Tuesday, January 30, 2018

Kuih Ketayap Lembut...



Assalamualaikum wbt..petang semalam buat ketayap ni sbb nk abiskan stok inti kelapa tu..cuba resepi dr Cikgu Ani yg ,menggunakan sukatan cawan je..timakasih ye, kuih ni mmg sedap n lembut je








RESEPI KETAYAP LEMBUT

Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Cara Membuat Kulit Ketayap
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  2. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  12. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  13. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan







Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

1 comment:

Susan said...

I am glad to locate your recognized method for composing the post. Searching the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...