Friday, August 4, 2017
Kari Ayam Nasi Kandar Mamak Haji....
Resepi ni dah lama Liza buat tapi baru berkesempatan nk upload kat sini, tq ayahanda Mamak Haji,,,mmg sedap n berbaloi cuba resepi ni
RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR MAMAK HAJI
Bahan:
1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.
2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk tumis)
2 Biji Tomato (dibelah dua)
2 biji cili hijau di belah dua.
2 biji cili merah dibelah dua
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.- Liza guna yogurt
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup di rasa.
Perencah untuk ditumis:
25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.
2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
125gm rempah kari ayam baba’s
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Bahan-Bahan untuk dikisar:
2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)
4 biji cili hijau.
2 biji bawang sederhana besar.
1 biji tomato
10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.
Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang,
cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan
(dipotong 4″- 3 helai), perlahankan api dapur.
2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang
bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang
putih. Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes
rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah
kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air
dan jadikan pes). Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk
rempah disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Proses semua
campuran ini digoreng hingga warna kekuningan. Masukan bahan
perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini
mengeluarkan bau yang harum.Masukan daun kari di ikuti dengan
ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan
rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah
ini tidak hangus.
3. Masuk segera air 1 1/2 liter dan diikuti ubi kentang dan tomato.
Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20
minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan
reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam
anda masak sempurna. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam
akan kehilangan dari dagingnya. Sekiranya kuah anda pekat dan
ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih.
Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan,
dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air
dibawah.
4. Masukan santan, tomato, cili hijau,cili merah dan garam masala
dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas
permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula,
matikan api dapur dan teredia lah kari untuk hidangkan. Taburkan
daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.
Selamat mencuba.
Nota: kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda
masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah
gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses
renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam
ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki ayam dan
leher dalam masakan kari.
No comments:
Post a Comment