Friday, January 11, 2013

Kek Coklat Kukus Lembut Munira..

Kek coklat kukus ni dah ramai yg buat kan, tp mcm biase la Liza ni selalu tertinggal...hiihhii. nak buek camno kan, pjg sgt listnya....kek ni mmg lembut selembutnya, masuk je mulut kalau tak nak kunyah pun tak pe, telan je terus, ala2 pakcik makcik yg takde gigi tuu....ihihii



Resepi ni Liza ambik dr dapur Kak Noormasri, tp Liza tak buat deko ape pun, sesekali nak jugak rasa kek yg simple cmni je...cuma hari tu kitaorg mkn dgn eskrem vanila dgn stroberi filling, fuhhhh terangkat bebb....hahaahaha

Jom kita tgk resepi ye, sape yg nak rasa tu boleh lah cuba buat nnt...

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBUT MUNIRA

Bhn2:

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje ( Liza pun)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah ( Liza pun tambah)

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender
(tapi akak pukul hingga kembang), Liza blend jeCara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap





3 comments:

  1. menggoda betol..lagi2 ngan eskrem tu...ssllluurrpppp

    ReplyDelete
  2. Apa khabar liza? Kek ni la kek pertama akk buat masa baru belajar kek. Tak jemu rasanya kan?

    ReplyDelete
  3. Liza cayanggg.... ada lagi tak kek tu? Sukanya makan kek coklat yang dikukus, yang moist begini...memang tak sedar 1/4 loyang boleh habis!

    ReplyDelete