Thursday, January 3, 2013

Pau Lembut dan Gebu.....


Buat pau guna resepi dr SINI pulak, thnx Ena, mmg gebu dan lembut walaupun dah sejuk....i likeeee...Liza buat 2 inti, yg tanda merah tu inti kacang merah n yg satu lg tu inti karipap..Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

RESEPI PAU LEMBUT DAN GEBU

Bhn2:

  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan :

  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci
Cara Membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

4 comments:

Jujubabes said...

suke sangat makn donut ..kalo teringin tu selalunye kite beli je, sebab tak berani lagi nak buat ..takut tak jadi ..hihihi

zila norazila said...

klu dapat la pau nie kt depan mata..alahaii bestnya..tgh lapar nie..he hehe zila kalu apa2 intipun suka..asal pau..gebuss2 pau tue,

Cheq Sue said...

dah lama tak buat pau...minggu lepas ada beli yang frozen, ingatkan inti kacang sekali kaya daaa.... nak kena buat sendiri jugak baru puas hati

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..emmm lama betul rasanya saya tak menguli....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...