Wednesday, August 27, 2014
Lempuk Durian n Tempoyak Homemade...
Ni salah satu makanan yg jadi peberet Liza...kalau masa budak2 dulu arwah nenek selalu buatkan utk kitaorg kalau tiba musim durian, kalau tak dapat balik kampong pun arwah akan datang ke rumah bawak macam2 jenis buahan dr dusun..seronok sangat masa tu, tapi sekarang semua tu dah jadi kenangan, ..semoga arwah mok dan arwah chik ditempatkan di kalangan mereka yg dikasihi Allah..Aamiin
Bila arwah moh dah takde, che ngah pulok yg selalu buat lempuk ni utk kitaorg anak2 sedara dia, jadi Liza belajar dr dia la, Alhamdulillah mmg sedap, cuma yg tak sanggup tu sbb terpaksa berdiri lama nak kacau sampai betul2 jadi likat..
Yang jual biasanya mmg akan tambah tepung sikit kan, tapi kalau buat sendiri ni, mmg lagi sedap la sbb hanya ada campuran durian dan gula semata2, takde campuran lain pun..kalau tak caya cuba buat..
Hari tu suruh hubby beli durian semata2 utk buat lempuk ni sbb dah lama rasanya tak makan..nak tau kenapa lempuk ni mahal, sebab pertamanya, caya tak Liza guna 15 biji durian tapi hanya dapat 2 bekas mcm kat atas tu je,, sebab keduanya kena kacau lama dgn api perlahan samapi dia jadi likat dan kaler berubah cmtu..jadi tak payah lah nak pertikaikan kenapa lempuk ni mahal ye..kalau kita buat sendiri baru kita akan tau..
Liza tulis jugak la resepi ye, mana tau ada yg nk try buat..
RESEPI LEMPUK HOMEMADE..
Bhn2:
15 biji durian - ambil isinya sahaja
Gula secukup rasa - agak2 ikut manis yg kita nak
- masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
- sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
- kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
- bubuh dalam bekas dan sejukkan..
- lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..
Liza cuba jugak utk buat tempoyak, kiranya ni pestime Liza buat tau, selalu dok angkut yg che ngah buat je...hihihii
Takde la susah pun kan, ambil isi durian, gaulkan dgn sedikit garam dan gula, peram dalam bekas bertutup dalam 2-3 hari..sentiasa buang air yg berkumpul kat dalam bekas tu..lepas tu boleh simpan dalam petiais..dah boleh guna ye..
Bread Butter Pudding...
Dah lama sangat rasanya tak buat puding roti ni,jadi semalam dok godek2 resepi kesukaan family ni , masih menggunakan resepi marbeles dari Chef Asma, tapi kali ni Liza ikut sukatan dr dapur Anna, terima kasih Anna n chef..kalau nak tengok resepi asal, boleh klik SINI ye...
RESEPI BREAD BUTTER PUDDING
Bhn2:
(A)
- 10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
- 250g butter (*Ana letak anggaran je)
- 250g kismis
- serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
(B) Filling kastard /*separuh adunan
- 1 liter fresh milk / *500ml fresh milk
- 200g gula castor / *100g gula kastor
- 10 biji telur / *5 biji telur gred A
- 1 tsp esen vanilla / *1/2 sdt esen vanila
Cara2nya:
- Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
- Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
- Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
- Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
- Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
- Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.
Cara2 buat filling:
- Campurkan kesemua bahan
- Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.
VANILA SOS
Bahan2 / * separuh adunan
(A)
- 1 liter fresh milk / *500ml fresh milk
- 200g gula kastor / *100g gula kastor
- 1/2 tsp esen vanilla / *1/4sdt esen vanila
(B)
- 40g custard powder /*20g tepung kastard
- 250ml air / *125ml air masak
Cara2nya:
- Panaskan bahan(A) sehingga mendidih
- Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
- Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)
Kek Kapal Terbang / Plane Cake..
Assalamualaikum wbt...atas permintaan anak bujang yg nakkan umi dia ni buat kek kapal terbang 3D, maka terhasillah kek yg keras tangan ni...hiii
Dengan deko yg tak berapa kemas, Liza tetap berpuashati sbb dapat jugak sediakan kek ni utk brthday dia ari tu..ye la kan, org tak pernah nak ambil tahu ttg fondant, macam ni la..mmg terkial2 jugak la nak handle fondant tu sbb tak biasa..kalau org yg dah pro, mst pejam mata je buat kek 3D cmni kan..
Kat dalam tu Liza gunakan brownies nutella, nnt Liza masukkan resepi kt entri lain ye..
Selamat Hari Lahir utk Abang, semoga sentiasa menjadi insan yg terbaik dunia dan akhirat...Aamiin
Monday, August 25, 2014
Siro Labu...
Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...ari ni hujan lebat membasahi bumi Batang Kali dr pagi lagi..Alhamdulillah , sekurang2nya sejuk jugak la kan..tapi bila dah sejuk2 mcm ni rasa malas la pulak...hihii
Siro labu ni mmg pemes kat Kelate kalau musim orang kahwin..tapi sekarang macam dah tak de org buat dah, mungkin jugak peredaran masa membuatkan kita tinggalkan apa yg nenek moyang kita buat dulu...sebab kalau dulu makanan pun dihidangkan, sekarang semua buffet kan..semua dah senang sekarang..
Hubby Liza mmg suka sgt dgn siro labu ni, tapi kena jarang2 makan jugak iye, angin la katakan...hihi
Bagi yg tak pernah rasa dan nak merasa tu, jom kita tgk reepi kat bawah ye, sukatan gula boleh dikurangkan ikut selera masing2 ye..Liza main agak2 je
RESEPI SIRO LABU
Bhn2:
Sebiji labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit gula
4 biji bunga cengkih
Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2 lagi..
Thursday, August 21, 2014
Mexican Bun..
Tak tau kali yg ke berapa dah buat roti ni, anak2 suka..masa bakar tu, harum semerbak rumah dgn bau kopi...perghhhh
Liza masih menggunakan resepi yg sama dr Lilydvalley, mmg puashati dengan hasilnya...sama yg nak cuba buat, jom kita tgk resepi kat bawah ye..
RESEPI MEXICAN BUN
Bhn2:
Cara-cara
Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika
menggunakannya) dan gaul rata lagi. Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli
lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling
selama 10 min.
Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling.
Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn
mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top
center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15
min atau sehingga bun keperangan
- Liza gunakan BM utk uli doh, malas punya pasal..hihii
- Liza juga tmbah choc chips kat atas tu..
Masak Tempoyak Ikan Patin Temerloh...
Ikan patin ni mmg beli kat Temerloh ye ,yg terkenal dgn nama bandar ikan patin..otw balik dr Kuantan hari tu, hubby ajak jalan2 cari makan kat Temerloh, jadi kitaorg singgah makan tempoyak ikan patin ni kat salah satu restoran di Temerloh, lupa pulak nama kedai tu..Liza sebenarnya mmg betul2 terkejut sebab hubby ngn anak2 berselera sungguh makan ari tu, ye la selama ni kalau tempoyak mmg Liza je yg makan, tapi hari tuuu, huhhh sendiri mau ingat la, siap tambah nasi lagi..hihihi
So, lepas makan tu hubby decide utk beli ikan patin ni, mmg sepanjang jalan kat area Temerloh tu banyak gerai yg jual ikan patin hidup ni..kitaorg beli hari tu dlm RM15 sekilo, dapat la 2 ekor sbb tu je yg tinggal, dlm RM30..
Bila dah ada ikan patin, mulalah nk kena masak kan, jadi hari tu tertengok Sharifah Sakinah masak dlm Ketuk2 Ramadan, nmpak cm senang je, bhn2 pun dah ada, apalagi tunggu...hihii
RESEPI MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN TEMERLOH
Bhn2:
1 ekor ikan patin - bersihkan dan potong keping
11/2 inci kunyit hidup *
7-8 biji cili api *- boleh lebih @kurangkan
Seikat daun kesum - kalau nk lebihkan pun xpe
4 s/b tempoyak
Air secukupnya
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
- tumbuk bhn bertanda * hingga lumat, masukkan ke dlm periuk bersama air.
- masukkan juga ikan, asam keping dan tempoyak, biar mendidih..
- masukkan garam dan daun kesum..
- masak lagi hingga semua rasa sebati..
- tutup api dan boleh lah dihidangkan..
- sedapppp
Kuih Keria....
Assalamualaikum wbt...buat lagi kuih keria ni sbb peberet family..angah suka sgt makan kepingan gula tu, lepas habis baru dia gigit kuih tu...hihii, macam2 pesen..Liza nak ucapkan terima kasih pada Kak Yati sbb Liza ambik resepi ni kat dapur dia ye...walaupun pada dasarnya asas kuih ni sama dgn cek mek atau cucur badak, tapi cara utk hasilkan gula tu yg penting, kalau silap step mmg tak kan jadi gula yg berkerak tu...
Liza pun bnyak kali cuba baru menjadi, so moral of the story, jgn cepat putus asa ok..cuba dan terus cuba, practice make perfect..
RESEPI KUIH KERIA
Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air
Cara-Caranya
- Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
- Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
- Rebus hingga lembut.
- Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
- Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
- Goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
- Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
- Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
Monday, August 18, 2014
Lompang Gula Melaka / Kuih Lesung Pipit.....
Ni kali pertama Liza buat kuih lompang ni, kalau dulu2 arwah ma selalu buat, jadi secara automatiknya malas la nak belajar buat sendiri kan...dan sebenarnya jugak dah bertahun2 Liza tak makan kuih ni, sebabnya Liza mmg tak suka makan kuih beli dan utk buat sendiri kuih ni mmg Liza takut, takut tak menjadi lesung pipit yg dalam tu...hihii
Dan dgn rasa semangat nak makan, hihii, Liza cuba jugak buat bila tgk rata2 kawan2 yg buat guna resepi ni semuanya menjadi dgn jayanya, so apalagi, terus godek bhn n kukus...masa kukus tu pulak, tak habis2 mengintai , bila tgk terjadinya lesung pipit tu, hanya Allah saja yg tahu perasaan gembira tu..mmg tak sia2 penantian bertahun2 utk buat kuih lompang ni...hihii
Resepi ni Liza skodeng kat dapur MyR, hasil dr sweetlilly01..terima kasih ye pada tuan empunya resepi..
RESEPI LOMPANG GULA MELAKA
Bhn2:
Cara-cara
- - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
- satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
- kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
- tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
- kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
- hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.
Comel kan lesung pipit dia...hihihi
Ayam Panggang Lemak Manis n the gang...
Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua...pada kengkawan yg berpuasa sunat hari ni, selamat berpuasa Liza ucapkan ye...semoga amalan kita diterima Allah swt, Aamiin..
Dah lama bebenor rasanya tak buat ayam panggang yg sedap ni..hari tu mmg plan nak buat pulut kuning utk kakak sempena dah khatam Quran, jadi terfikir2 la nak mkn dgn apa selain dr rendang..Jadi teringatlah ayam panggang ni, mmg best dan sesuai sgt utk mkin dgn pulut kuning atau nasi berperisa jugak, nasi putih pun boleh...
Resepi asal dr Papajoh yg mmg popular tu, terima kasih ye chef atas resepi yg dh jadi peberet family Liza ni..jom kita tgk resepi, mana tau boleh buat utk berbuka ptg nnt kan..
RESEPI AYAM PANGGANG LEMAK MANIS
Bhn2:
1 whole Chicken cut in halves.- Liza potong kecik2
15 - 20 shallots (Blend/Kisar)
4 Red Chillies (Blend/Kisar)
4 pcs Kafir Lime leaves (Daun Limau perut)
4 candle nuts ( buah keras)- Liza tumbuk halus
200gm Coconut Milk (Santan)
2 cm Galangal (Lengkuas) (Blend/Kisar)
2 cm Fresh Tumeric (Blend/Kisar)
3 pcs Lemon grass (Serai) - ketuk
3 pcs of screwpine leaves (Daun Pandan) - simpul
Salt & Sugar for taste
4 table spoon of Oil
Heat oil in the wok, add lemon grass and pandan leaves. Add the blend spices and cooked till the aroma rises. Add the chicken, cook for 15/20 mins on medium heat add the coconut milk and cook for another 10mins. Take the chicken out and place on oven tray.
Grilled chicken for 20 to 25 mins in the oven @180C or grilled on charcoal. Garnish with coriander leaves and fresh salad.
- panaskan sedkit minyak, tumis serai dan daun pandan, bila dah wangi, masukkan bhn2 kisar dan daun limau purut dan masak lg hingga wangi..
- masukkan garam dan gula secukup rasa, lepas tu masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak lbh kurang 15-20 minit.
- lepas tu masukkan santan dan masak lg dlm 10 minit.
- keluarkan ayam dan letak atas tray dan bakar dlm oven 20-25 minit, 180C atau hingga ayam masak...
- boleh lah dihidang dgn nasi putih...walllaaaa
Ni lah pulut kuning gandingan dgn ayam panggang lemak manis ni, sedap meletopp...perghhh
Friday, August 15, 2014
Mee Kari...
Sebenarnya ni mee kari yg Liza buat utk iftar Ramadan ari tu...hihii, lupa daaa nk masukkan entry kat sini...resepi masih mcm biasa yg pernah Liza buat, cuma kali ni Liza campak2 je lauk yang ada kat dlm peti..
RESEPI MEE KARI
Bhn2:
7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang = dgg tetel - direbus dahulu - xletak
Santan secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
Bhn2 sampingan
250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis
Cara buat kuah :
- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..
Donut Gebu tanpa telur...
Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat utk semua kengkawan yg Liza sayangi...syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah yg indah ini...
Pertama sekali Liza nak mengucapkan jutaan terima kasih pada sahabat alam maya Fina yg sudi berkongsi resepi donut ni...sahabat ni mmg tak pernah lokek mencurahkan ilmu kpd mereka yg bertanya, walaupun dia juga menggunakan resepi tersebut utk berbisnes...semoga Fina terus dilimpahkan rezeki yg murah dan diberikan kesihatan yg baik...Aamiin
Dengan izin Fina, Liza tempekkan resepi yg dishare tapi mcm biasa la, nak jugakkk derhaka....hihihi sori ye Fina
RESEPI DONUT GEBU
Bhn2:
1kg tepung gandum - Liza guna tpg high protein
1 bungkus yis kering - guna saf instant
175gm mentega
Secubit garam
4 s/b gula
4 s/b minyak yg telah digunakan -Liza guna minyak yg belum guna
600 ml air
1 s/k bread improver - Liza tambah
1 s/k baking powder - Liza tambah
1 s/k ovalette - Liza tambah
- satukan semua bhn kering KECUALI air dan minyak.
- masukkan air sdkt2 sambil uli, lepas tu masukkan minyak dan uli hingga jadi doh..
- bulat2kan ikut saiz yg kita nak, tutup dgn kain hingga doh naik dalam 15-20 minit..
- buat lubang ditengah doh menggunakan jari yg dicelup minyak ( utk mengelakkan doh melekat) atau guna penutup botol mineral..
- panaskan minyak dan grg donut tadi hingga kekuningan dgn api sederhana besar..
- angkat dan sejukkan sebelum digaul dgn gula atau dicelup dgn coklat..
Donut ni mmg gebu n lembut, cuba tengok ...betul kan, I likeeeee..
Thursday, August 7, 2014
Famous Amer Chocolate Chips....
Alhamdulillah dapat jugak merasa biskut dr Chef Amer yg tersohor tu, ooppps bukan Chef Amer bagi ye tapi Chef Amer punya resepi....thnx chef, mmg sedap terangkat...
Resepi ni Liza dapat dr blog Kak Wan, terima kasih ye kak sebab panjangkan resepi ni...
Ok, jom kita terus tgk resepi ye...
RESEPI FAMOUS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES
Bahan
A
200 gm
mentega
50 gm
shortening70 gm gula pasir
90 gm
gula perang
1 sudu
teh esen vanilla1 biji telur + 1 kuning telur + 1 sudu besar susu cair
Bahan B – satukan
300 gm
tepung gandum - resepi asal 330gm
10 gm
serbuk koko
30 gm
susu tepung1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm chocolate chips
100 gm coklat susu – sagat
80 gm almond flakes/almond nib (sangai dulu)
60 gm cornflakes – ramas kasar
Caranya
1.
Bahan A : Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan
susu cair, esen vanilla dan telur. Pukul hingga sebati.
2.
Bahan B : Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Gaul bersama bahan2 lain di dalam mangkuk.
3.
Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil doh
sebesar ibu jari dan susun di dalam pembakar. Jarak untuk biskut
mengembang.
4. Bakar
di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit
- Liza buat besar2 macam dlm gambar tu dapat dlm 115 keping...
Kek Red Velvet....
Assalamualaikum wbt dan salam lebaran buat semua...mst ada yg dok merancang nak buat rumah terbuka hujung minggu ni kan, menu apa agaknya utk tahun ni ye, mmg pening kepala kan...hihii
Ok lah, tuan rumah ni sibuk sikit, jadi kita terus pada kek red velvet yg Liza buat ni ye...kek ni saje je buat utk makan2 family sbb anak2 mmg suka sgt dgn kelembutan kek ni...Liza buat satu adunan ni, dapat jugak la bagikan pada jiran utk merasa...
Resepi masih setia menggunakan resepi dr Anna yg comei lote tu..thnx ye Anna...
RESEPI KEK RED VELVET
Bhn2:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam
B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor
C:
2 biji telur (gred B)
D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah
E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
CARA-CARA:
- Ayak (A)-ketepikan
- Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
- Masukkan (D)-pukul hingga sebati
- Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
- Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
- Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
- Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
RESEPI KRIM CHEESE :
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste
Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda
Konon2 nak buat bunga carnation, tapi hampehhh....hihihi