Thursday, June 15, 2017

Akok Lembut dan Sedap...


Bila time puasa ni kan, anak jati klate mcm hubby Liza mmg akan cari kuih tradisi ni...biasanya mmg ramai la yg meniaga kuih ni bln puasa, cuma yg membezakan sedap atau tak je..

Kali ni Liza try buat sendiri guna resepi dr my fren Lina yg semakin pemes skrg ni..tahniah fren n terima kasih utk resepi ni







RESEPI KUIH AKOK

Bhn2:
(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)

1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)
Secubit garam

Cara-Cara:
Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.
Masukkan acuan ke dalam oven. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.
Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).
Tapiskan Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut
Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.







Note:
Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut dan menjadi akok kedut.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...