Wednesday, October 18, 2017
Sourdough Pita Bread...
Bila dah feeding starter mulalah dok piker nak buat apa dgn baby yg satu ni..maka try lah buat roti pita ni memandangkan tak pernah lagi buat roti ni
Alhamdulillah, sedap n lembut
SOURDOUGH PITA BREAD
Bhn2
200gm sourdough starter
250gm tepung gandum
20gm gula
1/2 s/k garam
2 s/b minyak zaitun
80 - 100ml air (letak sikit2)
- campurkan semua bhn dan uli hingga elastic dan licin
- bulatkan dan biar naik 2 kali ganda (2-3 jam)
- bahagikan doh kpd 11 bhgn dgn berat 50gm setiap satu, rehatkan doh selama 1 jam ( tutup dgn kitchen towel )
- panaskan baking stone 250C / 230C
- ambil sebiji doh , leperkan dgn penggelek dan tabor dgn sedikit tepungutk elak melekat...pada satu masa, leperkan doh dlm 3 @ 4 biji SAHAJA ikut saiz baking stone / tray.
- setelah siap terus bakar, bakar pada rak paling atas dlm oven
- roti akan menggelembung pada2 minit pertama dan balikkan, dan bakar lagi 4 minit
- keluarkan dr oven dan bakar lagi sehingga habis semua doh yg telah dileperkan.
# boleh guna baking tray biasa tapi kena pastikan tray betul2 panas sebelum diletakkan roti, ini akan membantu roti menggelembung dgn elok dan cantik.
# Liza mula pkl 10 pagi dan bakar pada pkl 2.15 ptg
# Liza timbang doh 56 gm dan dapat 10 biji roti.
Roti pita ni juga Liza buatkan pizza
Labels:
breakfast,
sourdough bread
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment