Friday, September 9, 2011

Rendang Kacang Panjang Ayam..


Sebenarnya tak pernah pun makan rendang sayuran macam ni, tp bila tengok kat majalah Keluarga Edisi Ogos ari tu rasa nak cuba la pulak....Alhamdulillah rasanya sedap seperti yg dijangka walaupun resepi asal menggunakan kerang..Jom kita layan resepi yer...


                                                Masih dalam proses pembikinan...hehehe

RENDANG KACANG PANJANG AYAM

Bhn2

500 gm kerang - Liza guna ayam
500 gm kacang panjang - hiris serong
500 ml santan pekat
2 helai daun kunyit - hiris
3 sudu mkn kerisik
3 sudu mkn minyak
8 ulas bwg merah*
3 ulas bwg pth*
3 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
3 btg serai*
10 tangkai cili kering*
Garam dan gula secukup rasa

- Bhn2 bertanda * dikisar halus
- panaskan minyak dan tumis bhn kisar td
- masukkan isi ayam dan santan
- bila isi ayam dah masak, masukkan santan, garam dan gula
- kacau sebati dan biarkan pekat, masukkan kerisik
- kemudian masukkan kacang panjang dan daun kunyit..
- biarkan selama 2 minit dan gaul sebati..

-kalau guna isi kerang, masukkan akhir sekali bersama kcg panjang                      



Dah pun siap dan bolehlah dimakan bersama nasi putih @ nasi impit...cubalah sebab rendang ni mmg best...walllaaa



Monday, September 5, 2011

Mihun Goreng..

Salam bersiaran kembali di bulan Syawal nan mulia ini..Selepas puas menghentam ketupat dan rendang masa raya ari tu,maka tibalah ari utk merehatkan usus sekali lg...ari ni umi ngan angah berpuasa sunat enam,bkn ape sementara masih dlam mood puasa ni, baik teruskan jer puasa ganti or puasa sunat kan...nnt lama2 malas pulak...so berbuka td pun yg simple2 jer..just grg mihun dan nugget...


MIHUN GORENG

Bhn2

Mihun - rendam sekejap
Bwg pth - tumbuk halus
Cili kisar / mesin
Udang, daging @ lauk2 kegemaran
Sayuran - ltk kobis
Sos tomato
Sos cili
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Minyak masak

- panaskan minyak dan tumis bwg pth dan cili mesin hingga naik bau..
- masukkan lauk2 dan biarkan sebentar..
- setelah lauk masak, masukkan semua sos2, kicap dan garam..
- akhir sekali masukkan sayuran dan mihun dan tambahkan sedikit air utk melembutkan mihun..
- grg mihun sehingga kering dan sedia dinikmati...



                         Menu berbuka kami ari ni...mihun grg dan air jagung...Alhamdulillah

AIR JAGUNG

Gula
Pes minuman perisa jagung
Susu pekat manis / susu cair
Air secukupnya
Ais
Air panas

- bancuh gula dgn air panas hingga gula hancur
- masukkan pes perisa jagung dan susu ke dlm air gula td
- masukkan sedikit air dan ais ke dlm air td
- dah ready pun...

Thursday, September 1, 2011

Ketupat Daun Palas Perantau...

Ketupat ni menu 1st Syawal ari tu...dah lama tak buat ketupat ni..dulu selalu jugak tolong arwah ma bungkus ketupat ni, tp semenjak arwah takde, raya pun rasa macam hambar dan takde makna lagi...tp bak kata org hidup perlu diteruskan...alhamdulillah hasil menolong arwah dulu. dapat lah jugak Liza buat ketupat ni untuk hidangan keluarga..walaupun tak sehebat sifu, tp still boleh diterima....hehehe..meh kita tgk step buat ketupat daun palas ni..

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

Bhn2:

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut selama 20-30 minit. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan yg telah dimasak dgn garam dan gula.. Kacau rata. Kukus sekali lg hingga betul2 masak dlm 30 minit lagi..

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.



             Step 1 : Pulut yg telah dikukus, digaul dgn santan pekat dan sedikit garam dan gula..


Step 2 : Masukkan pulut td ke dalam daun palas dan bungkus dgn kemas hingga membentuk segitiga..Pastikan ia dibungkus dgn kemas agar tiada pulut yg terkeluar bila direbus nnt..



Step 3 : Ketupat daun palas yg telah sedia utk direbus..Air rebusan mestilah 1/2 atau kurang dr paras ketupat..


Step 4 : Ketupat yg dah siap direbus dan sedia dinikmati bersama rendang daging atau ayam atau serunding...





Popia Goreng Nestum Anak2ku...

Popia nestum ni buat sebelum raya ari tu...mula2 ingat taknak buat bnyk sgt biskut raya, tp anak2 beria2 nak buat..diaorang cakap xpe la, umi sediakan semua dan biarkan kitaorg yg buat...huhuhu...jadi taknak menghampakan semangat anak2 yg sedang berkobar2 tu, terpksa la jugak fikirkan biskut yg senang utk dibuat..so lepas dibuat perbincangan tergempar, maka semua bersetuju utk buat popia nestum ni...ye la popia nestum ni peberet bdk2 ni, takkan diaorg tak setuju...kan kannn...so jom kita tgk apa dah jadi...


                                                      Step1 : nyahbekukan kulit popia (ni kerja kakak)



Step 2 : Gulung kulit popia dgn kemas dan lekatkan hujungnya dgn tpg jagung (ni pula kerja angah)



            Step 3 : Gunting kecil2 kulit popia td (dan yg ni pula kerja anak teruna srg tu, abg)

- dan popia dah ready utk digoreng dan sejukkan sebelum digaul dgn nestum dan gula yg telah dimesin halus...

Mee Kari Lebaran...


Menu raya kitaorg mlm tadi...huhuhu sedih tak dapat balik kpg..mee kari  ni masak untuk anak2 yg mmg sukaaaa sgt ngan mee kari ni...lagipun abg dah nak balik hostel, jadi penat ke, ape ke, tetap jugak kena buat..ye la bila dia dah balik hostel nnt rasa ralat la pulak sbb dia tak sempat merasa...

MEE KARI

Bhn2 kuah

Bwg merah
Bwg pth
Halia
Cili mesin
Serbuk kari daging
Fishball. fishcake
Tulang - direbus dahulu
Santan
Daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

Mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi

Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..

Tapai Pulut Warisan...


Tapai pulut ni buat untuk lebaran dan mkn sendiri2...hahaha..tp daun pisang tu kuning la pulak..tak pe la kan..janji isi dia sedap..papa siap request suruh bungkus dlm daun pisang, tak nak dlm bekas kecik2 tu...huuhhh demandnya dia..kat umah ni papa ngan abg jer yg minat sgt ngan tapi pulut ni..jom kita tgk isi dia pulak yer..



Haaa...kan betul, tgk tu tapai yg betul2 mengancam jiwa dan raga...hehehe..so moral of the story kali ni ialah don't judge a book by its cover yer murid2....muahahaaha


Maggi Goreng Sempoi...

Salam Aidilfitri semua..ari ni bru sempat nak update n3 yg bnyak tertangguh semenjak dua menjak ni...maggi grg ni request dr abg utk iftar 26 ari tu..maklumlah bila kat hostel tak jumpa maggi. sebelum balik lg dah pesan nak mkn maggi grg utk buka pose nnt..so ikut aje lah, lagipun org kat umah ni pun mmg dah lama tak mkn mggi grg ni..


Resepi ni simple jer...jom tgk..

MAGGI GORENG

Bhn2

Maggi - rebus hingga lembut
Daging / ayam
Sosej
Bwg mrah
Bwg pth
Cili api / cili mesin
Perencah maggi kari
Kobis
Telur
Sedikit kicap - utk bg warna gelap sdkt

- tumbuk bwg merah, bwg pth dan cili api.ketepikan..
- panaskan minyak dan grg daging hingga masak.
- masukkan bhn2 tumbuk dan tumis hingga wangi dan masukkan perencah maggi td.
- masukkan juga sdkt kicap dan sayur
- pecahkan telur ke dalam kuali
- masukkan maggi yg telah direbus dan kacau hingga rata
- siap untuk dihidangkan..




                                                                       Dah siapp..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...