Monday, April 30, 2012

Bahulu Durian dan Bahulu Berinti Kiwi....


Angin bahulu datang lagi.....ihihihi, tp kali ni Liza cuba buat perasa durian dan satu lg Liza letak filling kiwi....dulu Liza dah pernah buat bahulu cermai ni...ok lah jom kita intai resepi pulak yer...

RESEPI BAHULU CERMAI

Bhn2:

4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional


Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung MyR sbb sama cara dia)


  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C

Tips tambahan:
- kalau guna acuan baru, rendam dgn minyak semalaman dan panaskan selama 10 minit, lepas tu buang minyak lebihan ke dlm mangkuk lain.
- acuan yg telah dilengser minyak hendaklah sentiasa dipanaskan sebelum digunakan..maksudnya lepas satu adunan siap, kita keluarkan bahulu tu, sapu minyak kat acuan dan panaskan balik selama 5 minit, pastu keluarkan dan bubuh adunan utk dibakar.
- utk adunan yg masih tak digunakan, kita kena tutup dgn suratkhabar utk elak dr masuk angin.
- kalau nk letak filling, masukkan 1/4 adunan, letak filling dan tutup dgn adunan hingga penuh acuan.
- kalau nk mkn bahulu macam org zaman dulu2, abaikan penggunaan baking powder dan ovalette, bahulu akan jd padat sikit..

Kuih Kaswi Citarasawan....


Huhhhh, tak nampak langsung keayuan kuih kaswi ni...tgk Izah buat cantik jer kajedian kuih ni...tak pe la, janji sodaaappp n dah abis pun kuih ni....hiihhihihi

Resepi asal dr dapur Kak Wan dan Liza rasa ramai yg dah cuba kuih ni kan...terima kasih pada Kak Wan atas resepi yg best ni dan pada semua yg menyebarkan kesedapan kuih ni....jom kita tgk resepi ye...

RESEPI KUIH KASWI CITARASAWAN

Bhn2:

Bahan A
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)



Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur



Bahan C
Kelapa parut dicampur sedikit garam



Loyang 9" atau acuan lompang



Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

Pes Sambal.....


Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua....pes sambal ni Liza dapat dr akak yg jual nasi lemak...nasi lemak dia kan mmg pemes la kat area sini, biasanya dia buka gerai ptg...tp sekejap jer dah licin, kalau pergi lambat alamat tgk bekas kosong je la....

So, ari tu sajer la ngendeng2 kat akk ni cmner dia buat sambal bilis, diapun cakap akk buat cm biasa jer, cuma akk masak mmg lama...lepas2 tu diapun bg la resepi ni....nak tau, moh kita tgk...

RESEPI PES SAMBAL

Bhn2:

3 - 4 biji bwg besar - kisar
4 senduk cili mesin
Segenggam ikan bilis - kisar
Garam, gula dan serbuk perasa
Air asam jawa secukupnya

- tumis bhn kisar dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa, air asam jawa dan kacau sebati.
- masak dgn api perlahan hingga sambal pecah minyak dan sedikit pekat..dlm lebih kurang 1 jam.

Sunday, April 29, 2012

Susu Kocak Oreo....

Ambil dr dapur iResepi, mmg best dan anak2 Liza suka sgt...siap suruh letak oreo bnyak2....hihihihi


RESEPI SUSU KOCAK OREO

Bhn2:

4 sudu teh sirap coklat
8 keping biskut Oreo - dibahagikan
1- 1/2 cawan susu
2 cawan aiskrim perisa vanilla, - dilembutkan
Cara membuat Susu Kocak Oreo
1. Masukkan satu sudu teh sirap coklat kedalam empat gelas.
2. Golekkan gelas supaya coklat membentuk lapisan di bahagian bawah tepi gelas.
3. Hancurkan 4 keping biskut sehingga halus, letakkan di tepi.
4. Masukkan biskut yang selebihnya kedalam pengisar.
5. Campurkan susu dan aiskrim, kisar hingga sebati dan halus.
6. Curahkan kedalam gelas yang telah disediakan, hiasi dengan biskut yang telah dihancurkan.
7. Hidangkan Susu Kocak Oreo dengan segera.

Tips: sejukkan susu dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum digunakan , supaya campuran lebih pekat.


Yang ni angah punya, punya la bnyak oreo ditabur kat atas tu....hihihihihi janji bahagia...

Mee Kari Tulang...


RESEPI MEE KARI TULANG

Bhn2:


7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang = dgg tetel - direbus dahulu
Santan secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis




Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..


Apam Nasi /Apam Salju ...


Assalamualaikum dan salam ceria semua....hari ni buat apam nasi lagi, anak2 n cik hubby mmg suka sgt mkn apam ni....lembut dan sedap....jom la tgk resepi yer...

RESEPI APAM SALJU

Bhn2:

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.




Friday, April 27, 2012

Mexican Bun/ Roti Kopi/ Roti Boy...


Buat lagi mexican bun atas permintaan anak2....tp kali ni Liza letak choc chips...bertambah2 kesedapan roti ni...macam biasa la resepi ni Liza amik dr dapur Lilydvalley MyR...terima kasih sekali lg atas resepi ni yer Lily...kalau nk tgk versi yg Liza buat dulu blh la klik SINI ye..

Moh kita tgk resepi ni...

RESEPI MEXICAN BUN

 Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

 
Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.


Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.  
Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...