Wednesday, September 27, 2017
Hokkaido Milk Loaf...
Roti ni mmg sedap sgt, lemak berkrim disukai ramai,hihihi...tq Che Nurul yg sudi berkongsi resepi roti ni kat IG ..utk satu adunan ni, Liza dapat buat roti sandwich tu 700gm dan roti burger 60gm dapat 6 biji//kalau nk buat sikit, pandai2lah adjust sukatan ye
HOKKAIDO MILK LOAF
Bhn2:
540gm tepung roti
80gm gula
8gm garam
9gm susu tepung
10gm yis segera
86gm telur - pukul sikit ( lebih kurang 11/2 biji telur A)
125gm whipping cream
184gm tangzhong
50gm mentega- cairkan
Tangzhong:
50gm tepung roti
250ml air
- masak atas api hingga likat, kacau selalu utk mengelakkan berketul
- tutup api dan pindahkan ke dlm bekas sesuai.
- tutup dgn plastic wrap utk elak dr terjadi 'skin' , biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
- boleh juga disimpan dalam fridge sebelum digunakan
Cara buat roti:
- masukkan semua bhn basah ke dlm BM, diikuti dgn bhn kering
- biarkan BM menguli roti mcm biasa sehingga doh elastik
- keluarkan doh, gelek dan gulung doh memanjang, ikut saiz Loyang yg kita akan gunakan nnt
- masukkan ke dlm Loyang yg telah disapu butter dan biarkan doh naik dua kali ganda
- panaskan oven 180C selama 15 minit
- bakar roti selama 45 minit atau sehingga roti masak keperangan
Labels:
roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment