Thursday, June 14, 2012

Apam Puteri Ayu....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...ni sebenarnya salah satu kuih peberet family Liza...dah bnyk kali Liza buat, mmg sedap n gebu...Liza sebenarnya tak pasti punca resepi ni sbb dah berkurun sgt dok dlm simpanan....so, pada tuan empunya resepi, mintak halal ye Liza share kat sini pulak....

Jom kita tgk resepi ni..

RESEPI APAM PUTERI AYU

Bhn2
     A
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh esen vanila
1 cwn pati santan / fresh milk
2 cwn tepung naik sendiri

B
Kelapa parut
Garam
Tepung ubi
- bhn2 ni Liza agak jer..satukan semua dan padat2kan kedlam acuan seri ayu yg telah disapu minyak..

# Bhn2 bertanda * dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan / fresh milk.. Gaul sebati. Masukkan tpg dan pewarna yg dikehendaki (Liza campur air pandan bersama santan)..Masukkan adunan tepung kedlm bekas berisi kelapa td...Kukus selama 10 - 15 minit..





Wednesday, June 13, 2012

Best Moist Chocolate Cake Mud....Happy Birthday Kakak....


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to kakak,
Happy birthday to youuuuu....

Kali ni kakak mintak umi dia buatkan patung Pooh,hahahaha kelako...ape dia ingat umi dia ni pandai ke bab2 cmtu....mula2 mmg rasa cm tak nak buat, rasa je taww, tp bila tgk muka dia kesian la pulak...selalu sgt dia buat muka sedih cmtu....alahai kakak, sabo je la...

Setelah berhempas pulas dok pikir nk buat Pooh ni, maka terhasillah Pooh yg gedempol....haaahaha..angah cakap macam perut kakak...huhhhh paku dulang paku serpih....ihihhihii
Bila dah buat tu, rasa cm syiok la pulak, tu yg gatal buatkan reben kat Pooh tu, baru la nmpk ayu sikit, at least blh lah control kebuncitan perut tu......ekekkekekeeke

Puas jugak dok pikir nk buatkan kek utk birthday kakak, ye la kalau blh nk la yg spesel utk hari yg spesel ni kan....setelah ditimbang tara, maka Liza pilih utk buat Kek Chocolate Mud dr Zack, dan bila diteliti resepi ni lebih kurang sama dgn resepi Best Moist Chocolate Cake dr Ida Jepun tu...Ida kata resepi ni dr Naz tp sori ye Naz, Liza tak dapat link kat blog Naz....

So, Liza gabungkan kedua2 resepi ni, Liza gunakan 1 cawan buttermilk utk bg lg moist ,blh ke cmtu kan...moh kita tgk..

RESEPI BEST MOIST CHOCOLATE CAKE MUD

Bhn2: ( selepas diderhakan oleh Liza, jgn mare yer..)

125g dark chocolate atau coklat masakan (ku guna coklat masakan)
125g butter (kalau guna unsalted, campurkan 1/8st garam dalam butter)
1/2st serbuk nescafe
3/8C @ 94ml air masak - Liza guna 1 cawan
1C + 1sb @ 162g tepung gandum - Liza guna 2 cawan tpg gandum

1/8C @15g serbuk koko
1/4st soda bikarbonat
1C @ 220g gula kastor (resepi asal untuk separuh adunan adalah 1C + 1/4C)
2 telur gred A (berat minima ~60g)
1sb minyak masak
1/2 st esen vanila
1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar@susu tepung+air campur 1st limau nipis/cuka) -Liza letak 1 cawan buttermilk

Bahan Ganache:
125g coklat masakan
100g whipping cream (I just use non-dairy whipping cream)




Cara kek:

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8" dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter (untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti).
  3. Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat serta butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
  4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
    Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je).
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang (adunan akan kelihatan seperti cecair).
  9. Bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat/kering (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai kek hingga sejuk).
  11. Kek akan ada sedikit mengelembung dan kemungkinan ada bahagian yang keras sikit (from experience, this is usually the case for cakes that has chocolate in it). Bahagian ni boleh dibuang dan telangkupkan kek supaya bahagian rata berada diatas semasa menghias.



Cara ganache:

Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).

**Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.

**Buttermilk ada kandungan asid dan bila baking soda bertindakbalas dengan asid, ia menghasilkan kek yang lembut/tender, selain dari memberi kelembapan kepada kek.


 
Kalau nk tgk resepi asal , blh la klik kat kedua2 empunya resepi kat atas tu ye...Liza ni buat nk cari yg senang je, janji sedapppp.....hihiihhihii, terima kasih pada empunya resepi ye, walaupun dah diderhaka dan mix n match, tp tetap lembut dan sedap....alhamdulillah besday girl suka sgt...
 
Walaupun bersememeh rupa kek ni, tp tetap bangga sbb anak2 nk mkn hasil air tangan umi dia...Liza buat kek ni simple je, sbb tetiba teringatkan abg yg dok Seremban yg tak dapat nk rasa kek ni...nnt abg balik, umi buatkan lgi ye....
 
 
 
 
 
 

Tomyam Ayam Ala Thai....sawadikapppp


Masih menggunakan resepi yg sama, resepi dr Kak Anim, rasa mmg dah sehati sejiwa sgt dah dgn rasa pes tomyam ni....terima kasih Kak Anim sbb family Liza mmg suka dgn rasa tomyam ni..Liza pun pernah buat tomyam udang guna resepi yg sama...moh kita tgk resepi ye...

RESEPI TOMYAM AYAM ALA THAI

Bhn2:

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Semua bahan di atas di kisar


- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
- Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
- Masaklah sehingga menjadi pes
Untuk Sup Tom Yam

ayam
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis

(terserah nak banyak mana sayuran ini)

6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair - xletak
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Untuk Sup TomYamRebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
-Memang betul cakap Kak Anim...enak banget nih....hihihiihihi

Bahulu Gulung Dayang....

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua ye...pekabar, diharapkan semuanya sihat2 di samping tugas yg tak pernah habis....ye la, kalau tak sihat cmner nk buat keje kan....hihihii


Liza ucapkan terima kasih yg tak terhingga pada teman2 yg sudi singgah kat dapur ni walaupun tuan umah ni kdg2 ado, kdg2 takdo....hihihihi

Sebenarnya ni pun salah satu menu yg tertangguh, tak sempat nk publish bebb...ambik dr MyR, mestilah resepi dr Dayang kita yg mmg pandai buat kek tu....thnx ye Dayang sbb share resepi ni...Liza mintak panjangkan resepi ni kat dapur Liza ye...

RESEPI BAHULU GULUNG

Bhn2: ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang )

  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sb gula halus
  • 1 sdt esen vanilla / jus lemon
  • 2 sb jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan

Cara-cara

  1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
  3.  Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)
  5.  Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.
  6.  Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
  7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
  8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
  9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
  10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Bab gulung menggulung ni mmg Liza fail lagi, tp tak pe, usaha lif kejayaan....caiyok2....



Sunday, June 10, 2012

Siakap Goreng Paprik...


Ni la resepi yg akan Liza masak kalau kehabisan idea...bkn ape, senang kan, sbb lauk n sayur  dalam satu...tak yah nk pening2 kepala lagi...family Liza pun mmg suka lauk2 cmni...biasa Liza main campak2 jer, lepas tu bila tgk kat dapur MyR, rupanya Mak Yong pun buat resepi yg lebih kurang sama..cuma Liza tambahkan daun limau purut utk bagi paprik ni lagi wangiiii...terima kasih ye Mak Yong, Liza minta izin share resepi kat sini pulak...


RESEPI SIAKAP GORENG PAPRIK

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


                      Perggghhh, makan dgn nasi panas2 ni mmg terangkat bebb....hihihihihi


Cucur Susu Lemak Manis...

Sebenarnya n3 ni semua yg dah jadi baja tau, dah berkurun dah buat, tp baru sekarang sempat nk publish....ni pun buat sebelum cuti sekolah ari tu lagi, mak aaiiii lamanya....hihihihii
Hari tu dok berkira2 nk masak apa utk minum ptg, nak buat resepi yg simple, cepat dan sedap...last sekali terfikir la resepi yg dah lama Liza salin ni, tp xpernah buat pun lagi....so ape lagi, tgk bhn, semua ada kat dapur, maka bermula lah projek 'mengcucur' ....hihihihi




Resepi ni rasanya Liza tgk kat dapur Izah,kalau nk tgk cucur yg bulat2 comel, jenguk la kat dapur Izah atau Mas ye....resepi asal katanya dr Kak Fida, terima kasih la buat semua yg mewarwarkan cucur ni, best n lembut sesangat....sukaaaaaa

RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

Bhn2:
1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
Angkat cucur dan hidangkan.


Mini Pizza la konon....


Assalamalaikum wbt dan salam manis buat semua....pejam celik pejam celik besok dah bukak sekolah kan, maknanya xtvt pun bermulalah cm biasa...rasa macam semalam baru cuti sekolah...hihihihi

Hari tu sempat jugak la buat mini pizza sempoi ni, main taruk je apa yg ada...walaupun serba kekurangan, tapi tetap licin...Liza buat pizza ni guna resepi roti yg biasa Liza buat...

MINI PIZZA

Bhn2:

A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh. Liza pun ikut cara madihaa...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...