Friday, January 25, 2013

Kuih Lompat Tikam....fuhhh kejamnyaa



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua pengungjung ID....semoga semuanya sihat walafiat di samping keluarga dan tugas2 harian yg tak pernah habis...hihihi

Ni jugak salah satu kuih peberet  Liza, masa tgh sarat mengandungkan anak yg ketiga mmg rasa nk sgt mkn kuih ni tp tak pandai nk buat...last2 bila balik kpg, mintak mok ngoh tolong buatkan...dan alhamdulillah tak kempunan....hihihii

Tapi, sekarang segalanya dihujung jari kan, zaman dh semakin moden..kalau nk cari apa2, cari je kt makcik tenet, settle problem...

Resepi ni pun Liza amik dr MyR, dr Umi_e..thnx bnyak2 ye atas perkongsian resepi kuih ni...jom kita terus tgk resepi ye..

RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Bhn2: ( 4-6 org )

  • A: Tepung hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
  • B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
  • C: Pulut merah - Liza xbuat
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
  • D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan

Cara-cara

Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat
Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins) - Liza kacau dlm kuali.

Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat) - Liza kacau dlm periuk
 
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
 
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
 
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)


11 comments:

asyifamustaffa said...

Kuih nie sy bole mkn skit je kak....selalu klau teringin...bli je....hehe...

hazila said...

Kuih yg sinonim dengan bula puasa. Tapi sekarang boleh jumpa org jual walaupun buka bulan puasa.

Marsita Yahya said...

lama tak makan kuih ni...nyamannya tgk

che mid said...

Tengah mencari-cari tepung besar nak buat bubur som-som (lebih kurang macam lompat tikam, tapi versi orang Jowo)..tetiba nampak ni kat sini.. tambah terliur laa.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer lompat tikam... lama tak makan.. ni kuih feberet time bulan puasa.. sama juga dgn kuih koleh kacang kat bawah tu pun feberet dibulan puasa... kita ada juga cadang2 nak buat koleh kacang tu.. dok tunggu masa yg sesuai nak buat.. hihi.. asyiklah sibuk manjang..

Kella said...

teringat lompat tikam mama... lama tak makan...

faa.rosli said...

sedap nii...tp faa tak rajin..selalu beli je..hikhiik

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza...emmm peberet ni....

Mamasya said...

Aslmkum Liza
lompat tikam...sedapnya...antara kuih yg tak miss beli bila balik kg.

Ann Ishak said...

sedap kalau makan sejuk2 ni

Subhie Arun said...

wow..sedapnya......frst time here...hapi to follow u..bila ada masa ..sillalah singgah kat,

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...