Thursday, September 7, 2017

Chicken Chop Burger....


Assalamualaikum wbt...burger ni pun dah berzaman Liza buat,hihi
Guna resepi perapan lamb chop n sos blackpepper dr fren nun yg jauh di Penang tu, Lina...
Terima kasih fren sbb resepi ni mmg sedap n menepati piawaian tekak kitaorang..Liza CnP je dr dapo Lina, hihihi





RESEPI CHICKEN CHOP BLACKPEPPER SAUCE


Bahan2:

4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam - xletak
2 sudu besar sos tiram 
 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano  
Sedikit olive oil

Cara-cara:

  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel - LiNa Pg cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. (Liza pun buat cara yg sama)
  2. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam, segala herba dan lada sulah
  3. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  4. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  5. Perap daging paling kurang selama 1 jam.LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  6. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
 
 
 SOS BLACK PEPPER 

 Bahan-Bahan:

1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
2 sb mentega


Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak) Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).
  2. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  3. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Note: Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2 la kan.

* Bhn2 lain:

Roti burger
Daun salad
Timun
Mayonis - sapu pada roti ( optional )





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...