Wednesday, November 12, 2014
Kari Ikan Tongkol Bonda...
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...dah lama tak masuk dapur maya rasanya, bknnya apa, tapi masalah internet yg kadang ok kadang tak, nak upload gambar pun tak boleh...sakit pulak hati kita wakk....hihihi
Ni gambar yg terselamat, hihihi sebab awal2 lagi mmg dah ada dalam album..kari ikan tongkol ni resepi dr arwah bonda , kalau kat kelate mmg pemes la kari ikan tongkol ni..
Rasanya dah banyak kali Liza buat kari ikan ni, tapi Liza tempekkan sekali lagi resepi kat sini utk memudahkan ..
RESEPI KARI IKAN VERSI BONDA
Bhn2:
1 ekor ikan tongkol@ aye - potong dan rebus dgn sdkt garam dan asam keping hingga masak.
1 inci halia - tumbuk
5 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
Sedikit air asam jawa - kalau nk guna asam keping pun blh
Santan dr sebiji kelapa - jgn terlampau cair, agak2 sederhana pekat
1 paket rempah kari ikan - Liza guna adabi
2 s/b cili mesin
1 keping nise/ gula melaka
Garam, gula dan serbuk perasa
Timun/ kacang panjang/ bendir/ terung
Minyak - utk menumis
- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumbuk.
- campurkan sedikit air bersama serbuk kari ikan dan cili mesin.
- masukkan kedlm periuk td dan biar hingga naik bau.
- bila dah nmpk sedikit kering, masukkan air asam jawa dan kacau sdkt.
- masukkan santan dan nise/ gula melaka dan biar mendidih.
- selepas tu, masukkan pula ikan yg telah direbus bersama sdkt garam, gula dan serbuk perasa.
- biarkan mendidih sekali lg, baru masukkan sayuran..
- renihkan diatas api perlahan hingga semua rasa sebatidan sedikit pekat.
- angkat dan hidangkan...
# garam jgn masuk bnyk sgt yer sbb ikan tu dah direbus dgn sdkt garam,lebih elok kalau rasa dulu sebelum letak garam dalam kuah.#
Tuesday, November 4, 2014
Apam Harum Manis....
Assalamualaikum wbt...dah lama teringin nak merasa apam ni, akhirnya terbuat jugak weekend ari tu..gabungan rasa gula caramel ngn pisang tu mmg mengancam..patut la pemes sgt apam ni kat fb..
Liza skodeng resepi ni kat dapur ratu talam kita kak Yati, katanya resepi asal dr rakan fb Shasha..terima kasih ye.
Masa bancuh adunan tu, Liza ingatkan dah tak jadi sbb adunan ni likat..masa kukus tu tak henti2 doa biarlah jadi elok sebab nak sangat rasa apam yg pemes ni..Alhamdulillah dgn kuasaNya, kembang n gebu je apam ni, dan mmg harum..
RESEPI APAM HARUM MANIS
Bhn2:
300 gm gula melaka* (* di masak dan sejukkan)- Liza guna gula biasa
350 ml air*
- Liza cairkan gula hingga perang dan masukkan air dan biar mendidih.., ketepikan.
3 biji telur
200 gm gula pasir halus
350 gm tepung gandum diayak bersama*
1/2 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat* (* di satukan dan di ayak)
secubit garam*
1 sudu teh esen vanila
50 gm majerin/ butter - dicairkan
8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm
Cara-Cara
- Masak gula Melaka bersama air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
- Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
- Masukkan tepung yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
- Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin/ butter kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
- Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
- Masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
- Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.
Liza buat separuh adunan je, dapat dalam 15 bekas yg kecik2 macam kat atas....
Monday, November 3, 2014
Caramel Cheese Cake....
Assalamualaikum wbt, kek ni pun jgn tanya bila Liza buat ye...rasa2nya masa raya puasa hari tu lagi...hihii
Terjadinya kejadian kek ni sebab nak perabis stok cream cheese dlm esbok tu, mula2 risau jugak takut tak menepati selera family, tapi lepas diaorang makan, fuhhhh lega sangat sebab respons yg baik..kebetulan jiran yg datang beraya pun makan bertambah2, jadi faham2 sendiri la ye...
Komen hubby pulak, kek ni sedap sangat, kalau tak cakap ni cheesecake mmg dia takkan tau kek ni ada cheese...sebab dia bab2 cheese ni mmg kureng sikit tapi kek ni dia boleh makan lagi dan lagi...hihihii, Alhamdulillah
Resepi ni hasil dok intai kat dapur Evelyn yg memang terkenal pandai buat kek...thnx ye Lyn, akk nk share kat sini pulak..
RESEPI CARAMEL CHEESE CAKE
Bhn2:
A
4 tbsp gula kaster
B
6 biji kuning telur
200g susu cair
70g air
1 sk esen vanila
C
4 biji putih telur
50g gula kaster
1/4 tsp cream of tartar
D
500g cream cheese
150g gula kaster
40g butter
4 biji kuning telur
Cara2:
1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
3. Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.
4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.
6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C.
7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
Moist Muffin Pandan...
Muffin pandan ni pun dah berzaman Liza buat, jgn mintak ye, confrm dah jadi baja...hihihi
Muffin ni mmg sedap , lembut n moist gitu..yang paling Liza suka aroma pandan tu, perghhhh wangiii...resepi muffin ni Liza dapat dr dapur kak Azie, dia pulak ambik kat dapur Kak Ina...thnx pada kedua2nya ye...
RESEPI MUFFIN PANDAN
Bhn2:
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan + 2 helai daun pandan - blend
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste
1/2 sk pandan essence
Sedikit pewarna hijau
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur
Cara cara:
1. Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups.
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata.
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna.
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam.
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Daging Masak Hitam...
Assalamualaikum wbt selamat berpuasa pada kengkawan yg berpuasa Asyura hari ni...semoga segala amalan kita akan diberkati oleh Allah swt, Aamiin..
Daging masak hitam ni pun dah lama Liza buat, resepi masih sama macam yg Liza buat dulu, dari Madihaa dan diubah suai sikit ikut selera family Liza...
RESEPI DAGING MASAK HITAM
Bhn2:1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
1 btg serai diketuk - Liza tambah
Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak
2 btg serai - Liza tambah
- 1/2 dr bhn kisar dan kicap Liza perap dgn daging selama sejam..
Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, serai yg diketuk, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya &
renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam
secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa.
Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk...
boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)
Saturday, November 1, 2014
Ayam Popcorn Rangup....
Assalamualaikum wbt...jumpa lagi malam ni ye, terlebih rajin la pulak..almaklumlah bnyak sgt gambar dlm folder yg terbengkalai...hihihi
Ayam ni pun dah berzaman jugak Liza buat, tuan tanah sendiri pun dah lupa...resepi ni Liza ambik kat dapur Ros tapi ada yg Liza tambah sikit...sori ye Ros
Terima kasih banyak2 ye Ros , anak2 akk suka sangat ayam popcorn ni...
RESEPI AYAM POPCORN RANGUP
Bhn2:
400gram daging ayam bahagian dada ( tanpa tulang)- guna 2 keping dada ayam
1 biji putih telur
1/2 cawan tepung kanji kentang ( katakuriko) buleh ganti dengan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung goreng ayam ( cap ape2 pun boleh)
sedikit lada sulah
sedikit garam
2 s/k serbuk kari
Cara-Caranya
1. Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan.
2. gaul ayam dengan garam dan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan, pastikan ayam disalut dengan tepung gandum.
3. Campurkan tepung goreng ayam bersama tepung kanji kentang, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung kanji kentang dan tepung goreng ayam tadi, buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn.
4. Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam, setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain setelah dipacking nanti.
Nota:
Masa dah selesai salut ayam popcorn ni, bila nak masuk peti ais sejuk beku tu, pastikan ayam tidak ditindah satu sama lain supaya ia tidak melekat, bila dah betul-betul beku baru boleh di satukan di dalam plastik atau bekas.
Putu Mayam Serawa Durian Bonda....
Assalamualaikum wbt. kali ni Liza nk share pulak resepi putu mayam arwah ma buat, rasanya sama je kot dgn resepi org lain kan..dulu2 Liza selalu fail buat putu mayam ni sbb tak faham arahan, sekarang insyaallah dh ok...hihihi
Perkara yg paling penting ialah gunakan air panas didih ye, bukan air panas dalam termos ok...walaupun nmpak cm senang, tapi kalau tak ikut arahan tu betul2 mmg cnfrm takkan jadi..jadi bab ni mmg tak boleh nk derhaka ye, ikut kata tok guru....hihihii
Kadang2 arwah ma suka campurkan kaler tu, satu putih dan satu lagi pink, tapi Liza buat sikit je, malas pulak nak bahagikan kaler tu...hiihihi
RESEPI PUTU MAYAM BONDA
Bhn2:
1 paket tepung beras
Air panas didih secukupnya
- masukkan air panas didih sedikit2 kedlm tepung beras sambil digaul dgn sudu ye, panas tuuu..
- gaul hingga jadi macam doh, jgn terlembik atau terkeras..
- lepas tu biarkan rehat sekejap dlm 10-15 minit baru tekan dalam acuan maruku..
- susun atas pengukus, boleh jugak kalau nk lapik dgn daun pisang..
- kukuslah hingga masak..
Kuah serawa durian:
10 ulas durian / lebih -ikut selera
2 cawan santan dr 1/2 biji kelapa
1 cawan nise / gula merah
1/2 cwn gula pasir
1-2 helai daun pandan
1 s/b halba
Sehiris nipis halia
3 s/b tpg gandum - utk pekatkan kuah
Sdkt garam
- masukkan semua bhn B ke dlm periuk danmasak hingga mendidih dgn api sederhana kecil.
- bila dah sesuaikan rasa, angkat dan blh dihidang dgn pulut atau putu mayam..
Wallaaaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)