Thursday, December 27, 2012

Daging Masak Hitam...


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...Liza harapkan semua sihat walafiat dan sentiasa berada didlm lindunganNya....Aamiin

Hari ni nk share pulak resepi dgg masak itam yg Liza buat tempohari....mmg sedap dgg ni, ada rasa ala2 rendang sbb Liza tambahkan serai...resepi asal Liza ambik dr dapur Madihaa, thnx ye sbb resepi yg best ni..tp macam biase la.Liza olah sikit ikut selera ahli dlm umah ni....

Liza mintak izin share resepi marbeles ni kat sini pulak ye, thnx sekali lg...

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bhn2:
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
1 btg serai diketuk - Liza tambah


Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak
2 btg serai - Liza tambah
- 1/2 dr bhn kisar dan kicap Liza perap dgn daging selama sejam..


Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, serai yg diketuk, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.

2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

1 comment:

Cheq Sue said...

mesti sedap lauk ni makan dengan nasi putih, pulut kuning ke, aishhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...