Friday, January 19, 2018

Vanilla Choc Chunk Yogurt Muffins...



Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat utk semua...kejadian muffin ni dah lama sebenarnya..masa ni tangan Liza baru start sakit dan angah terpaksa buat sendiri muffin ni 100 %...masa tu baru umi sedar yg apa yg berlaku pasti ada hikmahnya,hihii

Umi cuma bagi resepi dan panaskan oven je, yg lain2 semua angah buat, pandai rupanya anak dara umi ni ye...hihii
Resepi ni Liza ambil dr rakan IG Inda @pandangulamelaka..tq Inda, mmg sedap n lembut..almaklumlah ada yogurt kan

Tapi Liza tak gunakan choc chunk ye, sbb angah nk letak hazelnut choc paste Chef Amer ..tgk tu, mewah btl dia letak kan...tak pe la, sekurang2nya dah boleh jadi tgn kanan umi kan, tq angah







VANILLA CHOC CHUNK YOGURT MUFFINS

Bhn2:

A

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 s/k baking powder
3/4 s/k baking soda
1/2 s/k garam

B

135gm yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/3 cawan minyak masak

C

3/4 cawan dark cooking chocolate - cincang kasar ( Liza guna hazelnut choc paste, kalau nk guna nutella pun ok)









- panaskan oven 220C selama 15 minit
- campurkan kesemua bhn A dan gaul rata
- satukan semua bhn B dan amsukkan ke dlm bhn A, gaul rata dgn whisk je..JGN overmix ye
-akhir sekali masukkan choc chunk / cincang td, gaul rata secara kaup balik je
-sudukan adunan 3/4 penuh ke dlm acuan
- bakar selama 10 minit dgn suhu 220C, turunkan suhu 200C dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga masak..

# Cara Liza:

- sudukan separuh penuh adunan ke dlm acuan dan picit hazelnut choc paste , kemudian isi lagi adunan hingga 3/4 penuh kedlm acuan dan picit lagi hazelnut choc paste tu- 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...