Thursday, April 28, 2016

Bingka Keledek Oren + Chia Seed...


Kuih ni Liza pernah buat kat SINI tapi kali ni Liza buat versi comel,bukannya apa terkejar2 takut kakak tak sempat bawak bekal g sekolah nnt..at least bila buat dlm bekas kecik cmni, cepat la sikit masa masak tu..
Dan kali ni Liza taburkan chia seed  kat atas tu ganti bijan, sedap..







Terima kasih Kak Yati atas perkongsian resepi kuih yg sedap n sng ni..

RESEPI KUIH BINGKA KELEDEK
Bhn2:


  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan - Liza guna susu segar
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren

    CARA-CARA
    1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
    2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
    3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 

    Ni tips dr kak Yati ye...

    **Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih.
  • Liza buat dlm acuan muffin tu dapat dlm 12 biji kuih..






     

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...