Assalamualaikum wbt...asal nampak durian, adik mst cakp, sedapnya lempuk, kan umi..huhuhu, ada yg tersirat di sebalik kata2 itu
Maka ari tu gara2 viral, g jugak la borong durian kat Kg Gajah, Perak..mostly peniaga jual dgn harga RM12-15 sekilo...tapi sesi tawar menawar berpihak pada kami, dapat la dgn harga RM9 sekilo..apa lagi mmg borong sakan la, semata2 nak buat tempoyak n lempuk ni...
Alhamdulillah ari ni dapat la buat lempuk yg jadi kesukaan family ni..terus buat bnyk2 sbb blh simpan lama
RESEPI LEMPUK
HOMEMADE..
Bhn2:
15 biji durian - ambil isinya sahaja
Gula secukup rasa - agak2 ikut manis yg kita nak
- masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
- sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
- kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
- bubuh dalam bekas dan sejukkan..
- lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..

Kali ni Liza masak guna periuk Noxxa...amik masa dalam 30 minit je tapi mst selalu kena kacau ye...maknanya kena sentiasa kacau dalam masa 30 minit tu, rasa macam nk tercabut bahu,hihii
3 comments:
sedapnya... suke sangat.. peberet ni..
Salam kenal..tq ya share rspinya.brcadang nak buat lempuk juga sbb bnyk sngt durian Kat rumah ni....
Macam mana nak order lempok durian. Saya dari Singapura.
Post a Comment