Monday, December 1, 2014

Cencaru Bakar Berinti/ Sumbat...



Assalamualaikum wbt...menu ni pun dah lama Liza buat ye, dah tak ingat bila...hihihi
Lauk2 bakar bersambal cmni mmg boleh buat kita makan bertambah2 kan, mkn pulak dgn nasi panas2..perghhhh..dlm banyak2 resepi, kali ni Liza terpanggil utk try resepi dr dapur Cikgu Amie, thnx ye Amie..Liza mohon panjangkan resepi ni kat dapur Liza pulak ye...


RESEPI CENCARU BAKAR BERINTI / SUMBAT

Bhn2:


1 ekor ikan cencaru saiz besar - bersihkan, belah belakang, cuci  dan toskan


Bahan untuk sambal:

7 biji lada merah
7 biji cili padi
2cm belacan
4 ulas bawang putih - belah 2 dan goreng
5 biji bawang merah - belah 2 dan goreng
1 labu bawang besar - belah 4 dan goreng
1 cawan udang kering - rendam ( Liza xletak)
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa


Cara:

1. Campurkan kesemua bahan untuk sambal dan kisar kasar-kasar.

2. Masukkan bahan di atas ke dalam perut ikan.

3. Panggang ikan hingga masak - Amie masukkan dalam oven.





4 comments:

  1. assalam liza, wah dah lama jjugak akak tak buat masak macam ni, boleh lah try sbb ada cencaru jugak dlm frezer ni

    ReplyDelete
  2. salam kak liza..
    umi baru makan air tangan ibu..tapi bukan untuk umi tapi untuk menantunya...

    ReplyDelete
  3. adeeeehhhh.... rindu pulak nak makan begini... lama tak beli ikan cencaru!

    ReplyDelete
  4. masuk dlm oven b'ape lama n temp b'ape?

    ReplyDelete