Wednesday, September 13, 2017

Sotong Masala Nasi Kandar...




Assalamuaalikum wbt dan salam manis utk semua..percaya tak lauk ni kan pertama kali rasa terus jatuh cintan, apalagi kitaorang ni mmg peminat tegar makanan atau lauk pauk ala mamak cmni.

Resepi asal dr ayahanda Mamak Haji, kat blog dia mmg bnyk sgt resepi n tips masakan nasi kandar...sesiapa yg suka makan nasi kandar tu blh la jenguk kat dapo tu ye

Terima kasih Mamak Haji atas resepi yg mmg selalu tak menghampakan, dah banyak resepi yg Liza ambik dr dapo sana, terima kasih sekali lagi








RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

 Bhn2:

1 kg Sotong putih (sarat telur).
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.










CARA-CARA:

Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...