Masih menggunakan resepi dr SINI tapi kali ni pelbagaikan versi utk anak2..ada yg ala2 nutella pancake, ada yg letak susu n cheese n utk umi opkos la roti sardine n utk papa roti telur..
RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE
Bhn2:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 hingga 1 1/2 cawan air
- 1 sudu besar marjerin
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
- Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
- Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
- Campur minyak masak
- Campur marjerin
- Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
- Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
- Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
- Tinggalkan selama 2 jam.
- Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
- Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
| Yg ni versi filling pisang,kat luar tu adik nak sapu nutella ngn susu pekat manis...ikut je la |
No comments:
Post a Comment