Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

Friday, December 22, 2017

Kailan Goreng Ikan Masin ala Thai..



Sayur yg wajib di langgan kalau ke kedai tomyam,sesekali buat la sendiri, kan...





RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI

Bhn2:

2 ikat sayur kailan - bersihkan dan potong kecil
2cm ikan masin tenggiri jeruk-  bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili api - tumbuk bg pecah je
2 s/b sos tiram
1 s/b nampla / sos ikan
Minyak bijan secukupnya

- panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga betul2 garing
- masukkan semua bawang dan cili api td, masak hingga bawang layu
- selepas itu masukkan sos tiram dan sos nampla, kacau sebati
- akhir sekali masukkan sayur kailan, sekiranya nampak kering, boleh tambah sedikit air
- goreng sehingga kailan layu
- sedia dihidang panas


* garam tak perlu sebab ikan masin dan sos nampla dah masin


Tuesday, July 4, 2017

Sawi Jepun Sos Tiram...



Sayur ni adalah sayur peberet hubby Liza, makan kat mana2 pun, kompem dia akan amik sayur ni dulu..dulu2 ingatkan susah nk masak sayur ni, bila try tanya pakcik Google..ehhh nmpk senang la pulak resepi ni
 
 
Apa pun terima kasih sekali lagi pada Cik Ann yg sudi berkongsi menu kegemaran arwah ayah dia..semoga arwah ayah Cik Ann ditempatkan di kalangan mereka yg di kasihi Allah swt..Aamiin
 
 





SAWI JEPUN SOS TIRAM
 
Bhn2:
250grm sawi jepun
1 ulas bawang putih
2-3 inci isi ayam ( udang or sotong pun boleh)
2 sudu teh Sos Tiram
2 sudu teh kicap
Sedikit tepung jagung
Sedikit minyak untuk menumis
Garam gula perasa secukupnya
  
  1. Sawi basuh dan tos..selak selai2 ye..bio bersih..
  2. Panaskan air dalam kuali, titiskan beberape titik minyak, masukkan sedikit garam
  3. Bila air dah mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan
  4. Isi Ayam racik racik halus, dan ketepikan
  5. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil2
  6. Bila bawang dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi ( sukatan air lepas celur sawi ikut kesesuwaian masing2...nak banyak ke sikit)
  7. Masukkan kicap, ayam racik ,gula dan perasa secukupnya...kalo kurang masin tambah sedikti garam.
  8. Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. kepekatan sos ni ikut kesukaan masing la ye...dah masak siram atas sawi yg disusun tadi.
  9. Taburkan la sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang..





Tuesday, June 20, 2017

Baby Kailan n Tauhu Telur Goreng Sos Tiram..



Sayur yg paling Liza suka,simple  n sedap..



 
 
 
RESEPI KAILAN N TAUHU TELUR GORENG SOS TIRAM
 
Bhn2:
 
2 batang tauhu telur - pootng kecil dan grg hingga kekuningan
1 ikat baby kalian - bersihkn dan potong kecil
1/2 biji bawang besar - hiris halus
3 biji bawang putih - cincang halus
1 bijim lada merah - hiris
Sedikit minyak - utk menumis
Garam, gula
3 s/b sos tiram
 
 
- panaskan sedikit minyak lebihan tauhu telur td dan masukkan bwg besar, lada merah dan bwg putih, tumis hingga wngi..
- masukkan sos tiram, garam dan gula
- kemudian masukkan baby kalian td dan masak hingga sedikit layu..
- akhir sekali masukkan tauhu telur yg telah digrg dan kaup balik kejap hingga sebati.
- tutup api dan sedia dihidang
 
 
 
 
 
 


Thursday, June 1, 2017

Sup Petola dan Ayam Panggang ala Bangkok...


Terlajak sedap, tu lah pendapat Liza utk gabungan kedua2 lauk ni. makan pun lajuuu je walaupun lauk simple2







RESEPI SAYUR PEDAS PETOLA N CENDAWAN
Bhn2:

2 batang petola - buang kulit keras dan potong kecil
1 paket cendawan - kalau besar siat2kn sikit
5 biji bawang merah *
2 s/k lada hitam *
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya



- tumbuk lumat bawang merah dan lada hitam, masukkan ikan bilis dan tumbuk sekadar utk pecah2kan je
- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak hinga mendidih,
- kalau dah cukup segala rasa, padam api dan sedia dihidang..







 RESEPI AYAM PANGGANG ALA BANGKOK
 
Bhn2:
 
1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
 80 gm serai (akak letak 3 btg)
 30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
 20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)
 
Bahan Perapan:-
 
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
 20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
 35 gm gula (letak 2 sudu besar)
 50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam
 
Bahan Sos:-
 
30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
 15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
 1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
 6 tangkai cili padi -cincang halus
 
 
Cara-Cara:-
 

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
  3. Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
  4. Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
  5. Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang
Resepi ayam ni Liza ambil dr Kak Ummi, tq kak





Tuesday, April 18, 2017

Sayur Pedas Pucuk Manis n Cendawan..




Assalamualaikum wbt...sayur ni mmg dh selalu Liza buat, cuma selalu juga lupa nak upload kat sini..boleh juga gunakan petola utk masak cmni ye, makan dgn nasi panas2, gandingkan pulak dgn ikan grg dan sambal belacan,perghhh







RESEPI SAYUR PEDAS PUCUK MANIS N CENDAWAN

Bhn2:

Daun pucuk manis
1 paket cendawan - kalau besar siat2kn sikit
5 biji bawang merah *
2 s/k lada hitam *
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya



- tumbuk lumat bawang merah dan lada hitam, masukkan ikan bilis dan tumbuk sekadar utk pecah2kan je
- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak hinga mendidih,
- kalau dah cukup segala rasa, padam api dan sedia dihidang..




Monday, December 5, 2016

Pucuk Kacang Goreng Simple...





 Ni salah satu sayur kesukaan Liza...nak yg grg simple mcm ni pun dah cukup, tak yah lebih2..boleh abis sepiring tu Liza ratah,hihii


RESEPI PUCUK KACANG GORENG SIMPLE

Bhn2:

1 paket pucuk kacang - bersihkan
2 biji lada merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk atau cincang halus
1 labu bawang besar - hiris nipis
Garam, perasa
Sedikit minyak

- panaskan minyak dan tumis semua bawang dan cili hiris
- masukkkan garam dan perasa, gaul sebati
- akhir masukkan pucuk kacang dan gaul..bila dah sebati, tutup api..( Bila dah masukkan pucuk kacang, jgn grg lama2 ye)






Friday, November 25, 2016

Sambal Goreng Jawa terlajak sedap..

 
 
 
 
Dalam bnyak2 resepi sambal jawa, dr dapo CMG yg Liza berkenan sbb tak guna santan...dan rasanya mmg tak menghampakan,sedap woooo
 
Tq Cik Mat atas perkongsian menu sedap ni..
 
 

 
 



RESEPI SAMBAL JAWA

Bhn2:

5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub dan goreng
2 keping tauhu, potong kiub dan goreng
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng
1/4 bahagian kobis bulat bersaiz kecil, hiris
20 gram fucuk, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar cili kisar
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang merah, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan pes asam jawa, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah tempe, tauhu, kentang, kacang panjang dan gaul rata. Tambah sedikit air, masukkan tauhu kering (toskan), kobis, cili merah, cili hijau dan kicap manis. Masak hingga tauhu kering lembut. Tambah soo hoon (toskan) dan kacau.
  3. Perasakan dengan sedikit garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, dan kalau nak ngam, buat juga ayam masak kicap...hmmmmm...



Tuesday, September 13, 2016

Rendang Kacang Negeri Sembilan...




Bila tgk Kak Shiela asyik dok tayang rendang kacang ni, hati terpanggil utk mencuba...fuhhhh ayat, ni namanya ayat org meroyan sbb cuti takde g mana2...hihii

Sebenarnya Liza dh lama sgt tak makan telor ayam mcm yg K.Sheila bubuh dlm rendang tu, tapi disebabkan takde telur tu, Liza cuma masukkan brg dlm ayam dan tambah isi ayam sikit...senang je nk buat rupanya, tq kak







RENDANG KACANG NISMILAN ( N9)

Bhn2:

300gm kacang panjang - patah2 kan je
500gm isi perut ayam ( telur, hati, pedal & isi ayam) - potong kecil
500gm santan pekat
Segenggam cili padi*
2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk tumis
Garam n gula secukup rasa








- tumbuk @ blend bhn bertanda *
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn tumbuk td dgn serai yg telah dititik hingga garing dan bau cili hilang..
- masukkan sedkit garam semasa proses menumis td utk mematikan rasa cili tu..
- bila dh garing, masukkan isi perut td dan grg sebentar hingga separuh masak..
- masukkan santan pekat dan asam keping ..
- bila dah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kacang panjang..
- perisakan dgn garam n gula
- kacau rata dan masak hingga sayur lembut.
- dah siapppp






Wednesday, March 23, 2016

Sup Sayur Campur...




Jarang2 dapat makan cmni mmg best kan, letak pulak sambal byk2, perghhh..mmg blh bertambah2 nasi, hancur diet,hihii
Sup sayur ni ari tu Liza gandingkan dgn ayam bakar BBQ tu, mmg ngam la pada kami..dah katanya menu org berpantang kan, kena la dgn cara masak tu, kukus, bakar, panggang, sup..ihihi







Jom layan resepi simple dr Liza ni..


RESEPI SUP SAYUR CAMPUR

Bhn2:

Kaki ayam - potong ( nk letak lauk apa pun blh)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 labu bawang besar - hiris nipis
Cendawan
Kobis
Bunga kobis
Karot
Sawi
Ubi kentang
( sayur2an ni terpulang lah ye, nak letak apa pun)
Sedikit minyak - utk menumis
Garam






- semua sayuran dicuci bersih n potong kecil
- panaskan sedikit minyak dan tumis bwg2 hiris td hingga naik bau n kekuningan..
- masukkan air secukupnya dan biar mendidih, masukkan garam..
- masukkan kaki ayam dan sayuran yg keras dahulu, biar agak empuk baru masukkan sayuran yg lembut..
- biarkan kejap dan boleh tutup api..
- taraaa dah siap, senang kan



Taugeh n Kangkung Goreng Simple...




Assalamualaikum wbt...taugeh grg ni sebenarnya salah satu peberet Liza, biasa campur ngn tauhu tapi kali ni tauhu ilekk...g jalan2 kat blkng umah, nmpk la kangkung yg big bos tanam ada sikit...so, apalagi, grg la ia bersama taugeh...sedap sgt,hihii






Walaupun resepi ni rasanya semua org tau buat, tapi Liza ttp nak masukkan resepi utk anak2 Liza..


RESEPI TAUGEH N KANGKUNG GRG SIMPLE

Bhn2:

Taugeh - ikut la nak bnyk mana ye
Kangkung - potong kecil
1 biji bwang besar - hiris
1-2 biji lada merah - hiris
Sedikit ikan bilis - bersihkan
Sedikit minyak zaitun - minyak apa pun xkisah
Sedikit garam


- panaskan minyak, grg ikan bilis hingga agak garing.
- masukkan bawang n cili merah yg dipotong serta garam..
- masukkan kangkung, grg sekejap je terus masukkan taugeh..
- gaul sebati, dah siap...


Wednesday, July 9, 2014

Kuzi Kambing dan Taugeh Goreng..



Jeng jeng jeng...sape pernah makan kuzi kambing angkat tangan...hihii
Sebenarnya ari tu, bila tgk stok kambing ada lagi dlm petiais, terfikir2 jugak nak buat apa dgn kambing ni, nak yg simple, cepat n yg penting mestilah sedap...so, terfikirlah nk cuba buat kuzi kambing ni, dlm hati tertanya2 jugak la, macam mana rasanya kuzi kambing ni, rupa2nya mmg sedap dan tak sia2 buat...
Kalau sebelum ni Liza ada buat kuzi ayam kan, bhn2 lebih kurang sama je..




RESEPI KUZI KAMBING

Bhn2:

500gm kambing - Liza campur isi n tulang
2 biji bwg besar - hiris dan grg *
10 biji bwg merah *
2 ulas bwg pth *
1 inci halia *
1 cawan kismis - grg sekejap
1 cawan tomato sos
2 s/b rempah kuzi + sedikit air - jadikan pes
Rempah 4 sekawan
3 s/b susu pekat
1 cawan air

- rebus kambing hingga empuk, simpan air rebusan utk digunakan nnt..
- blend bhn2 bertanda * hingga lumat.
- panaskan sdkt minyak, tumis rmpah 4 sekawan, bhn2 blend dan rempah kuzi hingga wangi..
- masuk tomato sos, susu pekat dan air rebusan, gaul sebati..
- masukkan daging kambing dan kismis..
- tutup periuk dan kecilkan api dan biarkan ia masak selama 15- 20 minit, biar semua rasa tu sebati...





Liza gorengkan tauge dan tauhu utk padankan dgn kuzi kambing ni..


RESEPI TAUHU DAN TAUGE GORENG

Bhn2:

Taugeh - dibersihkn
Tauhu -potong kiub
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - potong nipis serong
Sedikit minyak
Garam, perasa

- panaskan minyak, masukkan bawang hiris dan cili merah, dan biar hingga naik bau..
- masukkan tauhu, gaulkan sebati, masukkan juga garam dan perasa, gaul lagi..
- akhir masukkan taugeh, gorengkan sebentar dan tutup api..

* boleh juga kalau nak masukkan udang dalam tauge ni ..*




Sunday, June 8, 2014

Kulat Sisir Goreng Sambal...terangkat beb



Assalamualaikum wbt dan salam di hujung minggu utk semua...mesti ramai yg bercuti kan, almaklumlah cuti sekolah merangkap sebelum Ramadhan, pulun habis habisan la ye...hihii

Kulat sisir ni mmg peberet Liza, pantang jumpa mesti nk beli..kalau zaman dulu2 tak pernah beli pun, balik kampong pergi kutip je kat area kebun getah arwah nenek...tapi sekarang semua tu tinggal kenangan..



Anak2 Liza mmg kurang dgn kulat ni, tak tau lah cmner diaorg rasa..budak2 sekarang mana nak kenal jenis sayur2 kpg cmni kan..
Jom lah kita tgk stail Liza buat sambal kulat sisir ni, resepi dr arwah ma...resepi ni main agak2 ye,ikut selera masing2...



RESEPI KULAT SISIR GORENG SAMBAL
Bhn2

Kulat - bersihkan dan tumbuk kasar
Bwg merah
Bwg pth
Cili mesin
Telur
Garam,srbk perasa
Minyak

- tumbuk bwg merah dan bwg pth hingga lumat.
- panaskan minyak, grg kulat sebentar. hingga kering airnya.
- masukkan bhn tumbuk dan cili kisar, masak hingga naik bau.
- perasakan dgn garam dan srbk perasa.
- pecahkan telur dan gaul sebati.
- bila dh sebati, tutup api dan angkat.


 **Liza rendam dgn air garam dlm 15 minit, bru toskan dan buang segala kotoran yg melekat kat celah2 dia tu....

Monday, October 28, 2013

Kobis Goreng Fishball n Telur...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 281013...hari ni adik exam, risau jugak bila ingatkan dia..harap2 semuanya dipermudahkan...

Kalau goreng sayur cmni kan, anak2 kompem makan, nak masak pun senang je...tapi jgn salah faham ye, Liza share kat sini hanyalah utk rujukan buat anak2 Liza atau pada sesiapa saje yg baru nak belajar masak...




RESEPI KOBIS GORENG FISHBALL N TELUR

Bhn2:

3 cawan kobis hiris
1 labu bawang besar - hiris
2 biji lada merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji telur - kocok sedikit
Beberapa biji fishball - potong dua
Sedikit minyak
Garam, perasa

- panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 hiris hingga wangi, masukkkan fishball, garam n perasa.
- masukkan kobis hiris dan telur td, kacau2 sedikit dan masak hingga kobis layu..
- tutup api dan sedia dihidang..

Monday, October 7, 2013

Sup Sayur Campur n Ayam Masak Merah...


Tiap kali buat sayur campur ni mst kena gandingkan dgn lauk pauk yg anak2 suka...tak kira lah masak merah atau masak kicap, mmg sesuai sgt la...kompem bertambah2 anak2 makan..

RESEPI SUP SAYUR

Bhn2:

2 keping dada ayam - potong kecil ( nk guna lauk apa pun blh)
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 biji ubi kentang - potong baji
Kobis - potong halus
Sedikit bunga kobis - potong kecil
1 btg lobak merah - hiris nipis
1 ikat sawi - potong
Sedikit suhun dan fucuk - direndam  sebentar
Minyak
Garam, perasa

- panaskan sedikit minyak, tumis bwg pth dan bwg besar hingga naik bau..
- masukkan air secukupnya dan isi ayam, bila mendidih masukkan ubi kentang, bunga kobis, btg sawi dan lobak merah..
- biarkan mendidih sekali lg dan masukkan pula suhun dan fucuk, garam dan juga perasa..
- masukkan kobis dan masak hingga ubi kentang empuk.
- masukkan daun sawi sebentar dan tutup api...




RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bhn2:
1 ekor ayam - potong kecil(perap dgn serbuk kunyit + garam)
1 inci halia*
2 labu bawang besar*( nk guna bwg merah pun tak pe)
3 ulas bawang pth*
3 btg serai *
6-7 s/b cili mesin
3 s/b tomato puri
Rempah 4 sekawan ( k,kayu manis, pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
Minyak
Gula dan perasa

1 labu bawang besar - hiris

- blend halus bhn2 bertanda *
- panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak.
- tinggalkan sdkt minyak lebihan grg ayam td, masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga wangi.
- masukkan pula bhn2 yg dikisar, cili mesin dan tomato puri.
- bila agak2 dah garing sikit, masukkan gula, perasa dan ayam yg telah digrg serta bawang besar hiris.
- gaul sebati dan bolehlah diangkat....
- dah pun siap....




Wednesday, August 21, 2013

Kalau Hati Sudah Jatuh Cinta...Cendawan Goreng Tepung Tempura


Kalau dulu2 tak nak makan la konon, pastu bila dah start mkn, asyik dok terbayang2 je...tu la penangan cendawan grg tepung ni, sedap rupanya ye....hihii

Pantang tgk cendawan mst terus terbayang celup tepung, kalau boleh dan dan tu jugak nk  mkn..huisshhh ni kes parah dah ni...betulll, Liza tak tipuuu...



RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG TEMPURA

Bhn2:
Cendawan tiram - bersih dan keringkan
Tepung tempura secukupnya
2 biji telur -kocok sikit
Minyak

- panaskan minyak.
- salut cendawan dgn tepung tempura.
- kemudian celup dlm telur dan salut tepung sekali lg..
- grg dgn api sederhana hingga garing. angkat..
- sedap dimakan masa panas, cicah dgn sos kegemaran.

Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

Untuk hasilkan cendawan goreng tepung yang rangup , lepas basuh cendawan tu , kita mesti perahkan cendawan tersebut hingga kering air cendawan tu, lepas tu barulah celup dalam tepung n telur dan goreng dalam minyak yang panas.

Kerabu Pucuk Paku...



Assalamualaikum wbt...kerabu ni mmg best, dapat hilangkan muak dgn rasa pedas dan masam...bg lah kerabu apa pun, Liza mmg suka..kali ni Liza buat kerabu pucuk paku tanpa guna santan..



RESEPI KERABU PUCUK PAKU

Bhn2:

1 ikat pucuk paku
1-2 ekor ikan kembung - bersihkn dan bakar / rebus
3 ulas bawang merah*
10 biji cili padi*
1 cawan kelapa goreng
Air asam limau secukupnya
Garam, gula

- bersikan pucuk paku dan celur sebentar, masukkan ke dlm mangkuk besar.
- ambil isi ikan kembung dan ketepikan..
- tumbuk bhn2 bertanda * dan isi ikan.
- campurkan semua bhn ke dlm mangkuk pucuk paku td, gaul sebati..
- kerabu ni mesti ada rasa masam dan pedas..

Thursday, July 18, 2013

Rendang Nangka dan Ayam...




Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua kengkawan yg beragama Islam...pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 9 hari kita berpuasa kan...Alhamdulillah

Sebenarnya Liza ni mmg hantu nangka muda, tak tau lah kenapa, sampai adik Liza pun tau, kalau nmpak je nangka muda kompem Liza akan beli...dah tak ambil peduli dah sape2 yg tak nak makan tu..ihhihii, biasanya anak2 la yg akan buat muka..alaa sesekali kenalah makan jugak lauk kampung cmni, kena rasa.. tulah alasan yg selalu Liza bg pada anak2 suruh diaorg makan, bknnya apa, takut besok2 bila tgk sayur2 atau lauk2 kpg, langsung tak tau cmner rasa dia kan, lepas tu pupus cmtu je...mana boleh cmtu..



Rendang ni mcm rendang biasa je cuma tambah nangka muda..jom kita tgk resepi ye..

RESEPI RENDANG NANGKA DAN AYAM

Bhn2:

250gm nangka muda - bersihkan
2 keping dada ayam - potong kecil
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 keping kecil nise/ gula melaka
Garam secukup rasa


Bahan B (Dikisar):

10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering

 
Cara Memasak:-

Rebus nangka muda dan sedikit garam hingga empuk, toskan..
Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, nangka muda rebus, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Bila dah mendidih, masukkan nangka muda yg telah direbus,garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...




Wednesday, July 3, 2013

Paprik Ayam...


Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah kita masih diberi peluang utk menikmati setiap saat didunia ini bersama insan2 dan sahabat tersayang..puasa pun dah makin hampir kan, persiapan raya pun pastinya dah buat kan..Liza pun mmg suka sgt settlekan brg2 raya sebelum puasa,konon2 tak nak berebut nnt bulan puasa sbb ramai...tapi masalahnya bila org sibuk shopping, kitapun tumpang lg sekaki...hihihihii, sabo je la papa...



Berbalik kita pada lauk ni kan,mmg Liza suka sgt buat bila dah ketandusan idea nk masak...sbb kan kt dalam ni dah siap ada sayur n lauk...ikut suka nk campak apa pun..mkn pulak dgn telur dadar, pergghhh, mmg terbaikkk la...

RESEPI PAPRIK AYAM

Bhn2:

3 keping dada ayam - potong kecil
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1s/b sos tiram
Beberapa titik kicap manis
Garam, gula
Sedikit air
Minyak utk menumis


- panaskan sdkt minyak dan tumis bwg2 hingga wangi.
- masukkan ayam, serai, daun limau, cili api dan cili mesin dan masak hingga sedikit garing..
- masukkan sedikit air, sos2, kicap manis, garam dan gula, masak lg hingga ayam empuk..
- bila dah mendidih, masukkan sayuran, tomato dan cili merah hiris, masak lg hingga sayuran empuk..

 
 

Wednesday, May 15, 2013

Solok Lada Bonda...



Sebenarnya solok lada ni kan Liza akan buat bila ada lada solok yg hijau ni je, sbb bg Liza kalau guna lada hijau yg biasa tu, rasa dia dah tak kick bg Liza...so, bila balik kpg, ni lah benda pertama yg Liza akan beli utk bawak balik..lada solok ni pulak ada 2 jenis, satu jenis yg tak pedas dan satu lg jenis yg pedas...jd pilihlah mana2 yg berkenan ye...

Nak buat solok lada ni tak susah pun, tp bab nk buang biji cili tu yg Liza tak berapa suka...hihihi, tapi kalau mkn sukaaaa jeee..

Jom la tgk resepi dr arwah ma ni, mgkn lebih kurang sama dgn org lain kan...

RESEPI SOLOK LADA BONDA

Bhn2:

10 biji lada solok / hijau - belah dr bhgn tangkai hingga hujung, jgn putus, buang biji dan rendam sekejap
4 ekor ikan sardine/ kembung - bersihkan dan ambil isinya
1 1/2 cawan kelapa putih - tumbuk sedikit
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Garam, gula
1 cawan santan pekat

- tumbuk lumat isi ikan bersama halia dan bwg merah..
- masukkan garam dan gula secukup rasa.
- dalm satu bekas, bubuh kelapa putih dan bhn2 tumbuk td, gaul dan ramas2 sikit utk bg sebati antara kelapa dgn bhn td..
- sumbatkan kedlm lada solok td hingga padat dan susun dlm periuk.
- masukkan santan pekat ke dlm periuk dan masak solok dgn api sederhana hingga kering santan..

* lupa nak bagitau, tangkai lada jgn buang ye, buang biji sahaja*..

Wednesday, March 6, 2013

Pajeri Nenas Tanpa Santan...



Satu lagi menu peberet hubby, kalau dulu kan Liza mmg tak makan pajeri nenas ni tp semenjak dua menjak ni berjangkit pulak dgn cik hubby, pantang jumpa nenas mst nak buat pajeri...hihii

Tapi Liza mmg tak pernah letak santan, ala2 diet katakan...(padahal kalau ada pajeri ni,nasi bertambah2) hihihhii..bg sesape yg nak pajeri nenas ni lagi rasa lemak, tambah la santan kat dlm  kuah dia tu...biasanya Liza akan buat lebih sikit n simpan dlm petiais, bila2 rasa nk mkn keluarkan n panaskan balik...sonang kijo mokcik...hihihi

RESEPI PAJERI NENAS TANPA SANTAN

Bhn2:

1 biji nenas - potong bulat @ separuh bulat
1 senduk rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
Garam, gula secukup rasa
- panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga pelaga sehingga naik baunya.
- masukkan rempah dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyaknya.
 - apabila rempah pecah minyak, masukkan sedikit air dan juga nenas. Biarkan mendidih seketika.
- masukkan kerisik, kacau rata.
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan angkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...