Wednesday, August 10, 2016
Tempahan Hokkaidi Cupcakes Gebu...
Alhamdulillah Hokkaido cupcakes mendapat sambutan hangat dr customer yg kebanyakannya customer baru...komen diaorng, cupcakes ni mmg sedap..tak cukup kalau order sekotak, Alhamdulillah semua dgn izin dariNya..
Berminat nk order meh WA Liza 0192113080, minimum order sekotak / 25 biji
Kaswi Pandan Wangiii..
Assalamualaikum wbt...kaswi pandan ni mmg sdp, wangiii je..anak2 pun layan kuih ni
Terima kasih pada Kak Yati, dah banyak kali Liza buat kuih ni sbb family sukaaa sgt..
Biasanya kalau nk cari resepi kuih2 melayu, Liza mmg suka geledah dapur kak Yati ni..kat situ bnyk pilihan, pilih je yg mana berkenan..hihii
RESEPI KASWI PANDAN WANGI
Bhn2:
1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan - blend 2 cawan air + 5 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja
Cara-Cara
Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.
*Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..
Rendang Ayam Bonda...
Assalamualaikum wbt...rendang ayam ni tak tau la bila Liza buat, dah lama bebenor,hihihi
Masih setia dgn resepi arwah ma sbb kena dgn selera kami, ye la kalau org lain pun suka takkan anak2 sendiri tak suka kan..
Jom intai resepi kat bawah..
RESEPI RENDANG AYAM BONDA
Bhn2:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...
Monday, August 8, 2016
Ayam Masak Kari Beriani...
Assalamualaikum wbt...lauk ni sebenarnya bukan lauk yg baru Liza buat ye, rasanya dah 2 3 minggu punya menu kot...hihi
Resepi ni Liza dapat kat SINI, tq pada empunya resepi yg sedap ni..lauk ni Liza gandingkan dgn nasi minyak, sedap terangkat..
RESEPI AYAM MASAK KARI BERIANI
Bhn2:
1 ekor ayam - potong dan bersihkan
3 sekawan - bunga lawang, kayu manis dan buah pelage
1 s/makan ginger garlic paste
1 biji tomato
1 biji bawang merah besar - hiris @ dadu
2 batang cili hijau - potong 2
3 helai daun bay / daun salam
4 s/makan bryani masala powder
2 s/teh serbuk kunyit
1 s/teh serbuk cili
Segengam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
1 s/mkn pes pudina
2 s/ makan tairu - guna yogurt
1 cawan air
Sedikit minyak
Garam, gula
- panaskan sedikit minyak dan tumis 3 sekawan, garlic ginger paste dan daun bay hingga naik bau..
- masukkan bwg merah hiris dan cili hijau dan tumis lg hingga Wangi.
- bancuh serbuk kunyit, bryani masala dan serbuk cili dgn sedikit air - jadikan pes..
- masukkan pes td dan tumis lg
- bila dah garing, masukkan pes pudina bersama tairu ke dlm tumisan td, dan masak hingga pecah minyak..
- masukkan ayam, daun pudina, daun ketumbar dan tomato..
- masukkan 1 cawan air dan garam serta gula, kacau rata..
- biarkan mendidih dan ayam masak..
- setelah masak, taburkan daun ketumbar dan sedia dihidang..
Friday, August 5, 2016
Tempahan Hokkaido Cupcakes, alhamdulillah
Alhamdulillah, terimakasih pada kawan2 yg menyokong produk ID ..
Sebarang pertanyaan atau tempahan WA Liza 0192113080
Set Nasi Kambing Panggang...
Assalamualaikum wbt...bersua lagi pada 2 Zulkaedah 1437H,semoga kita semua sentiasa di dlm rahmat Allah swt...Aamiin
Berbalik pada menu nasi ni, mmg dah lama Liza simpan resepi dr sahabat yg berada di Bahrain ni, tapi baru2 ni baru kesampaian utk masak ..hubby ngn anak2 mmg puji habis la, tapi ada bhn yg Liza derhaka sikit,hihii
Tq ye Maz utk nasi yg super duper sedap ni...
Gambar pun tak sempat nk posing cantik2 sbb semua dah tunggu nk makan,hihii
RESEPI NASI KAMBING PANGGANG
Bhn2:
1kg kambing segar
1/2 labu kecil bawang besar bombay *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2-3 sudu besar sos lada hitam - Liza guna 2 s/b lada hitam tumbuk
2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit kicap manis
Daun thyme
Daun rosemary
Cara
1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 6-8 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.
Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.
Request utk buat lagi lps ni, tapi nak ratah cmtu je...layannn
Subscribe to:
Posts (Atom)











