Tuesday, December 17, 2013
Chiffon Coffee n Cadbury...
Resepi kek chiffon kali ni Liza ambik dr buku Penyediaan Kek Kreatif, Alex Goh..Liza tambahkan sedikit coklat Cadbury utk menyedapkan lagi kek ni, anak2 siap berebut2 lg...hihihii
RESEPI KEK CHIFFON KOPI N CADBURY
Bhn2:
A:
4 biji kuning telur
11/2 s/b serbuk kopi segera
115 ml air
85 ml minyak sayuran
1/4 s/t garam
100 gm gula
150 gm tepung
1 s/t serbuk penaik
B:
4 biji putih telur
90 gm gula
1/8 s/t krim tartar - xletak
Beberapa keping coklat Cadbury ( patahkan) - Liza tambah
- panaskan ketuhar 170C selama 15 minit..
- campur A dan gaul rata2..Liza pukul sehingga kembang
- pukul putih telur dlm bekas lain sehingga kembang, tambahkan gula dan krim tartar..
- teruskan pukul sehingga pekat,,
- masukkan B kedlm A dan gaul sebati guna spatula guna kaedah kaup balik..
- masukkan coklat Cadbury dan gaul sebati..
- masukkan ke dlm loyang dan bakar 45 minit atau sehingga masak.
- bila kek dah masak, keluarkan kek dr ketuhar dan terbalikkan, biar sejuk..
Kepak Ayam Madu...
Memang best kepak ayam madu ni, family Liza suka sangat...tak sia2 mencuba resepi dr Kak Fida ni...tapi Liza tambahkan sedikit lada hitam tumbuk...terima kasih Kak Fida sbb kepak ayam ni mmg best sangat....
RESEPI KEPAK AYAM MADU
Bhn2:
Cara-cara
- Kepak ayam dilumur dgn sedikit garam dan goreng hingga masak.Toskan.
- Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 1 sb minyak tadi dan masukkan kedua2 sos dan madu dan masak hingga kelihatan mendidih sedikit di atas api yg kecil.
- Masukkan kepak ayam goreng dan gaul hingga kpk ayam bersalut dengan sos madu,masukkan jus limau dan gaul lagi hingga sebati.Angkat dan segera dihidangkan.
Roti Canai Gulung....
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali, rindu rasanya sbb dah lama tak menjenguk kat sini dan dapur kawan2 semua...biasa la kan kalau cuti sekolah ni, macam2 aktiviti...
Roti canai gulung ni Liza buat pun dah lama, rasanya sebelum anak2 cuti sekolah lagi...hihii
Tetiba dapat idea nk bungkus cmni sbb tortilla takde..
Liza buat inti dia macam tortilla jugak, salad ayam pastu picitkan sos thai...perghhh mmg sedap n mengenyangkan...
Boleh tgk kat SINI utk tgk resepi ye...
Tuesday, December 10, 2013
Puding Roti Kismis / Bread n Butter Pudding...
Resepi yg marbeles ni dapat dr dapur Ita Rohaya, katanya ni lah resepi yg dia belajar dr kelas Chef Asma...mmg tak kedekut ilmu betul la Ita ni, thnx again...kali ni mmg Liza buat sos kastad tu sbb nak rasa kelainan kalau mkn dgn sos kan...hubby ngn anak2 sambil makan sambil puji...mmg terbaekkk la resepi ni..
Jom kita tgk resepi ye..
RESEPI PUDING ROTI KISMIS / BREAD BUTTER PUDDING
Bhn2:
(A)
10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
250g butter
250g kismis
serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
(B) Filling kastard
1 liter fresh milk
200g gula castor
10 biji telur
1 tsp esen vanilla
Cara2nya:
1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.
Cara2 buat filling:
1.Campurkan kesemua bahan
2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.
Vanilla Sauce
Bahan2
(A)
1 liter fresh milk
200g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
(B)
40g custard powder
250ml air
Cara2nya:
1. Panaskan baha(A) sehingga mendidih
2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)
Bawal Emas Bakar Sambal Berempah....
Memang tak jemu2 buat ikan bakar sambal ni, makan pulak dgn nasi panas2, perghhh mmg terbaik la..kalau buat seekor mmg kompem tak cukup..kalau tak caya try buat..
RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL BEREMPAH
Bhn2:
1 ekor siakap / ikan lain - kali ni guna bawal emas
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil
- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.
- Lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang.. Masak/ bakar pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...
Peanut Butter n Blueberry Cupcake...
Assalamualaikum wbt...hari tu try resepi cupcake ni, mmg anak2 suka sbb rasa kekacang n blueberry..kalau ikut resepi asal mmg tak letak blueberry filling ni, tapi sebab Liza takut muak, so tambah lah filling yg masam2 sikit, not bad la...satu gabungan yg mantop beb..hihihi
Resepi ni Liza ambik kat SINI, thnx Beldandy, mintak izin share resepi kat sini pulak ye...
RESEPI PEANUT BUTTER N BLUEBERRY CUPCAKE
Bhn2:
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 175C.
- Campurkan butter, gula, telur dan tepung; dan pukul hingga berkrim. Masukkan peanut butter dan gaul hingga sebati. Sudukan dalam acuan dan bakar selama 20 minit.
- Untuk frosting, Bel cuma gaulkan jem strawberry dengan peanut butter, kemudian sapu atau paipkan atas cupcakes. - skip
Dapat dalam 24 bekas cupcake macam dlm gambar tu...
Thursday, December 5, 2013
Tat Telur Portugis...
Kali kedua Liza buat tart telur ni, bknnya apa, malas bebenor nak buat filling dia tu...hihihi
Nasib baik kulit dia tu guna kulit pastry yg readymade, kalau tidak mmg tak merasa la...
RESEPI TART TELUR PORTUGIS
Bhn2:
Bahan Untuk Crush :
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Untuk buat crust :
Cara buat filling :
Bakar 190C selama 30 minit...
Nasib baik kulit dia tu guna kulit pastry yg readymade, kalau tidak mmg tak merasa la...
RESEPI TART TELUR PORTUGIS
Bhn2:
Bahan Untuk Crush :
1 paket puff
pastry
Bahan
filling :
1 cawan susu cair @
susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Untuk buat crust :
Ambil sekeping puff pastry dan tekan2 rata puff pastry
ke dlm acuan tart -Liza guna acuan
mapin
Cara buat filling :
Pukul
manja gula dan telur hingga sebati.
Masukkan
semua bhn filling yang yg belum dimasukkan, kacau hingga sebati dan tapis adunan
filling td.
Tuang bhn
filling ke dlm acuan tart/ mapin yg telah diletakkan puff pastry
td.
Bakar 190C selama 30 minit...
Subscribe to:
Posts (Atom)