Thursday, April 6, 2017

Apam Balik Lembut dan Sedappppp..





Kali ni Liza cuab resepi apam balik dr dapo Izah pulak...hasil yg sangat2 menggembirakan ,tq Izah





APAM BALIK LEMBUT DAN SEDAP

Bhn2:

250gm tepung gandum
15gm susu tepung
1/2 s/t baking powder
50gm gula kastor
1/4 s/t garam
300ml air biasa
1 s/t yis
3 biji telur
30gm gula pasir
3/4 s/t soda bikarbonat
25gm butter - cairkan

Bhn inti:

Kacang tanah panggang - cincang kasar
Krim jagung
Gula pasir - utk tabor
Choc rice atau apa saje ikut citarasa


 





- di dlm mangkuk, campurkan tpg gandum, susu tepung, baking powder, gula pasir dan garam, kacau rata
- tuang air sedikit2 sambil dikacau menggunakan whisk hingga rata.
- masukkan butter cair dan soda bikarbonat, kacau rata.
- masukkan yis, kacau rata dan perap 30 minit.
- pukul ringan telur dan baki gula 30gm td.
- masuk ke dlm adunan tepung dan kacau rata.

- ambil sesenduk adunan dan masukkan ke dlm pan yg telah dipanaskan.
- bila dah separuh masak, tabor bhn inti dan tutup sekejap.
- masak dgn api kecil hingga kulit luar keperangan.
- angkat dan sapukan butter pada kulit apam balik agar kekal moist dan sedap..




Bingka Pisang..




Selalu asyik dok buat cekodok atau kek pisang je, kali ni try buat bingka pulak..Liza tak tau kat mana silapnya, bingka yg Liza buat agak lembik sikit tapi tetap sedap

Ambil dr dapur K.Yati, tq kak







RESEPI BINGKA PISANG

Bhn2: ( Loyang 8 inci )
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula pasir*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
  • sedikit garam


Cara2:
 
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.
 
 
 
 
 

Sambal Lado Minang..





Assalamualaikum wbt...menu yg dah lama Liza buat, istimewa utk family tersayang sbb diaorang mmg suka mkn lauk2 cmni..

Dalam bnyk2 resepi, Liza berkenan utk cuba resepi dr SINI, tq Zalekha







RESEPI SAMBAL LADO MINANG
 Bhn2:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh
2 biji tomato segar - di dadu
1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Daun limau purut - Liza tambah

 Cara:
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja
2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.
3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.









Masak sambal ni kena sabar ye, sebab amik masa utk bagi semua bhn lembut..tapi percayalah mmg sedap teramat.




Tuesday, March 28, 2017

Puding Roti Karamel...




Musim2 panas ni sedap kalau makan pudding ni kan,sejuk je tekak..ihhii







PUDING ROTI KARAMEL

Bhn2:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
 
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.

Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.

Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.






Sourdough Brownies...



Sekian lama nk cuba buat sourdough brownies ni dan Alhamdulillah terjumpa resepi yg agak senang dan anak2 cakap sangat sedap brownies ni..cuma bg Liza brownies ni jenis yg repui / senang hancur berbanding dgn brownies yg biasa tu

Liza ambil resepi ni kat SINI, tq






SOURDOUGH BROWNIES


Bhn2: ( Loyang 10x10)cairkan chocolate dan butter

300gm cocoa bittersweet chocolate
226gm unsalted butter
200gm gula
1s/t garam
2s/t esen vanilla
1 s/b madu
3 biji telur A
30gm dark coca powder
10gm malted milk powder -Liza guna Horlicks
Secubit serbuk kayu manis
220gm active sourdough starter
Segenggam choc chips


-panaskan oven180C.
- cairkan chocolate dan butter secara double boil ( api perlahan)
- masukkan gula, garam dan esen vanilla dan masak sebentar ( dlm 2 min)
- masukkan madu, kacau sebati..
- masukkan telur satu persatu dan kacau
- dalam mangkuk, ayak serbuk koko, malted milk powder dan serbuk kayu manis..
- campurkan ke dlm adunan chocolate td dan kacau sebati
- perlahan2 masukkan sourdough starter dan kaup balik sehingga sebati
- masukkan juga choc chips
- tuang adunan ke dlm Loyang yg telah digris butter dan bakar 40 minit atau sehingga masak
- sejukkan 30 minit sebelum kelurakan dr Loyang
- potong ikut selera masing2







Pisang Molen aka Puff Pisang...




Assalamualaikum wbt...dah lama beno rasanya tak menghapdate resepi kat dapo ni ..puff pisang ni peberet family Liza sbb diaorang ni mmg suka sangat ngn pisang..
Nak buat puff  ni bukannya susah pun, beli je yg ready made tu





PISANG MOLEN

Bhn2:

Puff pastry secukupnya - potong memanjang
Pisang emas/ pisang kegemaran
Gula - utk tabor
Kuning telur - kocok sikit


- panaskan oven 200C selama 15 minit
- ambil sekeping puff pastry dan letakkan sebiji pisang emas diatasnya dan tutup dgn kemas
- buat sehingga habis dan lorek sedikit bahgian atas puff
- sapu kuning telur dan tabor gula
- bakar 20 minit atau sehingga kuning keemasan
- ready to serve




Tempahan..



Strawberry Choux Roll






Cartoon Cake







Mini Burger



 

Pandan Gula Melaka Cake



Sebarang tempahan blh WA Liza 0192113080..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...