Thursday, May 24, 2012

Puding Coklat...


Puding coklat yg best, lain dr yg lain sbb kali ni guna whipping cream...resepi dr dapur Kak Pah, anak2 Liza berebut2 makan ni, sedaapppp...yg kat atas tu request dr yana, dia cakap nk mkn puding love dgn star...hhihii

Tapi Liza buat 2 lapis je, malasss....ihhihiii..terima kasih kak Pah atas resepi puding yg best ni...


RESEPI PUDING COKLAT

Bhn2:

1 bungkus (sederhana besar) agar-agar tali
1200 ml air
200 ml whipping cream
60 gm gula castor (tambah kalau suka manis)
80 gm coklat masakan (cairkan)- Liza campurkan coklat masakan dgn milo..
30 gm milo
Rebus agar-agar dengan gula sehingga larut.
Masukkan whipping cream. Kacau dan padamkan api.
Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan coklat masakan, satu bahagian dicampur milo dan satu bahagian lagi warna asal.
Masukkan bahagian bercoklat ke dalam bekas kesukaan. Biarkan hampir keras. Cakar sedikit dengan garpu pada permukaan coklat dan tuang bahagian berwarna asal. Biarkan hampir keras dan cakar dengan garpu sebelum menuangkan campuran milo.





Kari Ayam Tomato Puri....

Hari tu masa tgk lauk ni kat dapur Quinnie tertanya2 jugak cmner la rasanya bila kari bubuh tomato puri....dan disebabkan naaakk sgt tau sedap ke idak, so hari tu Liza try la buat...alhamdulillah, benar bagai dikata Q, kari ni mmg sedap n kaler lagi cantik...

Akak tumpang letak resepi kat sini pulak ye Q, terima kasih daun keladi...hihihihii


RESEPI KARI AYAM TOMATO PURI

Bhn2:

1/2 ekor ayam
sepeket bendi - xletak
3 kentang dibelah 4
daun kari secukupnya
5 sudu besar rempah kari cap O - guna srbk kari adabi
2 sudu besar tomato puree
1 tomato dibelah 6
rempah 4 sekawan
1/2 sudu besar halba campur
sedikit air asam jawa
santan secukupnya
garam dan gula

bahan blend 8 cili kering yg telah direndam
1 bawang besar saiz kecil
4 bawang putih
sedikit halia
1/2 sudu besar jintan kasar

cara2
1. mula2 panaskan minyak...lepas tu tumis bahan blend hingga naik bau dan cili masak....kemudian..masukkan daun kari...rempah 4 sekawan dan halba campur....masak hingga naik bau...lepas tu masukkan rempah kari dan sedikit air..tumis hingga terbit minyak. masukkan tomato puree dan kacau2 rata....

2. masukkan ayam dan kentang...isi air asam jawa....dan santan..masak hingga kentang dan ayam empuk..bila dah masak...isi tomato dan bendi..kecilkan api...reneh hingga terbit minyak..masukkan juga gula dan garam secukupnya...bila dah terbit minyak...tutup api...


Kalau nk tau cmner rasanya kari ayam ni, kenalah buat sendiri ye, tak yah nak mintak2 ngn Liza sbb kompem dah licin....hiihhihihi


Prosperity Burger...ye ke??


Assalamualaikum wbt...ni menu dinner kitaorg hari tu..kat bawah daging tu Liza letak coleslaw...nyum2, resepi sos black pepper amik kat acik yarn MyR, thnx...Liza mintak share kat sini pulak....

RESEPI SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER

Bhn2:

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..


Ni roti yg Liza buat , walaupun rupamu hodoh, tp kau tetap menjadi pooojaaan hatiku....ekekekekeke
Resepi roti ni Liza amik dr buku roti Alex Goh, resepi ni sesuai jugak utk roti burger dan yg seangkatan dgnnya....

RESEPI ROTI HOTDOG/ BURGER

Bhn2 A:

400 gm tpg roti
20 gm gula
6 g garam
1 s/b tpg susu
2 s/t yis kering

Bhn2 B:

250 ml air

Bhn2 C:

30 gm shortening

- Adun A hingga sebati, tambah B dan uli hingga menjadi doh.
- tambah C dan uli lagi hingga doh betul2 lembut dan kenyal.
- biar doh naik 45 minit - 1 jam.
- bahagi doh pada 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bebola.
- biarkan ia naik lagi selama 10 minit.
- ratakan, gulung hingga lurus dan panjang dan letak atas dulang yg telah dilengser mentega.
- biar ia naik selama 45 minit, sapu dgn air.
- bakar 190 C selama 12-15 minit.
- taraaaa, dah pun siap


Ni burger nugget Yana punya sbb dia tak suka sos blackpepper tu..kat bawah nugget tu pun Liza letak coleslaw....

Friday, May 18, 2012

Ikan Kembong Rebus Air Asam...


Sedaaappp tak yah nak citer la kan ikan ni, mmg sesuai sgt la bg mereka2 yg tak lalu nk mkn tu...masaalahnya kalau makan lauk ni, nasi seperiuk pun tak cukup....hahahaahahaha

Rasa ikan ni ala2 kerabu pun ada kan,pedas n masam mmg satu gandingan yg paling baik...nkmasak pun simple je, macam main masak2 pulak rasanya...ihihihi

Resepi ni Liza amik dr Farra Diaries, terima kasih bebanyak ye..

RESEPI IKAN KEMBONG REBUS AIR ASAM

Bhn2:

  • ikan kembung yg telah dibersihkan
  • air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
  • garam, perasa
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional) aku suka letak ni, lebih wangi :-)



Cara-caranya :-
  1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
  3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan..Perahkan asam limau
  4. Tunggu masak, siap..makan dgn nasi putih..wallahhhh
  5. Boleh juga di satukan kesemua bahan2 dan di kukus sampai masak.

*TIPS : jangan masak lama kulit limau tau, nanti akan keluar rasa pahit. So, selalunya, aku akan perah limau dan letak limau ni bila api dah dipadamkan.. sekadar nak mencantikkan hidangan kita.

Mee Goreng Mamak.....

Assalamualaikum wbt dan salam teramat manis buat semua teman...sejak akhir2 ni tak sempat sangat nak g jalan2 jenguk dapur kengkawan...maaf ye, kesuntukan masa....ape2 pun Liza nak ucapkan tahniah utk kawan2 yg dah ikut jejak Mas tu, dok uwek, uwek...hihihii

Dan Liza jugak nak ucapkan berjuta2 terima kasih pada kengkawan yg sudi menjenguk dan tinggalkan komen kat n3 Liza yg lepas...semoga perhubungan yg terjalin ni akan kekal sampai bila2...Aamiin..terharu pulak pagi2 ni kan...hihihihi

Jom la kita layan mee goreng mamak yg Liza buat hari tu..resepi cedok dr dapur Kak Anim..resepi asal dr Kak Hanieliza, terima kasih pada kedua2nya sbb resepi ni mmg best...liza minta izin share ye...


RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bhn2:
500gm mi kuning
100gm daging di hiris
100gm fishball-potong dua le
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi
3 sudu cili kisar-boleh tambah kalo nak pedas
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak
1 labu bawang besar-cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau-hiris nipis
(memandai je sy tambah 1 kiub ikan bilis) -Liza tak letak

Cara2:

panaskan minyak
masukan bwg,cili dan rempah.biar garing dan wangi,masukan daging...kacau rata
masukan fishball dan fishcake
biarkan kejap
masukan kicap dan mi
ketepikan mi.kat tengah2 pecahkan telur
biar telur masak sedikit,masukan tauge dan sawi
kacau dan gaul rata.
hidang dlm pinggan leper dan hiaskan.



Thursday, May 17, 2012

Chocolate Cookies Card....



Assalamualaikum wbt...ni pun kukis utk hari guru jugak..kakak sibuk suruh buat kukis macam tahun lepas utk cikgu dia...dia tak tau ke umi dia ni cukup tak berapa rajin nk buat kukis2 ni...tp bila tgk muka dia, tak sampai hati la pulak nk kecewakan...last2 buat jugak, angah pun tumpang sekali...yana pun siap booking kalau dia sekolah nnt, nak bagi kukis ni kat cikgu jugak, siap dgn kaler pink lagi....hihihihihi

Ok la ye, Liza ambik resepi ni kat SINI, terima kasih pada Nurul tuan empunya blog ye...Liza minta share resepi kat sini pulak....kalau nk tgk kukis2 cantik boleh la g jenguk kat umah Nurul yer...

RESEPI CHOC COOKIES

Bhn2 :

400gm flour
50gm cocoa powder
1 tbsp milk powder
200gm butter
200gm castor sugar - Liza cuma guna 150 gm
1 egg
1 tspn of vanilla essence

** if you intend to decorate the cookies with Royal Icing cut down amount of sugar.(I just use 170gm sugar instead of 200gm.....kalau tak manis sangat)

Method:
1.Preheat oven at 160C( fan force oven) or 180C .Sieve flour , cocoa powder & milk powder- set aside
2.Cream butter & sugar till fluffy (1 to 2 minutes)
3.add eggs & vanilla essence & continue beat until well combined
4.fold in flour until it form the soft dough.
5.Place dough on a greaseproof paper & roll out to an even thickness
6.Use your favourite cookie cutter & cut it out & lay on a baking tray.
7.Bake for 15 mins.

Royal Icing:
1 egg white
250gm icing sugar
1 tspn of vinegar
1 tspn of vanilla essence

Method:
1.Beat the egg white in a clean bowl with low speed until it become frosty
2.Add in sugar with 3 intervals & continue beat till well combined
3.Lastly add in vinegar & vanilla,beat at high speed till it form stiff peak.


Wednesday, May 16, 2012

Devil's Food Chocolate Cake utk Cikgu Tersayang...


Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Guru utk semua rakan warga pendidik tak kira rakan di alam maya atau di alam nyata...semoga kalian terus mendidik anak bangsa kita dengan seikhlas hati tanpa mengenal jemu atau putus asa....

Kek ni atas permintaan angah utk seorang guru yg amat dikagumi...sebenarnya Liza tak pernah pun buat kek ni, tp demi utk seseorang yg berjasa pada angah, Liza cuba buat yg terbaik....diharapkan 'sir' suka dgn kek yg tak seberapa ni....

Liza mmg dah lama terliur tgk kek ni kat dapur Kak Ita, nak mintak rasa sikit, jauh pulak, telan air liur je lah kita....ekekekekeke...ni kira 2 dlm 1 la ni, buat kek utk cikgu dan dapat jugak la rasa sikit, sikit jer?..betullll, sikit jer...hihihihihi

Ok moh kita tgk resepi yg Liza CnP dr dapur kak Ita jugak...mintak halal ye kak...resepi asal dr Kitchen Guardian, kata Kak Ita dia amik resepi ni pulak dr Kak Yati, dan Liza tgk ramai yg dah buat kek ni kan, cuma Liza jer baru sampai seru....terima kasih pada semua yg dah menghebohkan ttg kesedapan kek ni....


RESEPI DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bhn2:

Bahan Kek Coklat

 2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan





Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.

                                                              Here, ready to go....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...