Saturday, April 21, 2012

Donut Suria....


Donut peberet anak2 Liza, diaorg suka sgt dgn donut yg comel2 cmni....sekali bapak dia mkn, semulut jer...hihihihihii, kelakar pulak bila nengoknya....

Liza memang dah biasa buat donut ni dr dulu lg, zaman masa blm jd blogger lg...ni pun kes selalu dok intai kat dapur Hana yg dok Jepun lg masa tu....donut ni mmg best dan lembut,biasa Liza akan buat bnyak dan simpan dlm fridge...

Moh kita tgk resepi dr Hana yer, kata Hana resepi asal dr Pn Suria Insani...thnx yer pada kedua2nya..

RESEPI DONUT SURIA

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

7 comments:

  1. mas pun suka donut nie...
    memang terbaikkkkk........

    ReplyDelete
  2. wahhh berdesup Mas dtg yer, bestnya la jd cm Mas, mkn xyah sibuk2 nk cntrol kan...hihihihhi

    ReplyDelete
  3. salam kenal dik,nak mengintai dapur ni tengok ada tak lagi donut gebus tu hehe

    ReplyDelete
  4. cheq sue lak kalau donat sesaje nak buat xde makna lah... mesti rasa nak makan baru boleh buat, kalau tak memang x pandang la... tapi untuk cuba blh masuk list lah :)

    ReplyDelete
  5. salam kak liza ^^
    tun dh lama x mendonat.. kene tunggu aura mendonat dtg dulu. skrg tgh aura menge-pau. hihi....
    nk mintak sebijik! saje hilangkan teringin. hihi

    ReplyDelete
  6. Kak Liza,gue nak donat...nak buat minum petang..

    ReplyDelete