Tuesday, November 25, 2014

Masak Lemak Siput Sedut....


Assalamualaikum wbt ...kenapa susah sgt nak upload gambar sekarang ye, sebab line tenet problem ke atau sebab lain...gambar siput sedut ni pun sekeping je yg dapat upload, tu pun dah bnyk kali cuba..mmg stress kalau cmni.


Siput sedut ni Liza buat Jumaat lepas, kebetulan g pasar nampak lauk peberet angah ni, pastu terus cari daun kaduk, nasib baik semua bhn ada..hihii
Pada sesiapa yg tak kenal daun kaduk, boleh tgk kat SINI ye..



RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Bhn2:
1 kg siput sedut - bersihkan
1 ikat daun kaduk - hiris halus
6 ulas bawang merah *
6 biji cili api *
11/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
2 s/b cili mesin
Santan secukupnya
Garam

- blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
- bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
- tutup api dan boleh hidang la...



2 comments:

  1. sedap ni Liza akak baru dua hari lepas masak siput ni tapi tk sempat nk gambo dah licin heee

    ReplyDelete
  2. Aduilah sedapnyaaa lama tak mkn ni

    ReplyDelete