Tuesday, January 15, 2013

Cotton Chocolate Mousse Cake....

Hari tu dok cari2 resepi kek yg best, yg rasa dia lain dr yg lain...nak buat kek eskrem, rasanya mmg dah boleh agak dah...so, cari punya cari jumpalah resepi kek ni yg katan tuan empunya ni lg best dr kek eskrem...so, tunggu apa lagi, bermula lah acara kotorkan dapur...hihihii

Disebabkan nak sgt rasa kek yg berlainan, Liza mmg ikut resepi ni sebiji2, tak ubah apa2 pun...fullamak, cer try buat, sedap weeiiii, anak2 tak abis2 dok angkut, umi dia pn join sekali...dan yg pnting hubby pun suka kek ni, dia cakap ala2 mkn kat hotel pulok....hihihii kembang setaman hidung bini dia...


Resepi ni Liza skodeng kat dapur NURI, kat sini kan bnyak koleksi kek yg cantik n sedap...tak caya cuba lah jenguk dapur dia..gerenti tak nyesal..

Liza mintak izin share resepi kek ni kat sini ye Nuri..thnx

RESEPI CHOC COTTON CAKE

Bhn2: ( Loyang 7")

60gm butter
75gm susu cair
4 biji telur Gred A - asingkn putih & kuning
55gm tepung gandum*
15gm serbuk koko*
1/2 cwn gula pasir halus.. klau suka manis bleh tambah sedikit lg
- ayak bersama bahan2 bertanda *


Cara2
1. Pukul putih telur hgga berbuih. Masukkn gula sedikit demi sedikit. Pukul lg hgga putih telur kental & bertanduk apabila mixer diangkat. Klau mangkuk adunan tu diterbalikkan, adunan putih telur tidak akan jatuh ( jd meringue). Ketepikan jap
Pastikan peralatan tuk menghasilkn meringue ni bersih, x berminyak & x basah serta xde kuning telur yg termasuk dlm putih telur semasa proses mengasingkan kuning & putih telur tu

2. Pukul manja kuning telur ngn sudu @ garfu. Ketepikan jap

3. Panaskn butter hgga mendidih. Gunakan api yg perlahan. Apabila dh mendidih tu, tutup api & masukkn campuran tepung + serbuk koko. Kacau sebati & ketepikan

4. Dlm periuk @ pan lain, panaskn susu hgga suam2 kuku. Tutup api. Masukkn susu ke dalam mangkuk kuning telur. Kacau sebati
5. Masukkn adunan susu (dr Langkah 4) ke dalam adunan koko (dr Langkah 3). Kacau sebati

6. Ambil 1/3 adunan meringue & masukkn dlm adunan koko + susu (dr Langkah 5). Kaup-balikkn hgga sebati.

7. Masukkan adunan dr Langkah 6 ke dlm mangkuk adunan meringue. Kaup-balikkan hgga sebati

8. Tuang adunan ke dlam loyang yg telah digris & dialas kertas. Bakar cara bain-marie @ steam bath selama 45 - 60 minit pada suhu 160'C. Suhu & masa membakar bergantung pd oven masing2. 40 minit pertama akak guna api bawah sahaja & 10 minit terakhir akak guna api atas bawah - Liza pun buat cara ni

Biar kek selama 5 minit dlm oven selepas kek masak. Pastu keluarkn loyang & terus telangkupkan atas redai dlm 10 minit. Apabila kek dah sejuk sedikit, bleh la keluarkan kek dr loyang.

Sementara tu boleh lah kita buat choc mousse dia pulak ye..


RESEPI CHOC MOUSSE

Bhn2:

1 tbsp gelatin
1 /4 cwn air
1 1/3 cwn susu segar
1 1/2 tbsp susu pekat
1/3 cwn serbuk koko - ayakkan
50gm dark cooking chocolate - akak guna choc coating -cairkan cara double-boil
1 1/2 cwn non-dairy whipping cream -
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Taburkan gelatin dlm air. Pastu double-boilkn hgga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan jap

2. Pukul non-dairy whipping cream hgga kental. Masukkn kejap dlm fridge
3. Dlam mangkuk lain, pukul susu segar, susu cair, serbuk koko, coklat cair & esen vanila hgga sebati. Masukkn gelatin yg telah dicairkan td sedikit demi sedikit sambil terus pukul ngn kelajuan perlahan..
4. Masukkn 1/3 drpd whipping cream ke dalam adunan coklat dr Langkah 4. Pukul sebati dgn kelajuan perlahan.
5. Masukkan adunan dr Langkah 5 ke dlam baki whipping cream. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan. Ketepikan jap
6. Liza simpan dlm fridge dlm 15 minit sebelum sapu kat kek sbb mousse ni cair sikit..


Kalau nak tgk step by step cara melapis kek ni, klik je kat link atas tu ye...

7 comments:

  1. Salam kak liza.. menitik air liur atas keyboard nengok cake nih. huhu... mousse dia tu pejal x kak? dulukan, tun buat mcm pejal sket la, mcm mkn jelly jadinyer. tp resepi lain la.

    ReplyDelete
  2. Alamak.... tertinggal jauh dah ilmu mengekek ni, minggu lepas ikut kelas buat kek cherry & strawberry mousse tapi sampai rumah tak buat! Cantiklah kejadian keknya tu Liza...

    ReplyDelete
  3. hhmmm.. kek mousse ni mmg sedap.. tp tak pernah wt sendiri lagi.. hihih.. belum ada kerajinan..

    p/s: akak dah wat ikan goreng pedas ala niara tu.. mmg best! TQ resepinya yer..

    ReplyDelete
  4. cantik kek nya kak .. kalo boleh rasa sepotong kan lagi bagus..hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya akak...mesti anak2 suka ni

    ReplyDelete
  6. choc mousse tu menarik betul kak, saya ambik resepi ni boleh ye kak...nak cuba muat pulak

    ReplyDelete