Friday, March 30, 2012
Nasi Goreng Sardin dan Telur Dadar Ayam...
Nasi goreng sardin yg mmg family Liza suka sangat la...bila2 masa pun diaorg akan mkn bertambah2...kadang2 tu cik hubby yg request bila Liza dah lama xbuat....resepi ni simple jer, tp best...bg yg takut dgn bau hanyir ikan sardin tu, sebaik2nya masak la dulu sardin tu...Liza pun buat cmtu jugak...
Moh kita terus tengok resepi yer...Liza buat ni main agak2 jer yer, jadi pandai2lah adjust sukatan bahan tu...
RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bhn2:
Nasi sejuk
Bwg merah*
Bwg pth*
Cili kisar atau cili padi
Sardin & sosnya - Liza masak dulu
Sayuran - Liza guna kobis dan kacang panjang
Isi ayam - optional
Telur - sebiji
Garam, perasa
- bhn bertanda * ditumbuk lumat
- panaskan sdkt minyak dan tumis bhn2 tumbuk td dan cili kisar
- bila dah naik bau, masukkan sardin bersama sosnya..(isi sardin hancurkan dulu)
- bbh garam dan serbuk perasa
- masukkan sayuran td dan pecahkan telur
- akhir sekali masukkan nasi yg telah diperoikan dan grg hingga semua sebati...
- dah siap...
Telur dadar ayam yg Liza gandingkan dgn nasi grg sardin...sedap jugak kalau telur dadar ni ada lauk2, sbb rasa manis lauk2 yg ada kat dalam tu...telur dadar ni masak cm biasa jer cuma tambah isi ayam atau lauk2 yg kita suka.....cubalah...
Roti Putih Madu Harum Vanila....
Kalau buat macam roti gardenia pun sedap sbb roti ni lembut sgt...tp Liza tambahkan inti dlm roti tu, yer la kan nk tambat hati anak2 ngn mak anak sekali utk makan....hihihihihii
Sekali lg Liza amik resepi roti ni dr dapur Ros...terima kasih bebanyak yer Ros...pekabar agaknya Ros n family sekarang kan,akk doakan segala kesulitan akan dipermudahkan dan semoga Ros tabah menghadapi apa jua dugaan....
Jom la kita tgk resepi yer...
yg ni inti kacang merah...i likeeeee |
yg ni inti nutella..
|
Bhn2:
kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Muffin Jagung....
Sebenarnya kan Liza suka sangat la buat muffin, sbb kan senang sangat...bak kata cik hubby, sambil korek gigi pun dah boleh siap....hihihihi melampau betul...
Liza dah pernah buat muffin ni, dan kali ni buat lagi sbb anak2 suka dgn rasa jagung tu...moh la kita intai resepi ni yer..
RESEPI MUFFIN JAGUNG
Bhn2 A :
2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
- semua bhn di atas diayak.
Bhn2 B :
1 cwn jagung krim dalam tin
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
Pewarna kuning
Esen jagung
- panaskan oven 180 C.
- campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
- gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
- masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan sedia dihidang.
Tomyam Udang ala Thai....
Haaa, nmpak tak udang tu, sajer jer nk tunjuk..kang tak caya pulak Liza buat tomyam udang....hihihihi ngade..pes tomyam kali ni Liza amik dr dapur Kak Anim, mmg sedap dan berbaloi la Liza cuba....tp cm biase la, Liza skip bab santan / susu cair tu....hhiihihiihi
Liza mintak izin kongsikan resepi kat sini yer kak...thnx bebanyak..
RESEPI TOMYAM UDANG ALA THAI
Bhn2:
6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam
Semua bahan di atas di kisar
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan
kisar.
- Masukkan air asam jawa,garam dan gula.- Masaklah sehingga menjadi pes
Untuk Sup Tom Yam
ayam
udangsotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato1 ketul kiub tomyam -xletak
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair - xletak
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Untuk Sup TomYam
Rebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
-Memang betul cakap Kak Anim...enak banget nih....hihihiihihi
Super Moist Eggless Choc Cake....
Dulu2 ada buat kek ni, tp kali ni Liza buat versi cawan pulak...senang angah nk bawak bekal g sekolah...nak buat pun senang, yang penting jimat telur kat umah ni.....hihiihihhi
RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE
Bhn2: (Liza buat separuh dr adunan ni )
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan serbuk koko
- 4 sudu besar susu tepung
- 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 2 cawan gula perang
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
- 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye)
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
- Terima kasih pada Dayang atas resepi yg best ni n simple ni...
Kari Telur Tanpa Santan....
Sesekali ubah selera ngn kari tanpa santan, best jugak sebenarnya..ala2 kari mamak konon...hihihihi
mana idaknya, hari2 mkn yg bersantan n berlemak, badan pun dah naik lemak...kuikuikui
RESEPI KARI TELUR TANPA SANTAN
Bhn2:
5 biji telur - rebus dan belah 2
3 biji ubi kentang - belah 4
3 s/b rempah kari ayam - bancuh dgn sdkt air
2s/b cili mesin
2 s/b air asam jawa
1 inci halia - tumbuk
4 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg pth - tumbuk
Sdkt air
Garam dan gula
Minyak masak
- panaskan minyak dan tumis rempah kari, bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga naik bau.
- masukkan sedkit air asam jawa dan biarkan ia agak kering sdkt.
- masukkan pula air secukupnya dan ubi kentang.
- bila ubi dah hampir empuk, masukkan telur yg sudah direbus td.
- perasakan dgn garam dan sedikit gula.
- masak hingga semuanya sebati dan blehlah diangkat..
Cucur Kentang...
Cucur yg jadi peberet Liza...bagi lah apa cucur pun, i likeeeee....hihihihi..buat cucur ni sama jer macam cucur bilis yg biasa tu, cuma ditambahkan kentang dadu...
RESEPI CUCUR KENTANG
Bhn2:
2 cawan tepung gandum
1 biji kentang - potong dadu
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
3 ulas bwang merah - tumbuk kasar
Air secukupnya
Sdkt garam
Minyak - utk menggoreng
- gaul tepung bersama bhn2 tumbuk, garam dan ubi kentang.
- masukkan air sdkt demi sedikit dan gaul sebati..agak2 la yea
- panaskn minyak dan ambil sejemput adunan dan grg hingga masak.
- sedia dihidang panas2 dgn sos cili.....perggghhhhh
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia buat semua teman...hari ni nk share ayam panggang yg Liza buat dulu...sebenarnya dh bnyak kali Liza buat guna resepi ni tp baru kali ni sempat nk publish n3 ni....ayam panggang ni mmg sedapppp dan yg paling penting family Liza mmg sukaaaa sgt....
Liza jumpa resepi ni kat dapur Mamasya, thnx yer mamasya..Liza cilok resepi n tempek kat sini pulak yer...
Gambar ni kelabu asap sikit sbb guna hfon jer...
RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-Cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.
Nota dapurmamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.
Liza jumpa resepi ni kat dapur Mamasya, thnx yer mamasya..Liza cilok resepi n tempek kat sini pulak yer...
Gambar ni kelabu asap sikit sbb guna hfon jer...
RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bhn2:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-Cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.
Nota dapurmamasya
Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.
Sunday, March 25, 2012
Popia Bersira Pedas...
Popia bersira pedas yg menjadi peberet angah...tiap kali jumpa org yg jual popia ni, mst dia beli...dulu2 Liza pernah jugak buat popia ni, tp tak mendapat hasil yg diimpikan...popia tu jadi lembik lepas kena salut ngn sambal tu...rasa frust jugak la, dan lepas tu mmg dh malas nk buat dah...kunun2 merajuk la...hihihihi
Entah nape hari tu tiba2 terbuka lagi hati ni utk buat popia ni, dlm hati tak putus2 berdoa biarlah kali ni menjadi...dan alhamdulillah walaupun bukan seratus peratus rangup tp kira lebih baik la dr yg dulu...kiranya ada peningkatan la...tu pun lepas study habis habisan cara2 utk dapatkan popia yg sentiasa rangup....
RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS
Bhn2:
- kulit popia secukupnya
- UNTUK INTI
- 1 batang carrot - dihiris halus
- 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
- 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
- taugeh - jika suka (hana x ltk)
- 1 biji bawang besar - potong dadu
- 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
- 1 sudu mkn sos tiram
- garam
- perisa@gula
- UNTUK SAMBAL SIRA
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
- 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
- sedikit belacan - jika suka
- sedikit air asam jawa@cuka
- gula melaka@gula putih
- garam
- bijan sangai
Cara-cara
- UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau.
masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh
jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan.
Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
- UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
Resepi ni Liza amik dr Hana MyR, terima kasih bebanyak yer cikgu...best sgtttt...
Pari Bakar Cicah Air Asam....
Resepi air asam yg lain dr yg lain...jugak dr arwah ma, ni la cara air asam yg arwah selalu buat...moh kita tgk yer...
RESEPI PARI CICAH AIR ASAM
Bhn2:
Ikan pari / lain2 - bakar
6 biji cili api -tumbuk
1 btg serai - tumbuk
1s/b cuka
Garam, perasa
Air masak
- gaulkan bhn tumbuk bersama cuka, garam dan serbuk perasa.
- masukkan air secukupnya, tp jgn terlampau cair yer, agak pekat sikit.
- bila rasa tu dah sebati, boleh la terus hidang ngan ikan bakar td.
RESEPI PARI CICAH AIR ASAM
Bhn2:
Ikan pari / lain2 - bakar
6 biji cili api -tumbuk
1 btg serai - tumbuk
1s/b cuka
Garam, perasa
Air masak
- gaulkan bhn tumbuk bersama cuka, garam dan serbuk perasa.
- masukkan air secukupnya, tp jgn terlampau cair yer, agak pekat sikit.
- bila rasa tu dah sebati, boleh la terus hidang ngan ikan bakar td.
Ayam Masak Lemak Ciliapi...
Resepi turun temurun dr arwah ma..anak bujang Liza mmg suka sangat ngn lauk ni, sbb tu la Liza jarang buat ayam ni sejak dia dok hostel....bila balik bercuti, baru Liza akan buat ayam peberet dia ni...
RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILIAPI
Bhn2:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
2 batang serai - ketuk
5 ulas bwg merah - mesin halus
1/2 inci halia - mesin halus
1 inci kunyit hidup - mesin halus
1/2 inci lengkuas - mesin halus
10 biji cili api - mesin halus
4 biji ubi kentang - potong 4
Santan secukupnya - lebih kurang 1.5l
Garam, serbuk perasa
- masukkan ayam, serai dan bhn2 kisar ke dlm periuk.
- masak hingga ayam kecut sedikit.
- masukkan santan dan ubi kentang dan biar mendidih.
- masukkan juga garam dan perasa, biar ayam dan ubi kentang empuk dan rasa sebati, tutup api.
Rendang Ayam Gaharu dan Pulut Kuning...
Assalamualaikum wbt di hari minggu ni...Liza amik resepi ni dr dapur Cik Mat, rasa2nya rakan2 lain dah lama buat kan...Liza gandingkan dgn pulut kuning, pasangan yg mmg sesuai la...sedaaapppp, terima kasih yer Cik Mat..
Tp Liza buat rendang ni lain sikit, Liza perapkan dulu bhn kisar dgn ayam dalam 3 jam dan masak ayam ni tanpa santan...ape2 pun jom kita tgk yer..
RESEPI RENDANG AYAM GAHARU
Bhn2:
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan - skip
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Ubi kentang - Liza tambah
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
- satukan bhn kisar dgn cili mesin dan serbuk kari dan perapkan dgn ayam selama 2 - 3 jam.
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg telah diperap td dan gaul seketika.
- masukkan air secukupnya bersama asam keping, garam dan gula melaka.
- bila mendidih, masukkan ubi kentang dan kerisik.
- masak hingga agak pekat dan masukkan daun kunyit.
- kacau rata dan bila dah betul2 pekat dan kering, tutup api dan sedia dihidang.
Saturday, March 24, 2012
Daging Masak Lada Hitam...
Liza ambik resepi ni dr Majalah Rasa 2006...jom kita terus tgk respi yer, tuan umah nk tgk Cerekarama,"Usin Bunga" pulak....ekekeekekee
RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM
Bhn2:
1/2 kg daging - hiris nipis dan rebus
125 ml kicap pekat
125 ml sos tiram
3 s/b lada hitam - tumbuk
250 ml air asam jawa
1 s/b gula
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1 biji cili merah - hiris panjang
Sdkt bhn perasa
- tumis semua bhn tumbuk hingga naik bau.
- masukkan kicap pekat dan serbuk lada hitam.
- masukkan pula daging dan air asam jawa dan gaul sebati.
- bila dah mendidih, masukkan sos tiram, gula, cili merah dan serbuk perasa.
- biarkan mendidih dan kuah pekat.
Nasi Goreng Beriani dan Ayam Goreng Rangup..
Buat lagi nasi goreng beriani dr Kak Nor Ganu sbb anak2 dan hubby suka...kali ni Liza gandingkan dgn ayam goreng rangup...kalau nk tengok resepi nasi grg beriani, tgk kat SINI yer...
RESEPI AYAM GORENG RANGUP
Bhn2:
2 keping dada ayam - potong memanjang
1 biji telur - kocok sedikit
Garam dan serbuk lada sulah
1 cawan serbuk roti
2 s/b bijan
Minyak secukupnya utk menggoreng
- perap isi ayam bersama garam dan serbuk lada skjp.
- panaskan minyak, celup isi ayam ke dlm telur.
- serbuk roti dan bijan dicampur bersama.
- celup isi ayam td ke dlm serbuk roti dan bijan.
- grg hingga kuning keemasan dan masak.
Tomyam Putih Kaki Ayam...
RESEPI TOMYAM PUTIH KAKI AYAM
Bhn2:
Kaki ayam secukupnya - bersihkan dan potong kecil
3 cawan air ( bleh
tambah )
2 ulas bawang putih (
ketuk )1/2 labu bawang besar ( potong baji )
3batang serai ( ketuk )
4 biji cili api / lebih - potong
5helai daun limau purut
2biji limau nipis - jus
1 biji tomato ( belah 4 )
Cendawan tiram
Carrot
Bunga Kobis
Garam, gula dan perasa
Masukkan air, kaki ayam,
bawang putih, bawang besar, serai dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga
mendidih.
Kacau kejap dan masukkan daun limau purut
dan sayuran lain. Biarkan 2-3 minit.
Perasakan dgn garam,
serbuk perasa dan gula jika perlu.
Masukkan
cendawan dan tomato. Tutup api dan perah limau nipis..
Kuih Bakar Pandan...
Resepi kuih bakar yg best n yang penting sekali senang cara buat...Liza buat dlm bekas muffin jer, senang tak yah susah2 nak potong...
Ambik dr Zana MyR, terima kasih bebanyak yer sbb share resepi kuih yg best ni...anak2 Liza suka sangat, siap angah cakap macam akok....hihihhii
RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
Bhn2:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair (sejat)
- 3 biji telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Masukkan semua
bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg
berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Friday, March 23, 2012
Kuetiaw Kantonis....wachaaaa
Ni menu yg Liza suka layan time2 tgh diet (kunun2)...kenyang dan berkhasiat...sbb perut Liza ni tak boleh tahan kalau berlapar sgt, nnt dtg pulak penyakit lama, so Liza terpaksa lah masak something yg kenyang tp yg rendah kalori cmni....bila kita masak sendiri, kita blh adjust ikut apa yg kita nak...jadi rajin2kan lah utk masak yer...hihihihi ( sebenarnya ingatan utk diri sendiri )
Liza salin resepi ni dr umah cikgu kat CH tu, sape lagi kalau bukan Cheq Sue yg comel tu...tp Liza buat guna kuetiaw sbb Liza kureeeng sikit dgn mee ni...terima kasih bebanyak yer cheq sue atas resepi ni, pasti Liza akan buat lagi dan lagi....
Liza mintak izin share kat sini pulak yer....
RESEPI KUETIAW KANTONIS
Bhn2:
Yee mee secukupnya - Liza guna kuetiaw
1 biji bawang putih - ketuk
1/2 kiub ayam
Sedikit daging ayam dan udang
1 biji telur - xletak
2 biji cili padi - ketuk (kalau nak pedas kasi lebih)
Kobis, daun kucai, lobak merah, capsicum, cili merah - hiris
2 biji cili tomato - belah 8
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak & tumis bawang putih dan cili padi hingga
wangi
Masukkan daging ayam dan air, masak hingga ayam agak lembut
Kemudian masukkan sayur-sayuran, kiub ayam dan udang, masak hingga
mendidih
Pecahkan telur dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak seketika
sehingga kuah agak pekat. Rasakan gula dan garamnya
Bolehlah ditutup api dan tuangkan kuah yang masih panas ke atas yee
mee.
Makan dgn sambal cili potong mmg terangkat bebb....musnah dietku....huhhhhhh, tak pe, nnt kita start diet balik yer.....ekekeekekee
Kek Pisang Tanpa Telur....
Assalamualaikum dan salam sayang di hari Jumaat yg mulia...disebabkan Liza suka mkn apa2 sajer yg berasaskan pisang, so Liza terpanggil la utk 'menerai' kek pisang yg tak guna telur...memang tak sia2 'peneraian' tu, berbaloi sangat2 sebab rasa dia macam kek pisang biasa yg guna telur....sedap, gebu n lembut....
So, pada sesape yg nk jimatkan telur kat umah tu, sila2kanlah cuba resepi ni yer....
RESEPI KEK PISANG TANPA TELUR
Bhn2:
8-9 biji pisang berangan - lenyek
1 cawan gula pasir / gula perang
3/4 cawan minyak
1/4 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t esen vanila/ esen pisang
Badam cincang - tabur
- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dlm pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dgn spatula.
- tuang ke dlm loyang yg telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak...
Cara2 nak buat kek ni senang jer, lebih kurang macam muffin, gaul2 dan bakar...senangkan, tp hasilnya mmg marbeles....wallllaaaaa
Thursday, March 22, 2012
Strawberry Jem Bread / Roti Jem Strawberry...
Assalamualaikum dan selamat petang semua...ni Liza just nk share roti jem yg skodeng dr umah Iza Singgahsana Kitchen...walaupun tekstur roti ni sdkt melekit sbb kita campurkan doh dgn jem tp tetap lembut...mmg dah tak payah susah2 nak mkn dgn jem ke ape dah sbb roti ni dah cukup segala rasanya...
Ni kes nk perabis stok jem yg Liza buat hari tu..ok lah jom kita tgk resepi yer...thnx yer Iza, akk share resepi kat sini pulak..mintak halal yer...
RESEPI ROTI JEM STRAWBERRY
Bhn2:
300g bread flour
5g instant yeast
45g icing sugar
2tbsp milk powder
1/2tsp salt
110ml water
70g strawberry jam
50g butter
Topping:
strawberry jam
desiccated coconut - xletak
strawberry jam
desiccated coconut - xletak
- Combine the dry ingredients in a mixer and mix well at low speed.
- Add in water and jam, beat at medium speed until it form a dough.
- Lastly add in the butter, continue to beat until it form a smooth and elastic dough.
- Cover the dough and let it prove for 45-60mins.
- Divide dough into 45g each portion and rest for another 10mins.
- Shape into long dough and arrange it on a greased tray.(saya bentukkan bebola)
- Cover and leave it to prove for 45mins until it doubled in size.
- Preheat oven to 190C.
- Brush surface with beaten egg.(saya campurkan telur dengan sedikit susu segar)
- Pipe strawberry jam on the surface and sprinkle with some desiccated coconut.
- Bake in a preheated oven for 10-15mins until buns is brown.(lepas keluar oven saya glaze pula dengan sedikit butter supaya berkilat)
- Remove bread from tin and cool it on a wire rack
Wednesday, March 21, 2012
Chocolate Chips Cookies...
Ni resepi yg dah derhaka ..ampun yer pada tuan punya resepi...nak tau sape, Tun la tuan punya resepinya...Liza tertarik sbb kukis ni tak guna telur, so nk jugak la rasa cmner agaknya rasa biskut yg takde telur ni kan....mmg marbeles dan yg penting anak2 suka banget....
Kalau nk tgk versi yg cantik molek, sila lah ke dapur Tun yer..
RESEPI CHOC CHIPS COOKIES
Bhn2:
- 1 cwn butter/margerine
- 3/4 cwn gula perang
- 2 cwn tepung gandum*- Liza guna 13/4 cwn tpg gandum + 1/4 cwn serbuk koko
- 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
- 1 sk vanilla
- 1 cwn chocolate chip
- 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)
- Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
- Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
- Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
- Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
- **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.
Puding Roti Marble Coklat....
Dah banyak kali Liza buat puding ni sebab anak2 sukeeeee sgt...dulu pun Liza ada buat puding marble pelangi kat SINI...bebanyak2 timakaseh pada Cikgu Hana yg baru dapat baby gurl tu...tahniah ye Hana...
Puding ni mmg sedap, nak2 pulak mkn time panas cm sekarang ni...
RESEPI PUDING MARBLE COKLAT
Bhn2:
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2 @ sepeket
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
- 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
- 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
- Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
- Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang
gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Ikan Siakap Bakar Sambal Berempah....
Ikan bakar sambal yg mnjadi menu wajib kami tiap kali g mkn kat Umbai, Melaka...dulu2 rasa sambal tu sedap n banyak la jugak, tp sekarang ni diaorg letak sambal pun ciput jer, manyak kudukut wooo....
tu la org meniaga ni kan, kadang2 tu bila dah fofular, makin dikurangkan segala2nya, tp harga makin naik, nape yer? haaa, sape nk jawab tu....
Resepi Liza ni che ngah(makcik) yg bagi, dia dapat dr aci yg dok kat umah dia...dulu2 masa dia meniaga kat kantin sekolah, ni lah antara menu yg pemes di kalangan cikgu n cikgi....hihihihi
Jom la kita intai resepi kat sini yer...
RESEPI SIAKAP BAKAR SAMBAL BEREMPAH
Bhn2:
1 ekor siakap / ikan lain
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil
- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.
- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...
Kari Sotong dan Ubi Kentang...
Sesuai sangat lauk ni kalau mkn dgn nasi2 berperisa mcm nasi minyak atau nasi beriani sbb rasa dia ala2 kari mamak....bertambah sedap kalau guna sotong yg ada telur...perggghhh, mmg kompem mak mentua lalu pun tak perasan....ekekekekeke
Resepi dr arwah ma yg sekarang ni jd peberet family Liza....walaupun resepi ni simple, tp rasa dia tetap mengancam...jom kita terus intai resepi yer...
RESEPI KARI SOTONG DAN UBI KENTANG
Bhn2:
1 kg sotong - dibersihkan dan dipotong (ikut suka)
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 biji ubi kentang -belah 4
2 tangkai daun kari
2 s/b cili mesin
1 paket rempah kari ikan / sotong - bancuh dgn sdkt air
Air asam jawa
Santan secukupnya dr sebiji kelapa
Sdkt minyak - utk menumis
Garam dan perasa secukupnya
- panaskan minyak dan masukkan bhn2 tumbuk, daun kari, srbk kari dan cili mesin,masak hingga naik minyak.
- masukkan air asam jawa dan masak sebentar dan masukkan pula santan, masak hingga didih.
- masukkan pula sotong dan ubi kentang, garam dan perasa.
- masak hingga kentang empuk dan cukup segala rasa.
- angkat dan sedia dihidangkan...
Roti John Daging Burger....
Assalamulaikum semua....hari tu Liza ingat nk buat roti john guna dgg kisar, tp out of stock la pulak, so terpaksa lah buat roti john guna dgg burger...tu jer stok yg ada masa tu...hentam jer la, janji boleh mkn...tp kan sebenarnya lagi sedap sbb dgg burger tu dah ada perisa dia sendiri...
RESEPI ROTI JOHN DAGING BURGER
Bhn2:
2 keping roti hotdog - belah 2 tp jgn sampai putus ye..
1 biji telur - pukul sedkit
1 keping daging burger - digoreng dan potong kecil
Sayur campur secukupnya
1 s/b marjerin
1 biji bwg besar - cincang
Sos cili dan mayonis
Sdkt garam
- masukkan daging burger, sayur campur, bawang merah cincang dan garam ke dlm telur dan gaul rata.
- panaskan sdkt marjerin atas kuali dan tuang 1/2 adunan telur td dan bentukkan seperti dadar.
- letakkan roti di atasnya dan grg hingga isinya masak.
- terbalikkan pula roti dan masak sekejap saje.
- angkat dan sapu sos cili dan mayonis.
- tutup roti dan bolehlah dihidangkan..
RESEPI ROTI JOHN DAGING BURGER
Bhn2:
2 keping roti hotdog - belah 2 tp jgn sampai putus ye..
1 biji telur - pukul sedkit
1 keping daging burger - digoreng dan potong kecil
Sayur campur secukupnya
1 s/b marjerin
1 biji bwg besar - cincang
Sos cili dan mayonis
Sdkt garam
- masukkan daging burger, sayur campur, bawang merah cincang dan garam ke dlm telur dan gaul rata.
- panaskan sdkt marjerin atas kuali dan tuang 1/2 adunan telur td dan bentukkan seperti dadar.
- letakkan roti di atasnya dan grg hingga isinya masak.
- terbalikkan pula roti dan masak sekejap saje.
- angkat dan sapu sos cili dan mayonis.
- tutup roti dan bolehlah dihidangkan..