Thursday, August 4, 2016
Delish Chocolate Chip Banana Muffins..
Muffin pisang ni mmg best, ada kelainan sbb guna cinnamon powder kat dalam tu...sedap sgt..Liza dapat resepi ni dr IG adik Danish yg mmg pandai memasak...tq ye adik
RESEPI DANISH CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFINS
Bhn2:
4 biji pisang ranum dilecek - Liza guna secawan
1/3 cawan butter- dicairkan
11/2 cawan tepung serbaguna
1 biji telur - kocok sikit
3/4 cawan gula pasir - guna 1/2 je
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1/2 s/t garam halus
1-2 cubit cinnamon powder
1/2 cawan choc chips semi sweet
Kekacang - optional
- panaskan oven 200C
- Ayak bhn kering dalam mangkuk,
- dlm bekas yg lain satukan pisang lecek, gula, telur , butter cair dan digaul sebati..
- masukkan bhn kering td ke dlm bhn basah dan kaup balik SAHAJA sehingga rata..
- masukkan choc chips dan gaul sebati..
- scoop adunan (guan scoop iceceram) ke dlm acuan muffin , 2/3 cup shj ye..jgn penuh pulak
- bakar muffin 15 - 20 minit atau hingga keperangan dan masak..
Sambal Hijau Ikan Keli..
Sebenarnya ni lah pertama kali Liza masak sambal hijau ni..bknnya apa, nak masak ni kena pikir dgn selera org yg nak mkn kan..kang masak syok sendiri, susah pulak
So, ni lah hasil sambal hijau yg Liza olah sendiri ikut tekak family Liza, Alhamdulillah diaorang puji dan request srh buat lagi..alaaa, senang je ni,hihihii
RESEPI SAMBAL HIJAU KELI
Bhn2:
4 ekor ikan keli - bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 1/2 jam
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit tepung gandum - petua xbagi ikan meletop ms grg
6 biji cili hijau*
10 biji ciliapi hijau*- blh adjust ikut selera msg2
Sedikit belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Garam, gula secukup rasa
Minyak - utk menggoreng
- lumur ikan dgn garam n kunyit..
- panaskan minyak, tabur sedikit tpg gandum atas ikan dan grg ikan sehingga masak atau garing..
- kisar semua bhn bertanda * hingga lumat.
- ambil sedikit minyak gorengan ikan td dan tumis bhn kisar hingga wangi..
- masukkan sedkit garam dan gula ( garam ltk sikit je ye sbb ikan dah masin)
- bila semua rasa dah sebati, masukkan ikan dan gaul manja hingga semua ikan bersalut sambal..
- sedia dihidang dgn nasi panas2, perghhh
Ayam Masak Bali...
Lauk ni dah jadi salah satu lauk peberet family Liza..mmg sedap dan yg penting nak buat pun sng,rasanya semua bhn2 tu bhn wajib yg ada kat dapur kita..
Liza amik kat dapur CMG, tima kasih ye sebab memanjangkan resepi marbeles ni..
RESEPI AYAM MASAK BALI
Bhn2:
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN ( guna Kipas Udang)
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
- Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!
Sardine Puff..
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi...puff sardine ni antara menu yg selalu jugak Liza buat utk minum petang...selain dr sedap, ia juga semestinya senang..tu yg paling penting...hiihi
Jom kita intai resepi ni..
SARDINE PUFF
Bhn2:
Beberapa keping pastri puff segera - Liza pun guna brand 'Kawan'
Telur
Susu segar
Inti kari sardin:
1 tin sardin
Bwg merah
Bwg pth
Rempah kari ikan
Cili mesin
Air asam jawa
Garam,perasa
- Bwg merah, bwg pth ditumbuk dan campurkan dgn rempah kari ikan dan cili mesin
- Tumis bhn2 td hingga garing dan masukkan air asam jawa
- Masukkan pula sardin bersama kuahnya dan perasakan dgn garam dan sdkt perasa..
- Bila dh kering, sejukkan dan sedia utk dibuat inti puff..
Cara buat puff :
- ambil sekeping pastri puff dan bg 2..
- masukkan inti yg telah dibuat td dan lipat
- guna garfu utk cucuk bhgn tepinya supaya tidak terbuka..
- campurkan susu dan telur dan sapu atas telur sebelum dibakar
- letak atas dulang yg telah disapu mentega
- bakar 200 C selama 20 minit...( on kan kipas oven ye)
Wednesday, August 3, 2016
Ketam Goreng Telur Masin / Salted Egg Crab...
Alhamdulillah selepas percubaan buat salted egg yolk chicken Berjaya dan digemari ramai, maka menyusul la pulak salted egg crab ni...ihhiih
Tima kasih ye Zila atas perkongsian resepi marbeles ni...
RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN
Bhn2:
- 3 ekor ketam bunga
- 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu besar butter
- 5 biji telur masin
- 1 sudu kecil gula
- 3 sudu besar susu cair
- 2 biji bwg putih - di ketuk
- 3 sudu besar tepung jagung
- garam
- serbuk lada sulah secukupnya
- minyak masak utk menggoreng
cara
- rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
- bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
- goreng deep fried - asingkan
- panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
- masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
- masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
- kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.
Cempedak Goreng...
Sekarang ni musim buah buahan kan, so apa tunggu lagi...gunakan lah peluang keemasan ni utk mkn sepuas puasnya buah2an tempatan...hihii
RESEPI CEMPEDAK GORENG
Bhn2:
1 biji cempedak - ambil isi
2 cawan tepung beras
1 s/b air kapur
Sedikit kunyit / pewarna kuning
Garam, gula
Air secukupnya
Minyak
Bijan ( optional) - utk rasa yg lebih rangup
- masukkan tepung, serbuk kunyit, air kapur, garam n gula ke dlm mangkuk..
- gaul rata dan masukkan air secukupnya,,jgn terlalu cair atau terlalu pekat ye..masukkan juga bijan
- panaskan minyak, isi cempedak dan grg hingga keemasan..
- tepung gorengan ni sesuai jugak utk pisang, cempedak dan lain2..
Roti Gulung Sosej...
Assalamualaikum wbt dan salam penghujung Syawal utk semua teman yg Liza sayangi...rasa kejap je Syawal kan, hihii
Sebenarnya mmg dah lama sgt Liza tak buat roti gulung sosej ni, padahal peberet anak2..mcm mana blh lupa pun tak tau la..kalau nk diikutkan roti ni boleh je buat bnyk2 dan frozenkan..tapi tak tau la
Liza mmg suka ltk cheddar cheese kat dlm tu,rasa sedap lemak berkrim disukai ramai...hihii
RESEPI ROTI GULUNG SOSEJ
Bhn2:
- 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
- 8 sosej ayam @ daging
- 1 biji telur - dipukul sedikit
- breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- 8 keping cheese - optional
Cara cara:
- Gelek roti hingga nipis/leper
- Balut sosej dan cheese dengan roti yg leper tadi..gulungkan -Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas -Celup gulungan roti td ke dalam telur -Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
-Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan , gunakan api perlahan ye
-Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis
Subscribe to:
Posts (Atom)











