Assalamualaikum wbt..cream puff ni Liza buat utk iftar weekend ari tu..ye la, stok durian pun ada lagi n anak2 pun mmg suka sgt dgn cream puff..maka terpaksalah merajinkan diri, hihihi
Tak pernah lagi buat berintikan durian kastad ni, so, apa salahnya mencuba kan..bila makan tu anak2 n hubby cakap macam makan duria crepe pulak..
Kali ni Liza buat cream puff guna resepi dr umah Izah pulak, resepi ni katanya dr Anna dan Mas..terima kasih pada semua ye, akk mintak izin share kat sini pulak..
RESEPI CREAM PUFF
Bhn2:
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah
*diayak bersama
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah
*diayak bersama
secubit garam
*diayak bersama
4 biji telur
1 sdk esen vanila
Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.
Manakala fillingnya pula Liza ambil dr dapur Kak Yati, thnx ye kak..sedap sangat
INTI CUSTARD DURIAN
Bhn2:
- Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
- Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe / cream puff..
Cara menyediakan Cream Puff:
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Tips :
Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya
senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata...
Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....
No comments:
Post a Comment