Tuesday, September 13, 2016
Rendang Kacang Negeri Sembilan...
Bila tgk Kak Shiela asyik dok tayang rendang kacang ni, hati terpanggil utk mencuba...fuhhhh ayat, ni namanya ayat org meroyan sbb cuti takde g mana2...hihii
Sebenarnya Liza dh lama sgt tak makan telor ayam mcm yg K.Sheila bubuh dlm rendang tu, tapi disebabkan takde telur tu, Liza cuma masukkan brg dlm ayam dan tambah isi ayam sikit...senang je nk buat rupanya, tq kak
RENDANG KACANG NISMILAN ( N9)
Bhn2:
300gm kacang panjang - patah2 kan je
500gm isi perut ayam ( telur, hati, pedal & isi ayam) - potong kecil
500gm santan pekat
Segenggam cili padi*
2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk tumis
Garam n gula secukup rasa
- tumbuk @ blend bhn bertanda *
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn tumbuk td dgn serai yg telah dititik hingga garing dan bau cili hilang..
- masukkan sedkit garam semasa proses menumis td utk mematikan rasa cili tu..
- bila dh garing, masukkan isi perut td dan grg sebentar hingga separuh masak..
- masukkan santan pekat dan asam keping ..
- bila dah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kacang panjang..
- perisakan dgn garam n gula
- kacau rata dan masak hingga sayur lembut.
- dah siapppp
Cucur Cendawan di Petang Raya...
Assalamualaikum wbt...hari ni merupakan hari raya kedua Aidiladha...mst ramai yg buat kenduri ari ni kan, ye la dgg korban pun banyak...macam Liza ni pun, ada la jiran bg dgg korban sikit, Alhamdulillah dapat juga merasa walau xbalik kampong...
Ni citer ptg semalam, cucur cendawan...bila abang xblk raya n angah pun ada tuisyen, maka umi pun malas la nk masak2...sebab tu la terjadinya cucur cendawan di ptg raya...hihii
RESEPI CUCUR CENDAWAN
Bhn2:
2 cawan tepung
gandum
1/4 sudu teh baking sodaCendawan tiram yg kecil - ikut suka la nk ltk bnyk mana pun
1 cawan daun kucai - cincang
2 sudu kecil garam1 sudu kecil kunyit / sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa
Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan
digaul rata.
Masukkan air panas dan diikuti air sejuk
sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata,
gaul hingga betul betul
sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum
digoreng.
Panaskan minyak dalam dalam kuali dan
sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga
kekuningan.
Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja.
* kalau nk masukkan udang kecik2 tu pun blh, lagi sedap kot*
Friday, September 9, 2016
Salted Caramel Mocha Frappucino....
Kadang2 kan, bila dah lama tak bagi reward kat anak2, Liza akan buat sesuatu yg anak2 suka...mcm masak2 apa yg diaorng enjoy dan akan buat minuman cmni la..suka tgk diaorang happy, hopefully diaorang akan ingat dan hargai apa yg kami lakukan sekarang...insyaallah
Disebabkan ari tu terajin buat salted caramel, maka terjadilah minuman ni...sedap weiii, bkn anak2 je yang suka..hihiihi
At least kitaorang blh minum puas2, dan boleh letak caramel tu banyak2 yg kitaorang suka..
RESEPI SALTED CARAMEL MOCHA FRAPPUCINO
Bhn2:
1/2 cawan strong brewed coffee
1/2 cawan susu segar
1 cawan ais
3 s/b gula
2 s/b salted caramel
2 s/b coklat syrup- Liza guna Hershey's
- masukkan semua ke dlm pengisar dan kisar hingga ais hancur dan sebati..
- perghhhh
Muffin Jagung Sedap....
Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti utk semua...pada kawan2 yg pulang beraya di kampong tu, hati2 semasa memandu ye....semoga semuanya selamat n dipermudahkan...Aamiin
Muffin jagung ni mmg dah lama sgt Liza buat...dan dah banyak kali jugak Liza buat sbb selalu ada permintaan dr anak dara kecik...hiihi
RESEPI MUFFIN JAGUNG
Bhn2 A :
2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
- semua bhn di atas diayak.
Bhn2 B :
1 cwn jagung krim dalam tin
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
Pewarna kuning
Esen jagung
- panaskan oven 180 C.
- campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
- gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
- masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan sedia dihidang.
Wednesday, September 7, 2016
Aiskrim Strawberry....
Aiskrim strawberry ni mmg banyak jual kat Cameron Highland mahupun Genting Highland kan...tapi harganya boleh tahan jugak la, Liza mmg tak pernah beli pun sbb rasanya mmg blh buat sendiri ..
Bila buat sendiri ni segalanya kita blh control kan, dr segi kebersihan dan rasa...at least kita tau apa yg kita bg family kita makan..jadi rajin2 kan lah diri kita utk memasak walaupun benda yg terlalu simple sbb memasak ni tak menyusahkan pun...
RESEPI AISKRIM STRAWBERRY
Bhn2:
Strawberry - guna yg frozen pun blh
Gula secukupnya
Air secukupnya
- masukkan semua bhn ke dlm blender dan mesin hingga halus
- tapis dan masukkan ke dlm plastic aiskrim atau bekas yg sesuai..Liza xtapis sbb nakkan serat tu
- simpan di dlm freezer hingga aiskrim beku..
- ready to eat, wallaaaa
Agar Agar Sirap Rose Evergreen...
Dah lama sgt tak buat agar agar nan satu ni, masa g beli barang dapur ari tu, hubby ambik agar2 tali ni n cakap, " nnt umi buat agar2 merah tu ye, pastu bubuh dlm gelas kecik2"....bereh boh,hihii
RESEPI AGAR2 SIRAP ROS
Bhn2:
1 paket agar-agar tali (20gm)
2 - 2.1 liter air
1 1/2 cawan gula
3 sudu sirap rose
2 helai daun pandan
Cara memasaknya:
- Masak air dalam periuk hingga mendidih.
- Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
- Masukkan gula, sirap rose dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.
Sedap sgt bila makan masa cuaca panas cmni...
Kerabu Mangga Ikan Bakar...
Assalamualaikum wbt...sesekali dapat makan kerabu2 cmni mmg berselera kan...nak2 pulak kalau buat sendiri, cnfrm bertambah2 nasi,,
Kalau kat kedai susah nk jumpa kerabu yg kena dgn selera, kdg tak cukup masam la, tak cukup pedas la...mmg tak sedap la bagi Liza
So, ari tu dah alang2 ada manga n baki ikan cencaru bakar, maka terjadilah kerabu manga ikan bakar ni..kalau nk guna ikan rebus pun blh je
RESEPI KERABU MANGGA DAN IKAN BAKAR
Bhn2:
2 biji manga muda - racik halus
3 ulas bawang merah - hiris nipis
5 biji cili padi @ lebih - hiris nipis
Sedikit daun ketumbar - hiris
1 ekor ikan cencaru bakar - ambil isi
Air asam limau secukupnya - yg tepulang ye
Garam, gula secukup rasa
- masukkan mangga yg telah diracik ke dlm mangkuk..
- masukkan juga hirisan bwg merah, cili api dan daun ketumbar, garam, gula dan air asam..
- gaul sebati dan sesuaikan rasa
- bila dah cukup rasa masam n pedas, simpan dalam petiais 30 minit sebelum makan utk sebatikan semua rasa ..
Subscribe to:
Posts (Atom)












