Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali, hari ni dah 22 Ramadan 1434H, insyaallah lebih kurang 8 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...rasa macam sekejap je masa berlalu kan, sedar tak sedar dah nak raya, biskut raya tak buat lagi ni, cmner...
Sebenarnya masa dok bertenggek kat dapur Kak Yatie hari tu, liza terberkenan dgn mee grg tauhu ni, sbb yg paling utama kan, Liza dah tak tau cara nk suruh anak2 suka makan tauhu...nak2 budak Yana tu, kalau dipaksa jugak maunya muntah balik...haru biru jadinya...jadi, dgn adanya idea dr Kak Yati ni, Liza dah tak perlu risau dah, sbb mmg dia makan semua tanpa sedar...ala2 Tipah tertipu la...hihihii
Resepi ni sama je macam kita grg mee yg biasa tu, cuma tauhu tu dihancurkan bukan dipotong..mmg tak rasa langsung ke'tauhu'an tu...kalau tak caya cubalah..
RESEPI MEE GORENG TAUHU
Bhn2:
1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
1 cwn udang basah - letak isi ayam
1 cwn fish ball/fish cake
2 keping tauhu- di hancurkan
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 biji tomato belah 6
taugeh dan sawi secukupnya
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Bahan di kisar
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan- xletak
Cara-cara
- Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
- Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
- Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
- Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati.
- masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.
- Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
- Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi. Hidangkan bersama udang goreng.
No comments:
Post a Comment