Monday, October 12, 2015
Soft Doughnut....
Sesuai dgn nama yg diberi, mmg soft sgt donut ni....makan pun terasa lemak2 dr krim kat dalam tu...resepi ni Liza ambik dr dapo Amie, tqvm ye Amie, resepi ni antara resepi donut yg best..
Jom kita tgk resepi ye, mintak halal ye Amie..
RESEPI SOFT DOUGHNUT
Bhn2:
350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram) yis segera
Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa mentega
Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver
Info tambahan:
Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.
Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.
Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.
Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.
Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul.
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit.
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda.
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.
Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.
Liza cuma salut dgn gula je, kes malas...kt bawah ni adalah resepi yg Amie kongsikan ye..kalau terasa rajin nk buat, silakan...
Cheesy Cheese Doughnut
Bahan untuk topping:
250 gram coklat putih
250 gram keju cheddar (jika tidak ada tidak mengapa)
100 gram keju parmesan
150 gram UHT cream
Cara:
1. Coklat putih dicairkan secara double boil bersama UHT cream.
2. Parut keju parmesan - (boleh gunakan serbuk keju parmesan)
Bahan untuk filling:
250 gram krim keju
80 gram gula icing
40 gram UHT whipping cream
Cara:
1. Putar krim keju dengan gula icing sehingga lembut.
2. Masukkan krim putar (UHT whipping cream) dan gaul rata.
Bingka Durian...
Assalamualaikum wbt....bingka durian ni dah lama Liza buat utk abiskan stok durian dalam freezer...cari punya cari, terjumpa lah resepi ni kat dapo K.Yati...tq kak
Jom kita tgk resepi ye, resepi ni simple tapi sedap terasa lemak2 durian...bagi peminat durian boleh lah cuba ye..
RESEPI BINGKA DURIAN
Bhn2:
3biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
- Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
- Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
- Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
Kembung Percik my mom style...
Assalamualaikum wbt...dah lama Liza tak masukkan n3 kat sini, almaklumlah line internet kat sini mmg slow tahap siput tutttttt...
Ikan kembung percik ni dah lama Liza buat, tiap kali buat percik, ni la resepi yg Liza guna sbb resepi ni turun temurun dr arwah ma...tak kira la percik ikan atau pun ayam.
Kalau nak cakap percik kelate, ada jugak sesetengah org yg biasa mkn percik kuah putih, jadi utk lebih selamat Liza guna percik my mom/bonda ye...sbb Liza pun xtau kaler yg sebenarnya utk percik klate, samada kuning atau putih...
Kalau tgk pada saiz ikan ni kecik2 je, kalau ada saiz yg besar n fresh lagi best...masa ni Liza mmg takde kembung besar, tapi kempunan punya pasal, terpaksa buat jugak la walaupun ikan ni kecik..
RESEPI IKAN KEMBUNG PERCIK MY M OM
Bhn2:
5 ekor ikan kembung - bersihkan dan kelar
1 inci halia
3 ulas bwg pth
Sdkt garam
Srbk kunyit
- halia dan bwg pth ditumbuk halus.
- lumurkan semua bhn pada ikan dan perapkan seketika.
- bakar ikan separuh masak dan siramkan kuah di kedua2 belah ikan.
- teruskan membakar hingga ikan betul2 masak..
- angkat dan hidangkan bersama kuah percik lebihan td..
Bhn2 kuah percik :
1 biji kelapa - ambil santan
5 ulas bwg merah
1/2 inci halia
Tpg beras / tpg gandum secukupnya - utk pekatkan kuah
Sdkt srbk kunyit
1 s/b cili mesin
Garam
Gula dan serbuk perasa
1 kpg asam keping
- tumbuk halus bwg merah dan halia.
- masukkan santan dan bhn tumbuk ke dlm periuk
- masukkan juga srbk kunyit, cili mesin, asam keping dan tpg.
- masak di atas api sederhana dan pastikan tpg tidak berketul.
- biarkan didih dan masukkan garam, gula dan srbk perasa
- bila kuah dah agak pekat, tutup api dan siramkan atas ayam yg dibakar.
- dah siap la tuuuu....hihihihi
Wednesday, October 7, 2015
Masak Lemak Siput Sedut n Daun Kadok....
Semalam g pasar beli siput ni, rasa macam tak percaya bila tanya harga..RM13 sekilo kak, kata penjual tu...tapi disebabkan anak2 nak makan, beli jugak la sekilo...bila pikir2 balik, lagi mahal dr ayam kan..
Macam biasa la, kalau siput sedut ni anak2 akan request masak lemak ni, cara masakan lain mmg Liza tak pernah buat..resepi ni mmg asli dr arwah ma...semoga dapat memberi manfaat pada semua ye..
RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT DAUN KADUK
Bhn2:
1 kg siput sedut - bersihkan
1 ikat daun kaduk - hiris halus
6 ulas bawang merah *
6 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
2 s/b cili mesin
Santan secukupnya
Garam
- blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
- bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
- tutup api dan boleh hidang la...
Bila digandingkan dgn daun kaduk mmg terangkat habis...
Taiwanese Bread....
Assalamualaikum wbt , roti ni Liza buat dah lama dah..pestime cuba buat roti yg hanya menggunakan kuning telur...mmg ternyata berbeza, yg ni lagi lembut dan sedap...
Terima kasih pada Kak Wan (fb) yg selalu dok tayang roti2 dia yg lembut tu dan sudi share resepi..terima kasih sekali lg
RESEPI TAIWANESE BREAD
Bhn2:
500gm tpg roti
8 gm yis...
8 gm garam
2 gm bread improver
75gm gula caster
30 gm susu tpg
2 biji kuning telur
60gm butter
225 gm air ais / susu segar
75 gm whipping cream
- masukkan semua bhn basah dalm BM dan diikuti dgn bhn kering...set no 8 dan biar la BM tu buat keje dia ye..
- bila dah cukup amsa, keluarkan dan bentukkan ikut suka..
- jenis roti boleh dipelbagaikan ikut kehendak masing2..
- resepi ni mmg lembut yg amat walaupun dah berhari2...
Monday, October 5, 2015
Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai...
Assalamualaikum wbt...lama bebenor rasanya tak masuk dapo sini kan..ari ni nak share lagi resepi yg pemes seantero skrg gara2 penangan Lina, ayam kicap pedas madu karipulai...kalau sebelum ni Liza tak pernah gunakan ayam macam resepi asal, tapi kali nicuba ikut resepi seratus peratus...memang la anak2 suka, ayam kan...hihihi
Kesedapan lauk ni mmg tak boleh dipertikaikan lagi, kalau nak tau cubalah buat, bhn2 pun sng je..
Resepi boleh tgk kat bawah ye...
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI
Bhn2:
- 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
- 1 bawang besar di hiris2 nipis
- 3 tangkai daun kari
- 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
- 10 ulas bawang merah dikisar
- 6 ulas bawang putih dikisar
- 1 inci halia dikisar
- 2 batang serai ketuk (linapg tambah) - guna jugak
- 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)-tambah jugak
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)- Liza pun tambah
- 2 sudu besar madu
- 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)- xletak
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit hirisan ketumbar - xde stok
CARA
MEMBUATNYA
- Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
- Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
- Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
- Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
- Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
- Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.
Tq fren Lina sebab memanjangkan resepi marbeles ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)















