Thursday, August 11, 2016

Kambing Kashmir Kebaboom....








Assalamualaikum wbt...sebenarnya lauk ni dah lama ada dlm list, tp biasa la kan, bila list panjang berjela mst ada yg terlepas pandang..tapi ari tu dgn sengaja Liza buat lauk ni tapi guna kambing..mmg btl la ckp kawan2 , lauk ni mmg sedap..


Resepi asal dr Dayang tapi dah dicuba oleh ramai blogger handalan..terima kasih ye semua kerana memanjangkan resepi ni..








RESEPI KAMBING KASHMIR

Bahan2 :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak) - Liza guna 1kg kambing

Bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan  
sedikit daun kari
4 batang cili hijau


Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan,daun kari, bawang hiris,halia dan serai ketuk hingga terbit bau dan sedikit layu.
  2. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan cili giling di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kambing, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  4. Masukkan tomato, cili hijau, garam dan gula secukupnya. Hidangkan setelah masak. Sesuai dihidang bersama nasi berperisa atau nasi putih


 

No comments:

Post a Comment