Wednesday, July 1, 2015

Tempahan Lagiii...alhamdulillah



Blueberry Sponge Cake




Chocolate Moist Cake





American Chocolate Cake




Chocolate Indulgence Cheesecake

 

Rvcc
 

Nutella Cheesecake

 

Rvcc


 

Nasi Ayam Goreng @ Southern Yellow Chicken Rice....






Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua yg beragama Islam..semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik dpd tahun2 sebelumnya, insyaallah...Aamiin


Dah lama sangat rasanya tak buat nasi ayam goreng ni, hmpir terlupa pulak pada nasi marbeles yg pernah pemes satu ketika dahulu...anak2 n hubby tak abis2 puji kesedapan nasi ni, nmpk tak, dah berapa lama Liza tak buat ...hihii

Resepi ni mmg senang sangat, tapi hasilnya memang wow..lauk pulak suka hati lah nak gandingkan dgn apa pun, cm kali ni Liza lebih suka buat ala2 nasi ayam, kuah sup n sambal je..Alhamdulillah cmni pun dah terover sedap...Liza cuma guna beras biasa je sbb basmathi dah abis stok...




Resepi kali ni Liza amik dr dapur Mamasya, kes terliur tgk mama tayang kat fb ari tu...tq ye mama

RESEPI NASI AYAM GORENG / SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE

Bhn2:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.




Tuesday, June 30, 2015

Tempahan ...




Chocolate Indulgence Cheese Cake




Tiramisu





Chocolate Indulgence Cheesecake





Red Velvet Cake





Blueberry Cake




Red Velvet Cake




Durian Cake


Utk tempahan boleh WA Liza 0192113080


 

Acar Ikan Tenggiri...


Assalamualaikum wbt...sebenarnya acar ikan ni dah berzaman Liza buat, hihii..lauk ni mmg sesuai utk buat sahur, ye la kan dgn rasa masam2 manis tu mesti membangkitkan selera utk bersahur nnt...Liza buat ni versi berkuah sikit sbb org kat umah ni mmg tak reti makan yg kering2...jadi terpulanglah nk buat yg kering atau berkuah...yg pastinya mmg sedap, rugi kalau tak cuba..

Resepi ni Liza skodeng kat dapur CMG, thnx ye Cik Mat..jom tgk resepi kat bawah, simple je..




RESEPI ACAR IKAN TENGGIRI

Bhn2:

3 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar, belah 6
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia, mayang halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bijan, untuk hiasan- xletak
1 s/b biji sawi - Liza tambah
BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap dan goreng hingga masak dan kekuningan, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Timun dikerat 3 atau 4 bahagian, buang empulur dan hiris jejari, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Lobak merah juga dihiris jejari. Cili marah dan hijau dikerat 3, buang biji dan hiris jejari. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang cuka makan dan masukkan gula (anggaran 1/4 cawan), kacau rata dan tambah bawang putih dan lobak merah, gaul rata dan masak sekejap.
  4. Tamba cili merah/cili hijau dan timun (toskan timun tadi) gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang acar tadi atas dan tabur sedikir bijan, hidangkan besama nasi...



Monday, June 29, 2015

Kek Pisang Pasar Malam...



Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua kawan2 beragama Islam..dah lama rasanya tak jenguk dapur ni n share resepi kan...bizi yg teramat

Kali ni Liza nk share resepi kek pisang pasar malam yg telah dikongsikan oleh srg rakan kat fb, Kak Suhaini...katanya dia dapat resepi ni dr rakan Cina yg berniaga kek pisang ni kat pasar malam...Alhamdulillah, semoga mereka terus diberikan rezeki yg melimpah ruah..





KEK PISANG PASAR MALAM 
Bahan2:
200 gm pisang emas/berangan-lecek...-Liza ltk 250gm

250gm tpg kek*
11/2ts soda bikarbonat*
1/2ts baking powder*

150gm gula halus
4biji telur B
125ml susu segar/cair
100ml minyak sayur /masak
10gm ovellate
1st esen pisang
2sb coklat rice- optional 

Cara:
Ayak bahan yg brtanda * n satukn-
Pukul pisang ,gula dan ovellate..

masukkan telur 1 prsatu-pukul lagi dan masukkn esen pisang
Masukkn tpg berselang ngn susu-gaul rata 

Masukan minyak-gaul rata ( Liza gaul dgn spatula je)
Masukn coklat rice atau biarkn plain sahaja
Alas loyang n sapu butter-
Bakar 170 - 35-40minit


Wednesday, May 27, 2015

Nasi Goreng Tomyam Telur Masin...


Assalamualaikum wbt ...hari ni masak simple2 je sbb tgk bnyak nasi semalam yg berbaki..jadi amik keputusan utk grg je la, sian kat nasi tu kan...lepas anak2 g sekolah pagi tadi, Liza terus keluarkan ayam KFC yg difrozenkan ari tu, sebagai lauk utk nasi goreng nnt...mula2 tu pikir nak grg mcm biasa je,pastu abg cakap, try goreng tomyam style la umi...ok je, sbb perencah tomyam mmg ada stok..so, bermulalah godek bhn2, pastu terpandanglah sebiji lagi telur masin lebihan lauk semalam, apalagi, campur sekali la...sebab tu terjadilah nasi gorengseperti tajuk di atas ye, harap maklum,hihihii





Resepi ni sempoi je, alaa macam kita nak buat tomyam tu la, tak caya, jom tgk bhn2 kat bawah ye..

RESEPI NASI GORENG TOMYAM TELUR MASIN

Bhn2:

4 cawan nasi sejuk
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
5 batang cili padi - tumbuk sikit
1 batang serai - hiris halus
2 helai daun limau purut - koyak2
1 s/b cili mesin - optional
3 s/b perencah tomyam
Ayam goreng KFC - apa2 lauk pun boleh ( potong kecil)
Kacang panjang -potong kecil
1 biji telur masin -  hancurkan sedikit
Sedikit garam
1 biji telur - kocok sedikit
Minyak utk menumis


- bhn bertanda * ditumbuk lumat - kalau nak hiris pun boleh




- panaskan sedkit minyak masak, tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga wangi..
- masukkan perencah tomyam dan sedikit air, dan tumis lagi hingga kering, masukkan serai yg dihiris dan daun limau..
- masukkan sayur kacang panjang dan ayam goreng KFC td,gaul rata,sambil tu masukkan garam secukup rasa, gaul lagi hingga agak2 kacang panjang tu empuk sdkt ye..
-  masukkan telur yg telah dikocok tadi, dan nasi, gaul sebati..
- akhir masukkan telur masin yg telah dihancurkan sedkit dan gaul hingga semua bhn sebati...



Wednesday, May 20, 2015

Kuih Bijan/ Kuih Bom...



Dah lama rasanya tak buat kuih bom atau kuih bijan ni, alang2 inti kelapa ari tu ada lagi, maka terajin lah sikit nak buat kuih ni...kuih ni mmg ramai peminat kat umah ni, diaorang mmg suka kuih yg kenyal2 cmni..resepi kali ni Liza amik dr fb Suriani Osman, thnx ye Sue..





RESEPI KUIH BIJAN/KUIH BOM


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum...

Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:


 Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).Sejukkan inti.

 




Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti yang telah di kepal bulat bulat.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...