Friday, August 21, 2015

Puyuh Kicap Pedas Madu Karipoley.....




Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat utk semua...ni semua sebab Lina, kalau idak xde la Liza buat lagi lauk ni...hihihi
Sebenarnya kalau ikut resepi asal guna ayam, tapi nak guna lauk2 lain pun boleh..dulu Liza pernah buat guna sotong, mmg sedap gilerr lauk ni..

Part yang paling best masak lauk ni sbb macam main masak2 je, simple tapi rasanya meletop2 dalam mulut...cubalah buat kalau tak caya, kompem lepas ni ada yg termimpi2 lauk ni,  kan Lina...






RESEPI PUYUH KICAP PEDAS MADU KARIPOLEY

Bhn2:

1 ekor ayam dipotong 14 bahagian -Liza guna burung puyuh 
1 bawang besar di hiris2 nipis
3 tangkai daun kari
2 biji buah tomato dibelah 4
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 batang serai ketuk (linapg tambah) - guna jugak
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)- Liza pun tambah 
2 sudu besar madu
1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit hirisan ketumbar - xde stok

CARA MEMBUATNYA

  • Lumurkan potongan ayam / puyuh dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  • Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  • Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  • Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  • Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.
 






4 comments:

LiNa_Pg said...

Umah kite setiap mggu wajib ada menu ni fren...ank² suka ayam ada kicap..nm jer pedas tp x pedas puj kih..kih..

Kakzakie Purvit said...

Memang sedap ni
Sekali makan mesti nak lagi:)

Liza said...

kalau buat guna lauk lain pun tetap sedap ni fren..mmg tak pedas pun,kikiiki

Liza said...

betul tu kak zakie, boleh makan nasi bertambah2 ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...