Tuesday, September 5, 2017

Crepe Durian dan Cream Custard yg sedap bangattt..


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...crepe durian ni mmg dah laaaaama sgt Liza buat tapi selalu terlupa nk update n3 kat sini, teruk betul la..

Asal resepi rasanya dr blog K.Ita tapi tak boleh nk link dah sbb blog Masam Manis khabarnya dah takde ye..apa2 pun terima kasih jugak pada Cik Ani sbb akk CnP resepi dr dapo sana,hihihi










RESEPI DURIAN CREPE N CUSTARD FILLING SEDAP

Bahan Crepe
  • 4 tbs tepung gandum
  • 4 tbs tepung ubi
  • 2 tbs tepung jagong
  • 2 tbs tepung kastard
  • 2 biji telur - saya guna telur saiz B
  • 2 tbs minyak/butter dicairkan- saya guna minyak masak je
  • 2 tbs gula halus
  • 1 cawan susu segar
  • 3 tbs air
  • secubit garam
  • pewarna kuning
  • perasa durian - saya guna isi durian dlm seulas .so bau durian crepe ni sungguh asli gitu...muahhh!

Cara
  1. Satukan semua jenis tepung dan ayak dalam satu bekas.
  2. Lepas tu campurkan dengan semua bahan lain.Kacau hingga hingga sebati
  3. Tapis dan letakkan pewarna.


- Sediakan kuali nonstik untuk membuat crepe
- Panaskan kuali untuk elak crepe melekat.
- Kemudian perlahankan api ke sederhana
- Sapukan kuali dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
- Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
- Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
- Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
- Bila dah masak, angkat ..
- Buat sehingga habis adunan
- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
 


*Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti melekat pulak crepe tu.
Tunggu dia betul2 sejuk baru boleh di tindih satu persatu.Nak tindih terus tu bolehh tapi lapikkan dengan plastik,

* Kalau ikut saiz kuali saya, adunan ni dpt la 21-23 crepe.So bergantung pada saiz kuali & ketebalan crepe korang tau...










CREAM CUSTARD FILLING

Bahan2:
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 tbs tepung kastard atau tepung jagung
  • 1/4 cawan gula ~  tambah lagi anggaran 1 tbs
  • 2 biji telur -saiz D ( resepi asal guna telur kuning sahaja , saiz A...)
  • 1 1/2 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
  • 1 tbs butter
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 200 ml Non Dairy Whipping Cream

Cara
  1. Satukan tepung kemudian ayak dalam satu bekas, pastu masukkan gula 
  2. Masukkan 2 biji telur dan 1 cawan susu.  
  3. Kacau hingga adunan sebati
  4. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
  5. Kacau rata
  6. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
  7. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
  8. Bila ia dah meletup-letup baru tutup api
  9. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
  10. Biarkan ia sejuk
  11. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
200 ml Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga kental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental







Caranya :

Ambil sekeping crepe, letakkan cream kastard ditengah2, letakkan isi durian, tutup isi durian dengan cream kastard dan balut kemas. Simpan dalam freeze baru sedap dimakan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...