Thursday, October 26, 2017
Kerepek Popia Cheese Terlajak Sedap..
Sebenarnya dah lama anak2 minta suruh buatkan popia cheese ni tapi saka M besar sangat,hihii..tapi bila tgk fren Lina upload kat IG, maka hati meronta2 nak cuba buat..jadi dgn semangat membara g la beli nachos cheese powder. sedap yg amat...mmg makan tak hengat, yg penting nak buat pun senang je
Jom tgk resepi Lina kat bawah..
KEREPEK POPIA CHEESE TERLAJAK SEDAP
Bahan2:
1 paket kulit popia
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana) Sedikit gula kastor
Sedikit serbuk cili
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in)
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).
Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Terpulang nak letak banyak mana. Simpan kerepek popia cheese dalam balang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Guna cheese yg mcm mana ea?
Serbuk cheese je
cheese powder tu nak beli kat mane ye ?
tq resepi.halalkan ye
Kat rakan ada jual sis
Cheese powder yg utk sauce cheese tu ke?
Gula kastor untuk ape ye sis?
Klau bubuh serbuk perencah sedikit boleh ke agar citarasanya ada sedikit kelainan ?
Ada di jual kat pasar-raya,kedai runcit ada,
Serbuk cili ape ye sis?
A very excellent blog post. I am thankful for your blog post. I have found a lot of approaches after visiting your post. Download Deskgram for free. Deskgram helps you to upload photos and videos to Instagram from your PC.
Kalau x dk serbuk cili ok ke sis
Post a Comment