Thursday, August 25, 2011

Iftar 24 : Lala Goreng Pattaya..Sawadikappp


Salam semua, mst tgh sibuk mengukis kan.. ye la raya dah tak lama lagi..Liza jugak la yg tak berapa nak sampai seru lagi...kekadang on, kekadang pulak off terus...hihihi..Ni pun nak share menu berbuka semalam iaitu lala grg pataya yg diambil dr umah Hana.. mmg best lauk cenggini..jom kita layan resepi pulak..


LALA GORENG PATTAYA

Bhn2

  • 1/2 kg lala
  • 3 sudu minyak masak untuk menumis
       .  3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 batang serai dibelah 4
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato/sos cili
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
  • daun bawang - hana gune daun ketumbar
  •  
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  • tumis serai hingga wangi
  • masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih
  • masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
  • masukkan 1 sudu gula kemudian masukkan lala
  • masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata
  • tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit
  • buka tudung kuali…..lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak
  • Perahkan air limau nipis dan masukkan tomato
  • rasa….dan tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan)
  • Hidang dengan daun bawang.

                                                 Inilah hasilnya...lala goreng pattaya

     


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...