupun SINI...dua2 pun mmg sedap...



Kali ni Liza guna resepi dr Mamasya lagi, thnx ye...

RESEPI ROJAK MEE


Bhn2 kuah:

1 kg keledek - rebus dan kisar dgn air
15 tangkai cili kering - kisar
1 cwn kcg tanah - grg dan kisar
25 gm bijan (xletak)
Gula (tambah gula melaka)
Garam
Sedikit kicap utk kaler - Liza tambah ni

- masak semua atas api dan perasakan..
- suka buat resepi ni sbb senang sgt dan hasilnya pun sedap..





Wednesday, March 13, 2013

Rojak Mee Mamak / India...

 
Dah selalu sgt buat rojak mee tp kali ni Liza cuba buat resepi dr dapur Kak Norlie pulak..thnx ye Kak Norlie sbb kuah rojak mee tersangat lah sedapnyaa...Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye..thnx again
 
 
Kalau nak tgk versi dulu yg Liza buat, klik kat SINI ye, tp kali ni Liza tambah ayam grg utk lauk dia...
 

RESEPI ROJAK MEE

Bhn2:

300g keledek
1 liter air (anggaran)
1 mangkuk kecil asam jawa
1 L air (anggaran)
3 bj bawang besar - dikisar
12-15 tangkai lada kering - dikisar (ikut suka pedas)
garam secukupnya
1 cawan kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/3 cawan minyak masak

Untuk bahan kuah :
Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan air, tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang dan lada kering yg telah dikisar. Tuang keledek & kacau.
Masuk kacang tanah, gula merah. Masak sampai terbit minyak.
masukkan garam, dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan supaya tidak berkerak
Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera.

* jika dah tumis tapi masih kurang pedas bancuhkan sedikit serbuk cili dan masukkan dalam kuah masak hingga mendidih
* kuah ni boleh juga dimasak secara leburkan semua ( x perlu di tumis ) ia x menggunakan minyak dan bawang besar tapi tukarkan dengan bawang goreng hancurkan dan air tukarkan kepada air asam jawa

# Untuk resepi buat cucur utk rojak mee, blh tgk kat dapur kak Norlie ye, klik je link kat atas tu..#

Monday, August 8, 2011

Iftar 7 : Rojak Mee Sempoi..

Salam sayang semua..alhamdulillah dh 7 ari kita semua berpuasa dan ari ni adalah minggu kedua dlm bln Ramadhan..maknanya lbh kurang 3 minggu lg kita raya la ye...Insyaallah..dh siap ke semua persiapan raya? Liza dah siap ala kadar jer, almaklumlah thn ni xdapat beraya kat kpg.....waaaaaaaaaaa sedihnya...
Oklah kita tinggal dulu citer raya, jom kita intai ape yg Liza masak smlm...



Rojak mee yg Liza buat smlm xde cucur sebab ada virus M...guna bhn2 yg ada kat umah jer mcm telur rebus, tauhu grg, timun dan fishball...ape yg penting rasa kuah dia kan..Liza mmg biasa guna resepi ni yg Liza amik dr fp Mamasya...tq yer sudi kongsi resepi yg senang ni..

ROJAK MEE / ROJAK INDIA / ROJAK SINGAPURA

Bhn2 kuah

1 kg keledek - rebus dan kisar dgn air
15 tangkai cili kering - kisar
1 cwn kcg tanah - grg dan kisar
25 gm bijan (xletak)
Gula (tambah gula melaka)
Garam

- masak semua atas api dan perasakan..
- suka buat resepi ni sbb senang sgt dan hasilnya pun sedap..






Menu berbuka semalam, rojak mee dan murtabak... tp murtabak ni buat kat Pasar Ramadhan....hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...