Saturday, October 20, 2012

Otak Otak Sardin....


Ni resepi yg Liza ambik dr MyR, thnx Kak Fida...mmg sedap  mkn dgn nasi sbb rasa dia ala2 rendang gitu...


RESEPI OTAK OTAK SARDIN

Bhn2:

  • 1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
  • 10-15 tangkai cili kering*
  • 10-12 ulas bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*
  • 3 batang serai*
  • 4 biji buah keras*
  • 2 sb rempah kari ikan/daging
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5-6 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 sb air limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis
  • secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
  • secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

Cara-cara
 
  1. Daun pisang dijadikan seperti mangkuk2 kecil dan ketepikan.
  2. Kisar bahan2 yg bertanda * hingga halus.Panaskan minyak di dlm kuali dan tumis bahan kisar dan rempah kari hingga wangi dan masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.Masukkan pula telur,daun limau dan kacau rata lalu masukkan sardin lecek dan gaul hingga sebati.Masak hingga pekat dan masukkan jus limau.Matikan api.
  3. Bubuh adunan otak2 ke dlm mangkuk2 daun pisang.Buat hingga habis dan susun di dlm loyang.Kukus hingga 15 min. di dlm kukusan yg telah dipanaskan dulu. - Liza bakar 10 minit
  4. Siap untuk dihidangkan.
  5. ***Otak2 sardin ini dh terasa pedasnya...tapi pd yg suka lebih pedas boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi dlm step no. 2,ikut selera masing2...
 

Salad Ala2 Diet...


Ni salad yg angah request, nk diet la konon...nasib baik semua stok ada lg, jd main campak2 je la...tu la yg senangnya buat salad ni kan...kalau selalu angah request cmni, ok jugak...anak suka, ibu setuju....hhihhihi


Jom la kita tgk apa yg Liza letak dlm salad tu...

SALAD ALA2 DIET

Bhn2:

Daun salad - bersihkan
2 biji telur rebus - potong 4
2 biji tomato - potong baji
3 biji ubi kentang - rebus dan potong kecil
Sos thousand island secukupnya

- masukkan semua dlm mangkuk dan gaul sebati...
- sedia dihidang, wallllaaaa...


Ayam Goreng Rempah Mamak Penang....

 
Sori ye, bkn mamak yg goreng ayam ni ye, tp mami...hihihii..Tapi kan Liza nk bgtau, ayam grg ni mmg sedap banget...betulll, tak tipu langsung...kalau tak caya try la buat...

 
 

Resepi ni Liza ambik dr dapur SINI, terima kasih bebanyak ye sbb sudi berkongsi macam2 tips...Jom kita intai resepi pulak ye...mohon share resepi kat sini ye..

RESEPI AYAM GORENG REMPAH MAMAK PENANG

Bhn2:

Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg. Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.


Cara penyediaan:
1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam. Liza masukkan ke dlm 'tipuware' dan peram...

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam.

# Kalau nk tau tips utk dapat gorengan ayam yg rangup blh klik kat SINI...thnx again


Laksam Cinta Hatiku....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari minggu nan indah...mstilah indah kan sbb tak lama lg dah nak raya...hihihiii, macam budak budak..

Laksam ni kan mmg kiranya peberet Liza la, TETAPI kena lah laksam yg homemade ye, yg guna mesin tak main...walaupun Liza ni dikategorikan peminta tegar laksam ni, tapi kalau yg guna mesin tu mmg tekak tak boleh nk terima sbb dia keras sikit...

Jadi, disebabkan cerewet sangat, kena lah buat sendiri...tak pe, demimu laksam, gemuk pun aku rela....ye ke? hihihii..



Jom lah kita tgk resepi turun temurun arwah ma ni, kalau nk tgk step by step buat laksam, blh klik kat
SINI ye..

RESEPI LAKSAM HOMEMADE

BHN2 LAKSAM :
4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Sdkt minyak

- cara2 buat laksam blh tgk link kat atas yer..


BHN2 KUAH :

10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#


BHN2 SAMPINGAN:
Timun - hiris halus memanjang
Bunga kantan - hiris halus
Daun kesum - hiris nipis
Kcg panjang - hiris nipis
Taugeh
Sambal - lada kering / cili api + garam (tumbuk hingga lumat).

Friday, October 19, 2012

Ice-Cream Cake In The Cup....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali....musim2 ujan ni dok tayang kek eskrem pulak dah Liza ni...hiihhii, sebenarnya kan kek eskrem ni dah lama pun buat, kes nk perabis kek coklat n eskrem yg berbekas2 kat dlm fridge tu....fikir punya fikir terlintas la nk buat kek n eskrem ni dlm cup2 kecik cmni..dan cup2 ni pulak sebenarnya yg recycle punya, macam2 ada, yg McD, Cornetto dan mcm2 lg....senangkan...hihihii

Apa yg kita nk letak dlm tu terpulang pada citarasa masing2,  tambah biskut pun sedap jugak, hancurkan sikit biskut tu, pastu letak pulak kekacang n choc chip, mkn tu bunyi pulak krup krap krup krap, perrghhhh layannnn....hiihii

 

Ni pulak pandangan sebelah dalam bekas...buat dlm bekas kecik2 cmni senang, bila2 je nk mkn ambik n makan sambil layan Boboi Boy....hiihhii

Wednesday, October 17, 2012

Muffin Vanila ala Kenny Rogers....


Suka sgt buat muffin kalau dia merekah kat atas tu....ambik resepi dr Deenoos MyR.. Liza buat 2 versi, satu plain dan satu lg filling kiwi...dua2 pun sedappp...




RESEPI MUFIN VANILLA ALA KENNY ROGERS

Bhn2: ( 2 dozen muffin)

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.



                                     Sesuai sgt utk minum ptg, nak buat pun senang....


Nasi Dagang Pujaan Hatiku....



Assalamualaikum wbt....nasi dagang yg buat ari tu...sebenarnya Liza ni mmg suka giler ngn nasi dagang, tp agak cerewet...bkn semua nasi dagang yg Liza akan mkn...so, nak tak nak kenalah rajin buat sendiri kan...

Dah pernah buat kat SINI dan SINI...utk memudahkan semua, Liza letak sekali lg resepi kat sini ye...

RESEPI NASI DAGANG BONDA

Bhn2:


4 cawan beras nasi dagang
2 cawan beras pulut
4 cawan beras biasa
3 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
2 s/k halba
7 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia - hiris nipis memanjang
Garam dan gula
- bersihkan semua beras dan rendam berasingan semalaman.
- masak santan pekat bersama garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.(agak2 naik wap shj)
- toskan semua beras. Campurkan semua dan kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair,bwg2,halia dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
- bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
- bila dah siap blh dihidangkan dgn gulai kegemaran dan acar timun.(Liza makan dgn gulai itik dan acar timun) - kali ni Liza mkn dgn kari ayam kpg ngn telur rebus..



Perrrgghhhh, masa mkn ni kalau MIL lalu mmg tak perasan langsung, kalau perasan pun buat2 tak perasan jer....hihihihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...