Kali ni Liza cuba buat donut guna kaedah water roux...mmg lembut dan sedap...tq Ros Jintan Manis utk resepi yg marbeles ni..
DONUT FUNWARI / WATER ROUX
Bhn2:
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
170ml air suam
1 biji telur
4 sudu besar water roux
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis
serbuk gula untuk salutan pada donut
Water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
Cara membuat water roux
- masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Cara-cara membuat funwari donuts
- Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
- Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
- Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu, angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
- Jika mahu difrozenkan.
- - goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.
Assalamualaikum wbt...satar ni mmg dah lama sgt Liza buat..utk pertama kalinya cuba buat sendiri dan alhamdulillah mmg sedap...cuma lain kali kena letak cili api tu lebih sikit, baru kick..
HOMEMADE SATAR
Bahan2:
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
6 biji cili api
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
Sedikit asam jawa
Daun kaduk
Daun pisang secukupnya
Cara Membuat:
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili api dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula, asam jawa dan gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kon dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh/ lidi sate.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan
Bila dah semua suka sgt dgn lasagna ni, maka terpaksalah selalu buat, Alhamdulillah..bila masak dgn penuh kasih sayang, insyaallah berkat
Resepi lasagna ni blh klik SINI ye..
Ni pulak Liza letak dlm bekas kecik2 cmni, senang anak2 nk bawa bekal
First time buat dan makan ikan masak laprik ni, rasa dia seakan2 sweet sour tapi ada kelainan sikit...apakata moh kita buat, baru boleh tau rasa yg sebenar
RESEPI SIAKAP LAPRIK
Bhn2:
1 ekor ikan siakap - bersihkan
Garam, kunyit
2 s/b cili kisar
5 biji cili api
1 biji bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
5 s/b sos cili thai
4 s/b jus limau kasturi
Daun bawang, daun sup - hiris
Garam, gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak - utk menggoreng
- lumur ikan dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing...angkat dan ketepikan
- gunakan sedikit minyak dr lebihan menggoreng ikan td dan tumis bawang putih serta bwg besar dan cili kisar hingga wangi
- masukkan cili padi, sos thai , jus limau dan sedikit air..masak kjp
- masukkan daun bawang, daun sup , garam n gula dan biar mendidih sebentar
- angkat dan curah atas ikan goreng td
- siappp
Resepi roti ninja dr Ika ni mmg puashati, lembut, gebu, montoksss...hihii
Tq Ika, dh bnyk kali akk guna resepi ni,,kali ni akk buat burger Malaysia n donut, mmg terlajak laris
RESEPI ROTI NINJA LEMBUT
Bhn2:
200g Tepung
Roti
50g Tepung serbaguna atau tepung gandum
15g Butter
30g Gula
1
biji Telur Kuning
4g Garam
1sk Yis
50g susu segar
100g Air hangat,
satukan dgn susu kat atas tu
Cara2
Uli mcm biasa atau boleh masuk
BM
Dah banyak kali Liza buat mee rebus ni tapi selalu lupa nak update kat sini,hihi
Resepi dr Chef Wan ni mmg sedap, sape yg tak pernah cuba tu, must try...insyaallah tak nyesal

RESEPI MEE REBUS
Bhn2 kuah:
Minyak
masak
Bwg merah - 15 ulas (kisar)
Halia - 2cm
(kisar)
Bwg pth - 6 ulas (kisar)
Rmph kari dgg - 5
bungkus kecil
Cili mesin
Air secukupnya
Daging lembu + tulang2 lembu
dan tetel - 1 kilo (direbus dahulu)
Taucu- 4 sudu besar
Buah
tomato - 4 biji (potong baji)
Lengkuas - diketuk
Keledek @ ubi kentang -
rebus dan lenyek
Gula dan garam
Kacang tanah - 2 cawan ( goreng dan kisar
halus)
- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi.
- masukkan
rempah kari dan cili mesin yg tlh dibancuh dgn sdkt air dgg dan masak selama 5
minit.
- masukkan taucu dan air secukupnya, buah tomato dan lengkuas.
-
didihkan selama 30 minit
- masukkan keledek yg dilecek,gula dan garam dan
masak selama 20 minit lg.
- masukkan kcg tumbuk dan didihkan
sebentar.
Bhn2 sampingan:
Mee kuning- 3kilo
Tauge -
celur
Tauhu - digoreng dan potong dadu
Telur rebus - 4 biji
daun sup
dan daun bawang - hiris halus
Bwg goreng
Limau kasturi - potong 2
Cili
hijau - potong nipis
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...lama bebeno rasanya tak update n3 kat dapo ni..
Ok la kita terus citer pasal roti sourdough ni ye...semenjak dua menjak ni Liza mmg dah jatuh cinta dgn roti sourdough Alhamdulillah family pun suka, ye la kan, dah roti sihat...yang penting rasa dia pun sedap n lembut..
Resepi roti ni hasil perkongsian dr cikgu sourdough ( Nurul )...tima kasih bnyk2 ye dik
RESEPI SESAME SEEDS OATS SOURDOUGH LOAF
Bhn;
2 cawan tepung roti
1 cawan oats
1 s/k garam
2 s/k gula
3 s/b bijan hitam
1 cawan SD starter yg aktif
1-11/4 cawan air suam - Liza ganti dgn susu suam
- campurkan semua bhn kering ke dlm mangkuk pengadun, kacau rata.
- masukkan SD starter dan masukkan 1 cawan air suam/ susu suam dan mula menguli..jika adunan agak kering, tambahkan sedikit air
- uli dlm 10 minit jika guna mixer dan 13 minit jika gunakan tangan.
- bulatkan doh yg siap diuli dan letakkan ke dlm mangkuk yg telah di gris dan tutup dgn plastic wrap , biar doh naik 2 kali ganda..
- keluarkan doh dr mangkuk dan tekan perlahan hingga membentuk segiempat tepat..gulung hingga kemasmcm swiss roll dan rapikan gulungan dan letak atas Loyang pembakar..biar roti naik 2 klai ganda
- bila doh dah naik, taburkan sedikit tepung di atas roti dan toreh sedikit di bahagian atas roti dgn pisau tajam..
- bakar di dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pd suhu 230C selama 10 minit dan kurangkan suhu 200C dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga keperangan,,
Nota:
first proofing ambil masa 3 jam dan second proofing ambil masa 1 jam sahaja..