Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu utk semua...mesti ramai yg JJCM ari ni kan, tapi Liza dok kat umah je ari ni sbb kurang sihat..
Berbalik pada nasi ni, sebenarnya Liza buat weekend minggu lepas masa abg blk bercuti..makan dgn kambing Kashmir yg dibiarkan semalaman, perghhh mmg sedap la..ada juga ayam goreng mamak
Resepi nasi ni Liza amik dr dapur Kak Ayu,
dan macam biasa la mesti ada edisi derhaka kan..hihii
Tq Kak Ayu, sedap nasi ni
RESEPI NASI PILAF TOMATO
Bhn2:
1kg beras basmath, cuci
bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
Air mengikut paras beras
dan lebihkan 1 cawan lagi
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu
gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu
gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs
halus
1 sudu makan pes halia dan
pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah
jangan putus
3 sudu makan pes
tomato
1/2 cawan daun pudina
Segenggam daun ketumbar - siatkan sikit
1/4 cawan susu sejat-(sorry
just edited)- xletak
garam secukupnya + secubit
serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee
untuk menumis
sedikit kacang gajus
goreng
Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi
letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak
atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga
meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi
sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis
selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes
tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang
panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan
sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah
dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng,
gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus.
Tutup periuk nasi.