Monday, April 30, 2012

Bahulu Durian dan Bahulu Berinti Kiwi....


Angin bahulu datang lagi.....ihihihi, tp kali ni Liza cuba buat perasa durian dan satu lg Liza letak filling kiwi....dulu Liza dah pernah buat bahulu cermai ni...ok lah jom kita intai resepi pulak yer...

RESEPI BAHULU CERMAI

Bhn2:

4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional


Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung MyR sbb sama cara dia)


  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C

Tips tambahan:
- kalau guna acuan baru, rendam dgn minyak semalaman dan panaskan selama 10 minit, lepas tu buang minyak lebihan ke dlm mangkuk lain.
- acuan yg telah dilengser minyak hendaklah sentiasa dipanaskan sebelum digunakan..maksudnya lepas satu adunan siap, kita keluarkan bahulu tu, sapu minyak kat acuan dan panaskan balik selama 5 minit, pastu keluarkan dan bubuh adunan utk dibakar.
- utk adunan yg masih tak digunakan, kita kena tutup dgn suratkhabar utk elak dr masuk angin.
- kalau nk letak filling, masukkan 1/4 adunan, letak filling dan tutup dgn adunan hingga penuh acuan.
- kalau nk mkn bahulu macam org zaman dulu2, abaikan penggunaan baking powder dan ovalette, bahulu akan jd padat sikit..

Kuih Kaswi Citarasawan....


Huhhhh, tak nampak langsung keayuan kuih kaswi ni...tgk Izah buat cantik jer kajedian kuih ni...tak pe la, janji sodaaappp n dah abis pun kuih ni....hiihhihihi

Resepi asal dr dapur Kak Wan dan Liza rasa ramai yg dah cuba kuih ni kan...terima kasih pada Kak Wan atas resepi yg best ni dan pada semua yg menyebarkan kesedapan kuih ni....jom kita tgk resepi ye...

RESEPI KUIH KASWI CITARASAWAN

Bhn2:

Bahan A
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)



Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur



Bahan C
Kelapa parut dicampur sedikit garam



Loyang 9" atau acuan lompang



Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

Pes Sambal.....


Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua....pes sambal ni Liza dapat dr akak yg jual nasi lemak...nasi lemak dia kan mmg pemes la kat area sini, biasanya dia buka gerai ptg...tp sekejap jer dah licin, kalau pergi lambat alamat tgk bekas kosong je la....

So, ari tu sajer la ngendeng2 kat akk ni cmner dia buat sambal bilis, diapun cakap akk buat cm biasa jer, cuma akk masak mmg lama...lepas2 tu diapun bg la resepi ni....nak tau, moh kita tgk...

RESEPI PES SAMBAL

Bhn2:

3 - 4 biji bwg besar - kisar
4 senduk cili mesin
Segenggam ikan bilis - kisar
Garam, gula dan serbuk perasa
Air asam jawa secukupnya

- tumis bhn kisar dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa, air asam jawa dan kacau sebati.
- masak dgn api perlahan hingga sambal pecah minyak dan sedikit pekat..dlm lebih kurang 1 jam.

Sunday, April 29, 2012

Susu Kocak Oreo....

Ambil dr dapur iResepi, mmg best dan anak2 Liza suka sgt...siap suruh letak oreo bnyak2....hihihihi


RESEPI SUSU KOCAK OREO

Bhn2:

4 sudu teh sirap coklat
8 keping biskut Oreo - dibahagikan
1- 1/2 cawan susu
2 cawan aiskrim perisa vanilla, - dilembutkan
Cara membuat Susu Kocak Oreo
1. Masukkan satu sudu teh sirap coklat kedalam empat gelas.
2. Golekkan gelas supaya coklat membentuk lapisan di bahagian bawah tepi gelas.
3. Hancurkan 4 keping biskut sehingga halus, letakkan di tepi.
4. Masukkan biskut yang selebihnya kedalam pengisar.
5. Campurkan susu dan aiskrim, kisar hingga sebati dan halus.
6. Curahkan kedalam gelas yang telah disediakan, hiasi dengan biskut yang telah dihancurkan.
7. Hidangkan Susu Kocak Oreo dengan segera.

Tips: sejukkan susu dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum digunakan , supaya campuran lebih pekat.


Yang ni angah punya, punya la bnyak oreo ditabur kat atas tu....hihihihihi janji bahagia...

Mee Kari Tulang...


RESEPI MEE KARI TULANG

Bhn2:


7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang = dgg tetel - direbus dahulu
Santan secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis




Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..


Apam Nasi /Apam Salju ...


Assalamualaikum dan salam ceria semua....hari ni buat apam nasi lagi, anak2 n cik hubby mmg suka sgt mkn apam ni....lembut dan sedap....jom la tgk resepi yer...

RESEPI APAM SALJU

Bhn2:

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.




Friday, April 27, 2012

Mexican Bun/ Roti Kopi/ Roti Boy...


Buat lagi mexican bun atas permintaan anak2....tp kali ni Liza letak choc chips...bertambah2 kesedapan roti ni...macam biasa la resepi ni Liza amik dr dapur Lilydvalley MyR...terima kasih sekali lg atas resepi ni yer Lily...kalau nk tgk versi yg Liza buat dulu blh la klik SINI ye..

Moh kita tgk resepi ni...

RESEPI MEXICAN BUN

 Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

 
Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.


Doh Roti

Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.  
Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan





Nasi Goreng USA....


Assalamualaikum wbt....mak aiiiii, jauhnya...USA gitu...hihihihii..tp kan yg peliknya nape pulak org panggil nama nasi grg ni nasi grg USA kan...heran pulak rasanya, ntah kat mana yg nmpk ke'USA'an tu tak tau la pulak....

Ni menu lunch yg Liza buat utk angah sebelum g sekolah hari tu...at least kenyang la jugak anak dara srg tu...jom la kita tgk yer..

RESEPI NASI GORENG USA

Bhn2:

1 cawan nasi goreng - grg la mcm biasa dulu
1 biji telur mata

Bhn2 sayuran ;

Ayam/ sotong/ udang/ lauk2 lain
Sdkt kobis dan bunga kobis - hiris
1/2 btg carrot - potong kecil
2 btg putik jagung - potong kecil
1 btg sawi/ kailan - potong
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 ulas bwg pth - tumbuk/ ketuk
Sdkt tepung jagung - bancuh dgn sdkt air
Garam, gula
Sdkt minyak
Air sdkt

- panaskan minyak dan tumis bwg pth hingga naik bau.
- masukkan ayam/ udang/lauk2 , diikuti dgn sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- masukkan juga sayuran td dan sdkt air utk mengempukkan sayur.
- masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- perasakan dgn garam dan gula dan tutup api.
- sedia dihidang dgn nasi grg dan telur grg.




Thursday, April 26, 2012

Ikan Goreng Perap Sambal Bonda....


Sebenarnya dah lama bebenor Liza masak ikan ni, tp tak tau nak letak nama apa....so, setelah berbincang dan bersepakat dgn Ahli Majlis Tertinggi (hubby n Rina adik Liza) kitaorg setuju la dgn nama resepi ni....hihihihihi ayat poyoo....

Kalau dulu2 arwah ma akan masak ikan style ni guna ikan bawal, tp Liza cuma guna ikan selar je...mmg sedap tak terkata sbb ikan ni diperap dgn sambal sebelum digoreng....

Moh kita tgk resepi ni , pada sesape yg nk menery tu jgnlah malu2 meowww yer, sudi2kanlah mencuba....hihihihii

RESEPI IKAN GORENG PERAP SAMBAL

Bhn2:

2 ekor ikan bawal atau ikan apa2 pun - bersihkan
5 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg putih - tumbuk
6 s/b cili mesin @ lebih - terpulang
Garam dan serbuk perasa
Minyak

- perap bhn2 tumbuk, garam, perasa dan cili mesin dgn ikan selama 2-3 jam.
- panaskan minyak dan grg ikan hingga masak dgn api sederhana..jgn grg api kuat, nnt sambal cepat hangit..
- angkat ikan dan tumis pula sambal lebihan perapan td dgn api perlahan dan curahkan ke atas ikan yg telah digrg td.
- sedap di mkn dgn nasi panas2....



Ikan grg perap sambal ni mmg sedap sbb sambal dah meresap ke dlm isi ikan,biasanya Liza mkn dgn sup sayur jer....perggghhhhh


Super Moist Caramelad Banana CupCake....


Assalamualaikum dan salam manis semua....kek pisang ni Liza buat utk minum ptg semalam, dah lama teringin nk buat kek ni lepas Izah tayang ari tu, tp pisang tak de....so, ngidam la konon2 dan semalam alhamdulillah dapat jugak buat lepas rembat pisang berangan yg cik hubby beli utk mkn....hihihiihihihi

Pada yg belum pernah buat kek ni, ape tunggu lagi, try la....gerenti sedap dgn rasa caramel n pisang yg bergabung....perggghhhhh..

Moh kita tgk resepi yer....kata Izah dia amik resepi ni dr dapur FnF, thnx pada kedua2nya  yer...Liza share kat sini pulak...

RESEPI SUPER CARAMELED BANANA CUPCAKE

Bhn2:


Bahan A



1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar
2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)

Cara2
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
*nota izah* 'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warne perang.
Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

Adunan boleh juga dikukus..


Tuesday, April 24, 2012

Ayam Goreng Berempah....


Ayam berempah versi lain pulak..act macam2 cara org goreng ayam berempah ni kan, terpulang la ikut suka nk buat yang mana...macam Liza sendiri, Liza suka cuba macam2 resepi ayam grg berempah yg Liza jumpa....rasanya lebih kurang jer pada tekak Liza, bg org lain tak tau la...kalau nk tgk resepi ayam grg berempah lain yg Liza pernah buat, boleh la g kat SINI, SINI atau SINI...

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 s/b serbuk jintan manis
1s/b serbuk jintan putih
2 s/b serbuk ketumbar
1 inci kunyit hidup - kisar
11/2 inci halia - kisar
5 ulas bwg putih - kisar
2 biji telur - optional
2 s/b cili mesin
2 btg serai - kisar
Garam, serbuk perasa
Daun kari



- campurkan semua bhn kisar, serbuk jintan manis,srbuk jintan putih, serbuk ketumbar, cili mesin, garam dan perasa.
- gaulkan bersama ayam dan daun kari...perap 2-3 jam atau lebih lama.
- pecahkan telur dan gaul bersama ayam perap td sebelum digoreng.
- goreng la, tunggu ape lagi.....hihiihihhi




Nasi Kuning Aroma Dan Sambal Ikan Tongkol....

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua...pekabar, harap2 semua sihat yer...ye la kan, kang kalau tak sihat terbengkalai pulak la keje2 umah semua tu...sape nak buat, sendiri mau jawab laa....hihihihi

Hari ni Liza nk share menu nasi kuning ngn sambal ikan tongkol yg Liza buat hari tu...nasi kuning ni rasa dia ala2 nasi lemak, enak sgt mkn dgn sambal ikan tongkol ni....


RESEPI NASI KUNING AROMA

Bhn2:

3 cawan beras basmathi / beras biasa - basuh dan toskan
1s/t serbuk kunyit
Beberapa titik pewarna kuning
11/2 biji bawang besar- hiris
1 inci halia - hiris
4 ulas bwg putih - hiris
2 btg serai - ketuk
3 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan / susu cair
Garam, gula
Minyak masak sedikit

- panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan dan  bhn2 hiris hingga naik bau.
- masukkan beras, serbuk kunyit, pewarna kuning, garam, gula, air dan susu cair.
- kacau rata dan biar nasi masak macam biasa.


RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL

Bhn2:

6 ketul ikan tongkol - bersihkan dan rebus bersama garam dan asam keping.
5 biji cilipadi - kisar
4 s/b cili mesin
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 btg serai - hiris /ketuk
3 kuntum bunga lawang
2 s/b gula melaka / gula biasa
Garam, perasa
Minyak

- panaskan minyak, tumis serai, bunga lawang, cili mesin dan bhn kisar hingga wangi.
- masukkan gula melaka / gula biasa, garam, perasa dan kacau sebati.
- akhir sekali masuk ikan rebus td.
- kacau sebati dan boleh la angkat.....



Monday, April 23, 2012

Apam Balik...


Assalamualaikum...dah lama teringin nk buat apam balik sendiri sbb anak2 Liza mmg suka, nak2 apam balik yg crispy tu....So, Liza pun g la cari mana2 resepi apam balik dan terberkenan la kat resepi ni....thnx yer Raidah atas resepi yg marbeles n simple ni....

Tp Liza buat versi nipis dan garing sikit, request anak2...jom kita tgk resepi yer, mana tau ada yg berminat nk buat kan....

RESEPI APAM BALIK

Bhn2:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)
Sedikit garam.
Inti:

1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega

Cara penyediaan:

 
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.

3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.

4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.



** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.
 
 

Sunday, April 22, 2012

Apam Comel Berinti...


Assalamualaikum wbt... dah lama tak buat apam comel2 cmni...act resepi ni Liza amik dr Dapur Mamasya, sebenarnya dulu2 Liza ada tgk kat fp dia, so kira dah lama sebenarnya resepi ni...rasa apam ni sama jer dgn apam dot dot tu, cuma yg ni sukatan dia sikit, jd senang la utk family yg tak ramai, kan..Pada sesape yg berkenan tu, boleh la cuba resepi ni pulak sbb mmg tak akan menghampakan...Liza buat 2 inti, yg putih tu peanut butter dan yg merah tu jem stroberi...

Liza mintak izin share resepi ni kat sini yer Mamasya...

RESEPI APAM COMEL BERINTI

Bhn2:

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.




Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

Saturday, April 21, 2012

Bahulu Cermai...


Ni masa pestime buat bahulu ni, tgk tu ada yg tergelap sikit kejadian dia...hihhihii...ni kes gara2 tak sabar2 nk tunggu siap la ni....nasib baik tak sempat hangit, hihihhii

Bahulu ni Liza bubuh choc rice sikit sbb anak2 suka, diaorg ckp lg rangup...walaupun bhn2 nk buat bahulu ni simple, tp kalau tak kena dgn cara, bahulu ni mmg tak akan menjadi...Liza sendiri pun siap  attend class utk tgk cmner cara yg betul utk buat bahulu ni semata2 kerana kasih dan sayang pada hubby dan anak2....Liza mmg kurenggg kuih2 manis cmni...

Jom kita tgk resepi yer..

RESEPI BAHULU CERMAI ( 40 biji)

Bhn2:

4 biji telur
120gm tpg gandum
1/4 s/t baking powder
1/2 s/t esen vanila / esen ros
80 - 90gm gula kastor - panaskan sekejap hingga suam2
1/2 s/t ovalette - optional


Cara cara (yg ni Liza CnP dr Tuntung MyR sbb sama cara dia)

  1. Pukul telur , ovalette dan gula sehingga kembang dan pekat. -bab ni mmg betul2 penting yer kalau tidak bahulu tak akan mnjadi..
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. - yg ni penting utk elak bahulu melekat kat acuan
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. - suhu oven bergantung pada jenis oven, biasanya 200 C - 250 C


Tips tambahan:

- kalau guna acuan baru, rendam dgn minyak semalaman dan panaskan selama 10 minit, lepas tu buang minyak lebihan ke dlm mangkuk lain.
- acuan yg telah dilengser minyak hendaklah sentiasa dipanaskan sebelum digunakan..maksudnya lepas satu adunan siap, kita keluarkan bahulu tu, sapu minyak kat acuan dan panaskan balik selama 5 minit, pastu keluarkan dan bubuh adunan utk dibakar.
- utk adunan yg masih tak digunakan, kita kena tutup dgn suratkhabar utk elak dr masuk angin.
- kalau nk letak filling, masukkan 1/4 adunan, letak filling dan tutup dgn adunan hingga penuh acuan.
- kalau nk mkn bahulu macam org zaman dulu2, abaikan penggunaan baking powder dan ovalette, bahulu akan jd padat sikit..


Donut Suria....


Donut peberet anak2 Liza, diaorg suka sgt dgn donut yg comel2 cmni....sekali bapak dia mkn, semulut jer...hihihihihii, kelakar pulak bila nengoknya....

Liza memang dah biasa buat donut ni dr dulu lg, zaman masa blm jd blogger lg...ni pun kes selalu dok intai kat dapur Hana yg dok Jepun lg masa tu....donut ni mmg best dan lembut,biasa Liza akan buat bnyak dan simpan dlm fridge...

Moh kita tgk resepi dr Hana yer, kata Hana resepi asal dr Pn Suria Insani...thnx yer pada kedua2nya..

RESEPI DONUT SURIA

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Masak Asam Ikan Mayong / Duri....


Ada tak sape2 yg tak kenal ikan duri / mayong ni...act kan ada org cakap ikan duri ngn mayong ni ikan yg berbeza tp ada jugak org cakap ikan ni sebenarnya ikan yg sama cuma panggilan jer berbeza....ntah la kan, lain ke sama ke , ikan ni tetap menjadi poooojaaaan hatiku.....hihihihi


Ikan ni mmg sedap kalau masak asam cmni, bubuh kuah bnyak2, lepas tu hirup....pergggghhhhh

RESEPI MASAK ASAM IKAN MAYONG / DURI

Bhn2:

6 keping ikan mayong / duri - bersihkan
1 inci kunyit hidup - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
4 ulas bwg merah - tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - tumbuk halus
2 s/b cili mesin
2 - 3 keping asam keping
Daun kesum - letak bnyak2 pun tak pe, lg sedap...
Garam, serbuk perasa
Air secukupnya - utk kuah

- masukkan semua kecuali daun kesum ke dlm periuk dan masak hingga didih.
- masukkan daun kesum dan masak hingga ikan masak.
- dah siap dah, sedapnya mkn ngn nasi panas2.....



Siakap Sos Daun Limau Purut....


Assalamualaikum dan salam dihujung minggu semua....resepi ikan ni Liza amik dr dapur Kak Yati, mmg best mkn ngn nasi panas2...Liza rasa ikan apa2 pun sesuai masak cmni, gerenti sekejap jer licin pinggan tu dan gerenti tak cukup nasi dlm periuk....hihihihihihi

Moh kita terus tgk resepi yer, tuan umah nk keluar jap, ada hal....terimakaseh daun keladi Kak Yati, Liza share resepi kat sini pulak utk rujukan akan dtg....mintak halal yer kak...

RESEPI SIAKAP SOS DAUN LIMAU PURUT

Bhn2:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 biji bawang besar - chopped
  • 1 inci halia - hiris halus
  • 4 sudu makan cili boh
  • 4 sudu sos ikan Namphla
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 helai daun limau purut- hiris halus
  • 4 sudu besar jus limau kasturi
  • tepung jagung utk goreng ikan,
  • 1/2 cawan air + 1 sudu besar tpng jagung
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub pati ikan bilis maggie
  • 6 biji cili padi - hiris halus
Cara-Cara:

  1. Cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
  2. lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
  3. Goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.



Utk Sos:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
  2. masukkan cili boh - tumis smpai garing
  3. Masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
  4. Masukkan cili padi yg dihiris
  5. Perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
  6. dan masukkan air
  7. Lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
  8. bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.
*if taknak guna cili boh pun boleh, nanti sos ni jadi warna kuning2 mcm tu..sedap jugak. rase die same je, cume warna je lain :)

Friday, April 20, 2012

Thosai Rawa dan Chutney Kelapa...

Assalamualaikum wbt dan selamat mlm semua....dah lama betul tak jenguk dapur ni, biase la keadaan yg tak mengizinkan...terima kaseh pada teman2 yg sudi tinggalkan komen kat blog Liza ni, dan seribu kemaafan dipohon kerana tak berkesempatan mmbuat kunjungan balas...nnt ada masa Liza g terjah yer...ekekekeke


Dah dinner ke belum, meh dinner tosai ngn Liza...sedaaap jugak sesekali tukar selera...sebenarnya ni kes terliur tgk kat dapur Kak Ros ari tu...sebelum ni tak tau pun ada tosai rawa yg instant, lepas Kak Ros bgtau, terus la g cari tepung instant tu...tp Liza tak berapa pandai nk agak air tu, mula2 buat mmg nmpk sgt ketebalan tosai tu, tak pe la cepat sikit kenyang....hiihihihi

Liza buat cm tips Kak Ros bg, tumis dulu biji sawi dan daun kari, pastu baru masukkan dlm kelapa tu...mmg sedap n wangi bau chutney kelapa tu...

RESEPI CHUTNEY KELAPA

Bhn2:
100 grm kelapa parut agak putih
* 10 biji cili hijau dipotong kecil (cili hijau yang digunakan ada yang kecil dan ada yang besar sebab tu P.Ros guna 10 biji)

* 1 sudu besar sour cream
* Garam dan gula secukup rasa
* 1/2 cawan air panas
Cara menyediakan
1- Masukkan kesemua bahan kedalam blender dan mesin sampai halus.Tuang kedalam mangkuk dan tambah garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidang bersama tosai.
Nota: Tips dari kak Treat And Trick yang ditinggalkan kat coment box..tumis sedikit biji sawi dan daun kari dan siram atas chutney kelapa yang dah siap.Pasti lagi sedap.(Thank you kak)


Lenkali Liza nk masak tosai ni garing cm Kak Ros la, baru cantik kan, bkn ape sebenarnya, Liza takut terlebih garing pulak....ecececeh cover line la tuuu....hihihihi

Sunday, April 15, 2012

Char Kuetiaw....


Assalamualaikm dan salam sayang semua.....ni menu dinner kitaorg mlm td...cm biasa Liza tak letak kerang sbb anak2 tak suka...ni request dr abang, dah lama tak makan katanya....uminya ikut ajer, yer la hari ni dia dh nk balik hostel....kang teringat2 pulak, kan...

Liza dah pernah buat char kuetiaw ni kat SINI...kicap campur mmg Liza selalu buat bnyk dan simpan dlm fridge..bila2 jer nk buat char kuetiaw senang kan....ok lah moh kita intai resepi yer....


RESEPI CHAR KUETIAW

Bhn2:

Cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur *
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang - Liza xletak
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh


Cara2 :

- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...

BHN2 KICAP CAMPUR MAS


1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1 cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto

BHN2 KICAP CAMPUR 2Bhn2

Kicap manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air
- semua bhn diatas Liza agak2 sama banyak, garam xyah letak sbb sos ikan dgn sos tiram dah masin...perasa pun dlm 1s/t.
- masak semua bhn di atas hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.

Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....





Saturday, April 14, 2012

Chocolate Velvet Cake...Happy Birthday My Little Princess Yana


Assalamualaikum wbt...hari ni 140412 genaplah umur Yana 4 thn...alhamdulillah kek yg dia request mampu Liza siapkan walaupun tak seberapa...almaklumlah, tgn tak bedung masa kecik2 dulu, ni kira bukan salah ibu mengandung la kan....hiihhhi

Sebenarnya dah lama dok terliur nk rasa kek sibaldu merah yg pemes tu...tp takut pulak bila tgk kaler merah dia tu...last2 sbb nak sgt rasa cmner rasa kek tu, Liza tukarkan kaler merah tu dgn kaler coklat...at least dapat jugak la rasa kek yg pemes tu kan...

Resepi Liza amik dr dapur K1, mmg sedap n gebu macam baldu...hihiihi, thnx bebanyak yer K1,Liza minta izin tempek resepi kat sini pulak...

RESEPI CHOC. VELVET CAKE


Bhn2 A:

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1s/t baking soda
- semua bhn diayak dan disatukan

Bhn2 B:

170 gm mentega
350gm gula kastor
2 s/t esen vanila
3 biji telur A

Bhn2 C:

350 ml whipping krim / yogurt
1s/b cuka/jus lemon
21/2 s/b pewarna coklat
- satukan semua bhn diatas dan biarkan 10 minit.

Topping Cream Cheese:

250gm cream cheese
80gm gula icing
1s/t esen vanila
180 ml whipping krim

- pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping krim sedikit2, pukul hingga rata dan tidak berketul.
- siap utk digunakan.

- menghasilkan kek bersaiz 9" dan cupcake sedang sebanyak 30 biji.

Cara2;

- panaskan oven 180C dan sediakan loyang atau cawan kertas.
- pukul bhn2 B hingga kembang dan masukkan telur sebiji sebiji diikuti bhn A dan bhn C secara selang seli, pukul hingga sebati.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega atau sudukan 2/3 adunan ke dlm cawan kertas.
- bakar hingga masak selama 40-45 minit bg kek dan 20-25 minit bg cupcake.



Upacara memecah kek dimulakan dgn lafaz Bismillah...semoga adik diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan semoga menjadi anak yg solehah dan dilindungi dunia dan akhirat...semoga adik juga sentiasa berjaya di dlm segala cita2 dan impian adik bila besar nnti....Aminnnn






Wednesday, April 11, 2012

Ayam Panggang BlackPepper...


Jom kita mkn ala2 diet hari ni...hihihi, sebenarnya dah lama dah Liza buat ayam ni, maknanya dh jadi baja gitew....hiihihi
Kalau nk mkn ngn nasi ayam pun sodap ni, rasa pedas2 lada hitam tu blh jugak buang angin sepoi2 bahasa dlm badan tu...eerrkkkk, aaa kan dah keluar...muahahahaha

Time2 cuti ni tak boleh nk bebel panjang, manyak kije wooo....jom kita layan resepi pulak...


RESEPI AYAM PANGGANG BLACK PEPPER
Bhn2:

1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
1 inci halia - ketuk sikit
Air
- rebus semua bhn diatas hingga ayam 1/2 masak

Bhn perap:

2 ulas bwg pth - tumbuk
2s/b lada hitam - tumbuk
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan madu
- perap semua bhn diatas dgn ayam dan biarkan selama 2-3 jam baru dibakar, perap lg lama lg sedap..
- bakar 180C selama lebih kurang 20- 30 minit atau hingga ayam betul2 masak....