Tuesday, January 30, 2018

Sambal Hitam Tomato....sedapppp sgt


Bila ada sambal ni kan, asyik bertambah je nasi..huhuhu bila la nk kurus kalau cmni






Resepi masih sama, amik dr dapur fren yg jauh nun,  Lina...timakasih fren, sambal ni mmg berantu la,hihihi








RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO 

Bhn2:


5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu) 
1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2) 
2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde) 
4 labu bawang besar (dadu kasar) 
Garam dan gula/perasa 
Minyak 


Cara-Cara: 


  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
  3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.








Kuih Ketayap Lembut...



Assalamualaikum wbt..petang semalam buat ketayap ni sbb nk abiskan stok inti kelapa tu..cuba resepi dr Cikgu Ani yg ,menggunakan sukatan cawan je..timakasih ye, kuih ni mmg sedap n lembut je








RESEPI KETAYAP LEMBUT

Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Cara Membuat Kulit Ketayap
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  2. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  12. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  13. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan







Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Thursday, January 25, 2018

Vietnamese Spring Roll...



Pertama kali buat dan makan, kulit popia tu dah lama Liza beli tapi baru sekarang terbuka hati nak cuba buat dan rasa...sebenarnya takut tak dapat sambutan dr ahli kat rumah ni..hihi
Rupa2nya bila buat, tak habis2 diaorang dok puji sedap,masa tu rasa ruginya tak buat awal2,hihii
Sos tu Liza guna yg readymade dipping sauce thai je ( sbb takut tak dpt sambutan kan), at least takde la rasa kecewa sgt kalau diaorang tak makan pun,hihi
Disebabkan ahli dlm rumah ni mmg suka dgn popia sihat ni, maka next time Liza akan cuba buat sos dia pulak
Terima kasih Zila utk resepi ni, cuma tang gulung tu Liza buat tak kemas lagi, practice makes perfect kan..







'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.






VIETNAMESE SPRING ROLL

Bhn2:


Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan



Caranya

  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
  3. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'


Bhn2:

2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka 
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.




Jus Bunga Telang / Magic Blue Pea Juice...



Bila tengok bunga telang yg subur belakang rumah, baru teringat kat satu program TV ni yg pernah tunjuk magic air bunga telang ni..jadi terus kutip  dan rebus bunga telang ni .

Jgn pandang rendah pada pokok yg menjalar ni ye, bnyk khasiat  yg terkandung di dlmnya..Kalau nak tau khasiat bunga telang ni, boleh Google dan baca sendiri..








JUS BUNGA TELANG

Bhn2:

Bunga telang
Daun pandan
Gula secukupnya

- rebus semua bhn hingga gula cair dan air bertukar menjadi kaler biru
- sejukkan dan sedia digunakan

* kalau terus guna air akan jadi kaler biru mcm dlm gmbr kat atas





* Kalau perah sebiji lemon atau limau, kaler jus akan bertukar jadi purple macam dlm gambar atas ni..sbb tu dipanggil magic juice,ihhii


Kuih Lapis Lagiii..



Assalamualaikum wbt...kuih yg selalu mendapat permintaan dr adik,suka sgt dia mkn kuih ni tapi awal2 dia dah pesan tak nak kaler lain, nak kaler pink ngn putih je...lagi senang keje umi,hihii

Liza buat lagi resepi yg dah pernah Liza buat ni sbb sukatan dia sikit, cukup la utk kami 4 beranak ni..








RESEPI KUIH LAPIS


Bhn2

100gm tpg beras
435ml santan
30gm tpg ubi kayu
90ml air
30gm tpg jagung
190gm gula
sdkt pewarna merah

panaskan pengukus dan ayak semua tpg kedlm mangkuk besar.
- kacau bersama sntan, air dan gula.Kacau hingga gula larut.
- bhg adunan kpd 2 bhgn dan warnakan.
- masukkan 3/4 senduk adunan kedlam loyang dan kukus selama 3 min.
- angkat dan tuangkan lapisan yg berlainan kaler ke dlm adunan td dan kukus semula 3 min.
- ulang hingga habis..
- akhir sekali tutup loyang dgn kain bersih dan kukus lg selama 15 min..


Tuesday, January 23, 2018

Chicken Meatball Homemade with Spagetti.....


Sebenarnya Liza mmg suka buat meatball, chicken ball atau patty burger homemade sbb blh adjust apa bhn yg nak masukkan dlm tu..dan setiap kali berbeza bhn tu sbb Liza ikut apa yg ada kat dapo je, janji sedap dan berkhasiat utk family Liza,hihi
So, resepi ni versi Liza sendiri ye..lebih kurang je dgn resepi org lain pun,hihihi






CHICKEN MEATBALL

1 paket ayam kisar 
Serbuk bawang putih
1/2 biji bawang Holland - cincang
Serbuk lada hitam - blh adjust sikit atau bnyk
Garam
Daun parsley - cincang
Breadcrumbs
Olive oil
Sebiji telur - kocok sikit

- campurkan semua bhn dan bulat2kan ikut saiz yg dikehendaki
- rehatkan sekejap di dlm fridge ( Liza rehatkan dlm 30 min)
- panaskan sedikit minyak zaitun dan grg ball td hingga masak
- angkat dan sedia digunakan


* Minyak lebihan menggoreng ball td jgn dibuang ye, gunakan utk menumis bhn2 kuah spagetti *








Ferrero Rocher n Chocolate Ice Blended...Homemade



Masih setia dgn resepi dr Kjee ni sbb anak2 suka..cuma Liza olah sikit dan tambah ferrero rocher kat dlm tu, tq Kjee n Uncle Pali sbb sudi share resepi yg sgt sedap ni






RESEPI FERRERO ROCHER N CHOCOLATE ICE BLENDED

Bhn2:

2 s/b milo
1 s/k serbuk koko - Liza guna s/b
3 s/b susu pekat manis - Liza guna 11/2 s/b je
5 s/b susu cair - xletak
1 mug ais
4 biji coklat Ferrero Rocher

Hiasan:

Whipping cream
Syrup chocolate Hershey's
1 biji Ferrero Rocher - pecah2kan



- blend semua bhn dan masukkan ke dlm gelas..
- hiaskan dgn bhn hiasan
- slurpppp




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...