Monday, July 8, 2013

Cupcake Coklat Berinti...



 
Hari tu kebetulan ada lg stok krim cokalt yg Liza buat, maka terhasillah cupcake coklat ni, konon2 nk buat ala2 Hokkaido Chiffon Cake la, ada filling gitu..tp yg ni versi coklat...
 
Kali ni Liza buat kek coklat kukus resepi dr Kak Hanieliza...terima kasih ye kak, sodap banget...asalnya resepi ni kek coklat kukus keju koktel tp Liza tak buat..


RESEPI CUPCAKE COKLAT BERINTI

Bhn2:
Bahan A 2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1/2 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju: Liza tak buat
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.


Resepi krim coklat ada kat SINI...biarkan cupcake sejuk, buatkan lubang kat tgh cupcake dan paipkan krim coklat...

1 comment:

Cida de' Nuanza said...

ye la...mcm hokkaido...menarikkkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...