Sunday, August 14, 2016

Nasi Pilaf Tomato...




Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu utk semua...mesti ramai yg JJCM ari ni kan, tapi Liza dok kat umah je ari ni sbb kurang sihat..

Berbalik pada nasi ni, sebenarnya Liza buat weekend minggu lepas masa abg blk bercuti..makan dgn kambing Kashmir yg dibiarkan semalaman, perghhh mmg sedap la..ada juga ayam goreng mamak





 
 
 
Resepi nasi ni Liza amik dr dapur Kak Ayu, dan macam biasa la mesti ada edisi derhaka kan..hihii
 
Tq Kak Ayu, sedap nasi ni
 
 
 




RESEPI NASI PILAF TOMATO

Bhn2:


1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
Segenggam daun ketumbar - siatkan sikit
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)- xletak
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng




Cara:-

Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.

Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.



No comments:

Post a Comment