Sunday, June 29, 2014

Mars Chocolate Cheesecake...


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Ramadan utk semua..org lain dok tayang menu berbuka, Liza pulak sibuk nak masukkan resepi kek ni atas permintaan kawan2...kek nia salnya resepi dari chilled oreo cheesecake, Liza saje nak ubah selera memandangkan anak2 suka coklat mars ni, so try la buatkan kek ni utk diaorg..

Coklat mars ni bg kami agak manis sikit, jadi Liza letak sikit je kat dlm tu, lain kali boleh try cairkan dulu coklat mars tu, lepas tu gaulkn dgn cream cheese tu, mungkin rasa dia lagi menarik kan..



RESEPI MARS CHOCOLATE CHEESECAKE

Bhn2:

Dasar Kek
200gm biskut oreo(buang krimnye)- Liza guna biskut oat
80gm butter cair

*campurkan butter & biskut yg telah dihancurkan,tekan dlm loyang
ratakan & buh dlm peti ais selama 20 minit.



Bahan Kek :

250 cream cheese
200gm non dairy whiping krim
1 sudu kecil lemon jus (x letak pun xpe)
1 1/2 sudu besar gelatin + 100ml air panas
60gm gula halus
biskut oreo 1 paket..hancurkan 3 suku..buang krimnye dan selebihnya buat deko..- 4 keping coklat mars ( potong kecil)

Cara-caranya:-

1.Putarkan whipping krim hingga jadi krim..ketepikan
2.Putarkan cheese, gula hingga kembang, masukkan gelatin, lemon jus putar sebati..
3.Campurkan whipping krim, kaup balik perlahan2..dan campurkan oreo hancur td, boh dlm loyang yg ade dasar kek td..dan sejukkan dlm peti ais selama 4 jam...leh deco ikut suka...




Bahan Topping @ Ganache Coklat :

100ml whipping cream/fresh cream
250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

- Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi dan taburkan kepingan coklat mars, biarkan dlm fridge 1-2 jam...


 

Friday, June 27, 2014

Apam Balik Crispy....



Buat lagi apam balik crispy ni utk sekian kalinya...bila dah berulang2 buat tu, faham2 sendiri la kan..

Tak de idea pulak nk citer, hihihi...jomm tgk resepi yg Liza ambik dr Mamasya ni..




RESEPI APAM BALIK CRISPY

Bhn2:
170 gm all purpose flour
100 gm rice flour
30 gm cornstarch
2 tsp double action baking powder- ganti 2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2 large eggs
1 tsp vanilla essence
6 - 7 ozs water
150 gm fine granulated sugar - Liza kurangkan gula, cuma guna 100 gm

Filling:
120 g melted butter- letak sikit setiap kpg, x letakpun tak pa
150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sbb adunan dah manis
1 cup chopped roasted peanuts

Method:
Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours. (i left it overnight)
Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly. (just hot enough for batter to stick to pan)
Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake.
Cook till the bottom of pancake is golden brown.
Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts.
Fold the pancake into a half and leave to cool.(it will be crispy as soon as it gets cold)

Makaroni Bakar...


Assalamualaikum wbt..insyaallah lebih kurang 2 hari lg umat Islam akan menyambut Ramadan sekali lg...puasa dh habis ganti ke, hihihi..semoga Ramadan ini memberikan kita semua seribu keberkatan dan mendapat keredhaan drNya...Aamiin



Dah lama tak buat macaroni bakar, ni Liza buat utk lunch minggu lepas...sedap n kenyang..jom la terus tgk resepi ye..

RESEPI MAKARONI BAKAR

Bhn2:
300gm makaroni - rebus hingga empuk dan toskan
250gm daging cincang - potong kecil
4 biji telur - pukul hingga kembang atau blend
3 s/b rempah kari ayam/ dgg
2 s/b cili mesin
2 labu bwg besar - potong dadu
1 tin susu cair
1 cawan air
Sdkt keju parut utk tabur - optional
Garam dan gula
Minyak utk menumis

- satukan rmpah kari dan cili mesin bersama sdkt air.
- panaskan minyak dan tumis bwg besar hingga wangi, masukkan rempah bersama cili mesin td.  dan masak lg hingga wangi.
- masukkan daging dan kacau rata hingga dgg masak.
- selepas tu, masukkan susu, garam, gula dan kacau rata.
- masukkn makaroni dan air, kacau hingga mendidih.
- tuang adunan kedlm loyang yg disapu mentega dan tuangkan telur diatasnya dan kacau rata.
- tabur keju dan bakar 180C selama 45 minit atau hingga masak..
- tadaaa, dah pun siap..


Wednesday, June 25, 2014

Kek Buah Kukus Sedap....



Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...disebabkan ramai yg pm bertanyakan resepi kek buah kukus ni lepas Liza upload kat fb, jadi di sini dan pada masa ini, Liza sharekan resepinya sekali lg ye...

Resepi asal kek buah ni dr buku chef Zubaidah Che Pa dan dikongsikan oleh rakan Liza Sheila.ramai jugak yg Liza tgk dah cuba resepi ni dan rata2nya memberikan feed back yg bagus..terima kasih pada semua yg memanjangkan resepi ni, macam Kak Yati, Madihaa dan Azie...dan ramai lagi..




RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bhn2:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir - Liza guna 200gm je
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)- guna saiz A jugak
1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar - xletak
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 

Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.


Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" ( Liza guna Loyang 9 inci) yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

 

 
 
 

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


 

Monday, June 23, 2014

Kuih Bakar Daging Kak Jee, terlajak sedap....



Memula sekali Liza nk ucapkan jutaan terima kasih pada Kjee atas kesudian berkongsi resepi kuih bakar turun temurun katanya..Benar bagai dikata, kuih ni mmg terlajak sedap, betul, mmg tak tipu..kalau tak caya, cubalah buat, gerenti nak buat lagi n lagi...

Gerenti kuih ni akan jadi salah satu menu utk berbuka puasa Ramadan nnt, insyaallah...


Liza mohon share resepi kat sini pulak ye Kjee..

RESEPI KUIH BAKAR DAGING KJEE

Bhn2:
250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.





Pizza Roti Pita...



Piza ni pulak Liza buat utk bekpes minggu lepas, anak2 mmg suka sgt la kalau dapat mkn pizza cmni..nak buat pun senang je..
Liza guna lebihan sos spaghetti je, pastu koyak2kan cheddar cheese, pastu bako hingga cheese cair...dah siap




Kek Limau Chef Wan.....



Assalamualaikum wbt...kali ni Liza nk share lg kek limau chef wan yg menjadi kek peberet family Liza..mmg gebu n moist kek ni, sesuai sgt bagi sesiapa yg nak buat utk raya nanti...

Dah semestinya resepi ni dari Chef Wan kan, mmg terbaikkk...


RESEPI KEK LIMAU CHEF WAN

Bhn2:
225 gm mentega
Jus 2 biji limau
Parutan dpd kulit 2 biji limau
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus - blh tambah / kurangkan ikut manis limau
4 biji telur - asingkan putih dan kuning
Secubit garam

- pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan parutan kulit limau dan kuning telur satu persatu.
- ayakkan tepung dan garam, masukkan ke dlm bhn di atas diselangselikan dgn jus limau.
- pukul putih telur hingga kembang, gaulkan ke dlm adunan di atas.
- tuangkan ke dlm acuan kek yg telah dilengser marjerin.
- bakar kek 180 C selama 40 minit atau sehingga masak..






Nampak tak kegebuan kek limau ni, perghhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...